Radiasi Telefon Bimbit Oct17

Kongsi

Radiasi Telefon Bimbit

Ramai yang menganggap telefon bimbit sebagai item merbahaya berikutan tersebarnya mesej berantai mengatakan telefon bimbit jadi penyebab kanser disebabkan kesan radioaktif. Sejauh mana kebenarannya?

Apa Anda Perlu Tahu?

– Berdasarkan kajian, radiasi telefon bimbit tidak mempunyai kesan ke atas mutasi sel (kanser disebabkan pengembangan sel yang tidak terkawal). Akan tetapi ianya boleh jadi bahaya jika terdedah pada suhu yang ‘sangat’ tinggi.

– Suhu yang tinggi termasuk kesan haba akibat pemanasan atau masak. Sejumlah kecil kuasa diserap oleh kepala manusia dan menumpu pada satu kawasan yang sangat kecil di dalam otak. Kesan ini pun boleh diabaikan kerana ianya akan kembali ke asal kecuali jika terdedah bertahun-tahun tanpa henti.

– Terdapat sesetengah orang yang merasa sakit kepala apabila bercakap terlalu lama dalam telefon bimbit. Ini adalah kesan bukan thermal yang dibentuk daripada getaran mekanikal gelombang.  Konsep yang sama digunapakai dalam muzik. Ada muzik didengar menyebabkan seseorang rasa tenang, ada muzik yang menyebabkan seorang tidak selesa dan sebagainya mengikut individu. Gelombang-gelombang tertentu digunakan dalam perubatan kerana sistem saraf manusia terpengaruh pada gelombang.

– Terdapat sesetengah orang ada masalah hipersensitif. Sebagai contoh, ada orang mudah mabuk laut, tetapi yang lain tidak. Begitu juga dalam penggunaan telefon bimbit, ada yang rasa dan ada yang tidak.

– Walau bagaimanapun, tiada kesan ke atas pengembangan sel kanser. Pengguna yang mengalami kanser menjadikan telefon bimbit sebagai alasan tetapi tidak mengambil kira gaya hidupnya sebelum ini dengan pemakanan yang tidak sihat, persekitaran dan sebagainya.

– Disebabkan radiasi yang minima, WHO mengatakan, telefon bimbit tidak perlu dilindungi oleh pelindung radiasi.

– Menggunakan telefon bimbit di stesen minyak adalah selamat tetapi tidak dibenarkan kerana ianya akan menganggu sistem operasi stesen minyak tersebut.

– Telefon bimbit mengganggu kebanyakan sistem termasuk sistem yang terdapat dalam kapal terbang.

– Jangan gunakan telefon bimbit di ruang tertutup dengan besi seperti dalam kereta kerana ianya akan penyebabkan telefon bimbit menggunakan tenaga yang besar untuk menembusi dinding yang ada. Mengikut hukum Faraday, ruang besi dapat memantulkan radiasi di dalam ruang tersebut dan menyebabkan radiasi yang lebih.

– Jangan gunakan bateri palsu. Ion lithium mudah meletup.

– Menurut banyak kajian termasuk Foster & Rapacholi (2004), Muller (2002), Lyskov (2001) dan sebagainya, menunjukkan tiada kesan radiasi timbul daripada penggunaan telefon bimbit. Tiada bukti ditemui walaupun ada kajian menunjukkan dari 451 orang yang diuji menunjukkan 7 mengalami kesan radiasi, tetapi apabila diuji semula, tidak mendapat hasil yang sama.

– Walau bagaimana pun, jika telefon bimbit diletakkan di bahagian tertentu boleh menyebabkan bahagian tersebut menjadi lemah. Sebagai contoh, mereka yang suka meletakkan telefon bimbit dalam seluar, ada kemungkinan akan mengalami sakit pinggang. Ini berikutan kesan pantulan radiasi yang sedikit di dalam ruang kecil. Walau bagaimana pun tiada kesan dilaporkan pada seseorang yang duduk di kawasan terbuka.

– Elakkan meletak telefon bimbit di dalam poket atau berdekatan anda ketika sedang bersenam, lebih-lebih lagi di dalam gymnasium. Gymnasium dikelilingi dengan besi dan didalam suatu ruang. Dengan telefon bimbit di dalam poket, ada kemungkinan anda tidak dapat melakukan senaman pada tahap maksima.

– Apa yang dikeluarkan di surat khabar adalah cerita tentang ‘kebimbangan’ penggunaan telefon bimbit untuk satu tempoh yang agak lama berikutan aktiviti elektromagnetik dan bukannya hasil kajian tentang radiasi. Ianya berdasarkan kajian survey kepada pengguna tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Harap dapat dibezakan.

– Jika telefon bimbit sangat merbahaya seperti yang dinyatakan dalam mesej berantai, dah lama penggunaan telefon bimbit diharamkan dan alternatifnya dicari. Walau bagaimana pun, kajian demi kajian masih dijalankan dari semasa ke semasa.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube