Rampasan Produk Makanan Tambahan Jul14

Kongsi

Rampasan Produk Makanan Tambahan

Semalam kecoh apabila keluar berita di tv3, rampasan produk makanan tambahan atau supplement bina badan bernilai 3 juta di Taman Sri Rampai.

Kursus Kecergasan 2017

KUALA LUMPUR: Sebuah kontena sarat dengan ubat-ubatan untuk aktiviti sukan bina badan bernilai kira-kira tiga juta ringgit berjaya dipintas pihak berkuasa sebelum sempat sampai ke sebuah gymnasium.

Beribu-ribu unit ubatan pelbagai jenama kemudian dirampas kerana tidak didaftarkan dengan kementerian kesihatan.

Hasil risikan dan intipan, sepasukan anggota penguatkuasa farmasi, kKementerian Kesihatan berjaya mengesan sebuah kontena di Pelabuhan Klang.

Kontena terbabit kemudiannya diekori sehingga ke Taman Sri Rampai, Setapak, di IbuNegara sebelum ditahan.

Sebahagian daripada ubatan itu dirampas kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

Ia dipercayai mengandungi steroid anabolik yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada pengguna.

Ia rampasan terbesar setakat ini membabitkan ubatan tidak didaftarkan yang dikhususkan untuk bina badan.

Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Tonton di
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/buletin_utama_2012_3b372a3df6aa471f90ef9fc700947467/fri_jul_13_37f7493ab7e84ee9bcd09fc7009496f5

Menurut sumber, berkemungkinan akan ada operasi lain dalam jangka masa terdekat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube