Rampasan Produk Makanan Tambahan

Semalam kecoh apabila keluar berita di tv3, rampasan produk makanan tambahan atau supplement bina badan bernilai 3 juta di Taman Sri Rampai.

Kursus Kecergasan 2024

KUALA LUMPUR: Sebuah kontena sarat dengan ubat-ubatan untuk aktiviti sukan bina badan bernilai kira-kira tiga juta ringgit berjaya dipintas pihak berkuasa sebelum sempat sampai ke sebuah gymnasium.

Beribu-ribu unit ubatan pelbagai jenama kemudian dirampas kerana tidak didaftarkan dengan kementerian kesihatan.

Hasil risikan dan intipan, sepasukan anggota penguatkuasa farmasi, kKementerian Kesihatan berjaya mengesan sebuah kontena di Pelabuhan Klang.

Kontena terbabit kemudiannya diekori sehingga ke Taman Sri Rampai, Setapak, di IbuNegara sebelum ditahan.

Sebahagian daripada ubatan itu dirampas kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

Ia dipercayai mengandungi steroid anabolik yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada pengguna.

Ia rampasan terbesar setakat ini membabitkan ubatan tidak didaftarkan yang dikhususkan untuk bina badan.

Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Tonton di
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/buletin_utama_2012_3b372a3df6aa471f90ef9fc700947467/fri_jul_13_37f7493ab7e84ee9bcd09fc7009496f5

Menurut sumber, berkemungkinan akan ada operasi lain dalam jangka masa terdekat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

23 thoughts on “Rampasan Produk Makanan Tambahan

  1. so cane dato’? ada kesan sampingan..brand ape yg xde cop KKM ni? adoi,risau plak…;(

    1. di Malaysia ni, apa boleh sy kata, sendiri pakai sendiri tanggung. 🙂

  2. setau aku supplement yg biase jual tu pun bkn ade cop kkm pun..hahha..baru ni jer kantoi..sebelom ni?ahahah

  3. Morning semua,
    1 kontena je kantoi 9 lg dah lepas.

  4. selepas ni naik harga la…. alasan brg RARE…. hehhee

  5. Dato, soalan larik tajuk ni..nk tnyer..betul ke org ckap main manual lebih cpat besar berbanding main machine?

  6. mukinkah sebab ini setengah org ada jerawat kat belakang dato?

      1. sebab mengandungi steroid anabolik.

  7. x semua produk makanan tambahan tu ada steroid anabolic. Itu semua “dipercayai’ je.. kalau nak tahu lebih lanjut, u olz kena banyak review kat internet.. kdg2 tu, mmg x d daftarkan sbb nk elak cukai..so pengguna leh dpt murah ckit..xde la membebankan sangat kan kalau nak dapatkan badan yg sihat..hehe

  8. ermm nk tnye yg cara bersenam tu part utk workout kaki xde ke.

  9. adui laaa… pasni susah la nak dapat stok.. harga pon mencanak naek la…

  10. brand mne yg ok? brand mne yg ada side effect?

      1. kan ada macam2 brand suppliment..ada certain suppliment tu sesuai dgn org ni mybe org len x..so mcm mne nk tau yg kte beli suppliment yg btol2 berkesan kat dr kte sndr?

        1. kena try n error juga. berkesan kat org lain belum tentu berkesan utk diri sendiri. tp kalau ikut dosage keperluan badan, apa2 brand pun ok.

Leave a Reply to EJAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: