Rocky Balboa

Kebetulan ada seorang di Facebook selalu sebut-sebut Rocky Balboa. Rocky adalah antara filem menarik untuk mendapatkan semangat dan motivasi untuk berlatih. Mengisahkan turun naik Rocky Balboa, berlatih untuk menang, daripada kalah bangkit semula dan lain-lain.

Rocky 1975

Rocky Balboa dilahir pada 6 April 1947. Menyedari diri tidak begitu pandai, dia bercadang menggunakan kekuatan badan. Dia mula belajar tinju dan bercita-cita untuk bersaing dengan idolanya, Rocky Marciano. Cerita bermula dengan Rocky bekerja sebagai pengutip hutang di Kensington Philadelphia. Juara dunia heavyweight ketika itu, Apollo Creed mencabar orang baru untuk bertanding dengannya memandangkan pencabarnya Mac Lee Gree patah tangan ketika latihan. Rocky bercadang untuk menerima cabaran dan mula berlatih dengan seorang bekas peninju, Mickey Goldmill. Dalam masa sama, Rocky mula keluar dengan seorang pekerja di kedai haiwan, Adrianna Pennino. Pada 1 Januari 1976, di Philadeplhia Spectrum, Rocky melawan Creed. Creed tidak memandang serius pelawannya kerana menyangka pelawannya orang baru yang lemah. Akhirnya setelah 15 pusingan, creed menang juga. Buat pertama kali ada orang yang mampu bertahan sehingga 15 pusingan dengannya. Rocky dan Creed bersetuju untuk tidak mengulangi perlawanan itu.Kursus Kecergasan 2024

Rocky II 1976

Setelah perlawanan, Credd berubah fikiran dan ingin mengadakan perlawanan semula di bawah tekanan dihina oleh akhbar kerana gagal mengalahkan Rocky dengan kemenangan mudah. Creed menuntut perlawanan semula dan menyatakan kesedian untuk melawan di mana-mana sahaja demi membuktikan pada dunia yang dia mampu menumpaskan rocky pada mana-mana perlawanan.

Pada awalnya Rocky menolak. Dia dan Adrian berkahwin dan atas desakan isterinya, Rocky meninggalkan bidang tinju. Namun Rocky tidak mempunyai kemahiran lain selain bertinju. Wang yang dimenangi dalam pertarungannya sebelum ini hampir habis dibelanjakan. Ketika Appollo memanggilnya keluar di televisyen nasional, Rocky bersetuju utuk perlawanan semula tersebut.

Tanpa sokongan Adrian, Rocky tidak betul-betul menumpukan perhatian dalam latihan sehingga Adrian yang hamil pergi ke persalinan awal dan koma ketika melahirkan Robert. Ketika Adrian sedar dari koma, dia memberi sokongan penuh kepada Rocky. Rocky mula berlatih bersama Mickey untuk meningkatkan penumbuk kanannya. Perlawanan semula Creed dan Rocky menyaksikan pertembungan sengit melebihi 15 pusingan. Akhirnya Rocky bergelar juara heavyweight dunia yang baru.

Rocky III 1981

Selama beberapa tahun ke hadapan, Rocky berjaya mempertahankan gelaran juara heavyweight dunia untuk 10 kali berturut-turut. Pada tahun 191, Rocky dicabar oleh pendatang baru, James ‘clubber’ Lang. Mickey berkeras bahawa dia akan mengundurkan diri sebagai pengurus Rocky jika ia memilih untuk melawan Lang tetapi Rocky menyakinkan dia untuk melatih dia untuk perlawanan terakhir. Namun, seperti Creed, Rocky tidak memandang serius perlawanan itu. Lang mendorong Goldmill keluar dan menyebabkan serangan jantung.

Akhirnya Rocky tersingkir di pusingan kedua dan kehilangan gelarannya. Goldmill meninggal akibat serangan jantung selepas perlawanan. Apollo mengapi-apikan Rocky supaya bangkit semula. Pelatih Tony ‘Duke’ Evers Apollo ditawarkan untuk melatih Rocky. Rocky berjaya mendapatkan kembali semangatnya. Akhirnya Rocky telah memenangi perlawanan semula dengan Lang menggunakan cara Creed.

Rocky IV 1985

Pada tahun 1985, Apollo Creed keluar dari pencen dan bersetuju untuk memerangi juara soviet dunia amatur dan pemegang pingat emas sukan olimpik, Ivan Drago di Las Vegas. Creed dipukul terang oleh Drago pada pusingan pertama. Dan di pusingan kedua terus tumbang. Merasa tanggungjawab kerana tidak menghentikan perlawanan, Rocky menetapkan perlawanan dengan Drago. Rocky harus menyerahkan gelaran juara heavyweight dunia jika tewas. Rocky berlatih keras dengan menggunakan alam semula jadi di pergunungan Krasnoyarsk Siberia sedangkan Drago meningkatkan penggunaan dadah sukan. Selama pertarungan, Drago mendominasi saat-saat awal perlawanan dan berubah pada pusingan kedua. Penyokong soviet yang pada mulanya penyokong Drago mula bersorak untuk Rocky. Akhirnya Rocky berjaya tewaskan Drago.

Rocky V 1990

Setelah bertarung dengan Drago, Rocky menetap di Russia untuk satu jangka masa disebabkan kecederaan. Setelah kembali ke Amerika Syarikat, doktor mendapat dia menderita akibat kerosakan otak disebabkan pukulan berulang kali ke kepala dan dia memutuskan untuk bersara. Kehidupan mula jadi susah disebabkan beberapa insiden. Hubungan dengan anaknya juga bermasalah. Gunn memenangi gelaran juara dunia heavyweight tetapi diejek media kerana tidak berdepan pesaing sebenar. Gunn mencabar Rocky untuk berlawan.

Rocky Balboa 2006

Rocky Balboa akhirnya membuka restoran bernama ‘Adrian’ pada tahun 1995 sempena nama isterinya. Adrian meninggal dunia pada tahun 2002 kerana kanser ovari. Robert ‘Rocky’ Balboa Jr, yang tidak seperti ayahnya membuat usaha untuk mencegah Rocky dari berlawan, dan menyalahkan kegagalan sendiri di bayangi selebriti ayahnya. Rocky memarahinya dengan berkata ‘its aint about how hard you hit, its about how hard you can get it and keep moving forward’.

Program ESPN memaparkan simulasi pertarungan antara Rocky dan juara masa kini iaitu Mason ‘The Line’ Dixon. Simulasi dimenangi oleh Rocky. Ini mencetuskan kemarahan Mason. Rocky yang kini berusia 58 tahun memutuskan untuk kembali ke ring. Rocky berusaha mendapatkan lesen tinju walaupun melewati fizikal. Dalam akhbar, semua menolak peluang Rocky. Rocky kembali berlatih dengan Duke. Siapakah yang menang? Berjayakah Rocky membukti pada dunia yang dia bukan main-main?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

6 thoughts on “Rocky Balboa

  1. sebut cite rocky
    ia selalu menaikkan bulu rama saya
    psl lepas tgk cite nie…ia membuatkan saya bersemangat
    mula la carik puncing beg..sepak2..tumbuk2 hehehe

  2. Zaki Khan says:

    haha, mmg pembakar semangat. sapa2 yg rasa kurang semangat tu boleh dptkan film ni

  3. Dalam cerita ini memang boleh menaikkan semangat sesiapa saja yang ingin berjaya seperti si rocky nii atau menjadi mendapatkan badan seperti Rocky atau berlatih seperti Rocky,tetapi realitinya si stalone ni ada dirty little secret . Cuba tonton documentari menarik ni “BIGGER STRONGER FASTER” .

  4. jgn lihat pada pelakonnya, amik critanya saja. x dpt dinafikan pasal dirty little secret tu. pernah kantoi di airport skali, n beberapa kes lg. tgk rocky balboa, bukan tgk stallone. 😀

  5. Nak tgk di mane dokumentari tu, ada jual dvd ke? BIGGER STRONGER FASTER.

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: