Rokok Elektrik Jan15

Kongsi

Rokok Elektrik

Telah sekian lama Kementerian Kesihatan Malaysia cuba mendidik rakyat Malaysia tentang bahaya merokok, namun kempen ini tidak berkesan disebabkan kerajan perlukan cukai daripada rokok. Ramai perokok cuba berhenti daripada merokok dengan menukar rokok ke rokok elektrik. Mereka berniat baik untuk mengurangkan tabiat merokok atau mungkin mengurangkan kos merokok tetapi masih mahu meneruskan amalan merokok. Adakah ianya benar-benar berkesan?

Idea mencipta rokok eletrik bermula pada tahun 1963 oleh Herbert A. Gilbert. Namun disebabkan teknologi ketika tidak itu, idea ini tidak dapat dijadikan kenyataan. Pada tahun 2003, seorang ahli farmasi di China, Hon Lik telah memperkenal idea ini semula dan berjaya menjualnya di pasaran pada tahun 2005.

Kursus Kecergasan 2017Rokok ini menggunakan bateri kecil bertujuaan untuk memanaskan cairan di dalamnya dan mengeluarkan wap. Cecair yang digunakan untuk mengeluarkan wap ialah propylene glycol dan glycerin yang digunakan dalam nebulizer atau inhaler pesakit asthma. Glycerin juga digunakan dalam masakan seperti kek dan biskut. Propylene glycol dan glycerine ini akan menyebabkan nikotin dalam rokok elektrik meruap ke udara dan disedut semula oleh perokok.

U.S Food and Drug Administration atau lebih dikenali sebagai FDA mengesahkan pripylene glycol dan glycerine selamat tapi bukan bahan nikotin di dalam rokok tersebut. Jumlah nicotine yang terkandung dalam rokok elektrik berbeza mengikut pengeluar. Ia boleh mengandungi antara 6 hingga 8 mg dalam setiap 1 ml cecair yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mencecah 16 hingga 36 mg/ml kepekatan. Jika 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30 hingga 40 batang rokok.

Seorang perokok tegar, badannya telah berlaku adaptasi dengan nikotin. Keracunan nikotin boleh berlaku apabila kepekatan nikotin dalam darah mencapai 120 mg. Terdapat juga pengedar rokok elektrik di Malaysia yang memasukkan alkohol dalam cecair tersebut untuk menambah rasa ‘high‘ dalam rokok elektrik tersebut.

Banyak kajian telah dibuat. Antaranya kajian oleh saintis Bahagian Penilaian Farmaseutikal USFDA yang menguji 19 jenis rokok elektrik yang dikeluarkan oleh dua pengeluar. Mereka mendapat terdapat bahan tobacco specific nitrosamines atau TSNAs yang boleh jadi penyebab kanser. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam rokok elektrik tersebut tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat juga nikotin dalam rokok elektrik yang dikatakan bebas nikotin.

Ini menunjukkan, kebanyakan pengeluar rokok elektrik mungkin menyeleweng dalam pengeluaran dan tidak mematuhi garis panduan yang disediakan. FDA juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menggalakkan penggunaan rokok elektrik pada bulan Julai 2009. Beberapa jabatan kesihatan termasuk Jabatan Kesihatan Kanda mengeluarkan kenyataan tidak menggalakkan penggunaan rokok elektrik kerana ia boleh menyebabkan keracunan nikotin dan ketagihan. WHO juga mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kajian sahih yang menunjukkan rokok elektrik ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nikotin.

Rokok elektrik juga diharamkan di beberapa negara termasuk Singapura. Kementerian Kesihatan Singapura bimbang, rokok elektrik bukannya membantu perokok tegar mengurangkan rokoknya tetapi juga menarik perokok baru di kalangan remaja dan wanita.

Rokok elektrik kini mudah didapati dan dibawa masuk daripada China dengan modal serendah rm5 untuk setiap refil bergantung kepada bahan yang dimasukkan.

Kenyataan WHO
http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/index.html

Chapter 422.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube