Saiz Zakar

‘Adakah latihan bebanan membuatkan zakar saya menjadi pendek?’
‘Adakah mengangkat bebanan membuat penis saya kecil?’

 

Topik hari ini mungkin agak lucah bunyinya (18sx) tetapi sesuatu yang kita perlu tahu. Saya sering menerima soalan lebih kurang begitu bunyinya daripada lelaki, malahan ada perempuan (isteri) yang risau lelakinya kurang hebat ketika di ranjang disebabkan latihan bebanan.

Kursus Kecergasan 2024

Kebenarannya tentang zakar adalah, saiz apa yang anda ada, itulah saiz anda tanpa mengambil kira pengambilan pil untuk membesarkan, pam, pembedahan atau teknik-teknik lain untuk mengubahnya.

Apa akan jadi jika seorang yang menurunkan berat badan, menurunkan lemak badan dengan mengambil diet yang sihat serta senaman yang baik, apakah pengaruhnya terhadap anda dan organ kecil anda?

Kesan Pada Zakar dan Lemak Sekitarnya

Kehilangan berat badan tidak mengubah saiz zakar membuatnya lebih kecil atau lebih besar tetapi bagi lelaki yang gemuk terdapat lemak berkumpul di sekitar zakar mereka. Semakin gemok seseorang, semakin besar jumlah lemak di sekitar zakar anda. Jadi apabila menurunkan berat badan, anda akan mengurangkan saiz lemak di sekitar zakar anda. Ia kelihatan lebih besar disebabkan pengurangan lemak. Saiznya sama cuma selama ini terselindung disebabkan lemak. Jadi bagi mereka yang gemuk, berusahalah untuk menurunkan lemak tersebut. Ada kemungkinan perbezaan sekitar 1 inci untuk setiap kehilangan 30 hingga 50 lbs lemak yang hilang.

Peningkatan Tenaga untuk Prestasi Seksual

Mengapa anda harus bersenam, mengangkat bebanan, melakukan aktiviti kardio? Walaupun ianya tidak meningkatkan saiz zakar anda tetapi ia meningkatkan kemampuan anda untuk aktiviti seksual anda. Mereka yang berseam mempunyai lebih banyak tenaga yang membantu dari segi prestasi dan tempoh tanpa penggunaan ubat-ubatan seperti viagra, camagra dan lain-lain yang sejenis dengannya.

Aktiviti kardio meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan. Jantung dan paru-paru membina kapasiti yang lebih tinggi untuk aktiviti berat dan meningkatkan kemampuan mereka yang membawa darah. Seperti yang diketahui, kekuatan zakar bergantung pada aliran darah. Zakar tidak mempunyai tulang. Kekerasannya bergantung pada aliran darah. Bayangkan jika aliran darah terhad? Salah satu rahsia kebahagian rumah tangga bergantung pada aktiviti seksual juga.

Pengambilan Steroid

Bagaimana pula dengan mereka yang mengambil dadah sukan jenis testosteron sintentik? Seperti yang diketahui semua, lelaki normal memiliki kilang sendiri iaitu testis atau dalam bahasa pasarnya telur untuk menghasilkan testosteron. Pengambilan testosteron sintetik akan menyebabkan badan mula berfikir yang badan memiliki testosteron secara berlebihan. Jadi secara tidak langsung, kilang penghasilan atau testis akan mula tutup dan menghentikan pengeluaran. Disebabkan itu testis kelihatan kecil. Kesan ini kesan sementara. Jika berhenti mengambil testosteron daripada luar, testis akan kembali bekerja. Disebabkan itu ada ahli bina badan yang mungkin nampak kecil sedikit di bahagian zakar, lebih-lebih lagi ketika pertandingan. Penonton yang tidak memahami mula menyebarkan cerita bahawa main gym boleh menyebabkan zakar mengecil. Bagaimana pula dengan pengambilan berlebihan? Masih banyak kajian dilakukan disebabkan ada kes yang testisnya tidak berfungsi seperti biasa selepas berhenti mengambil steroid tetapi masih tiada keputusan rasmi kajian. Kajian tentang mandul dan mati pucuk juga masih dijalankan.

Perbandingan

Terdapat juga mereka yang membandingkan seorang yang berkaki kecil dan berkaki besar dengan saiz zakar. Katakan dua orang yang berasal dari tempat sama dengan saiz zakar yang sama tetapi seorang memiliki otot kaki yang kecil dan seorang lagi besar. Secara relatifnya, sudah pasti yang berkaki kecil akan nampak lebih besar dan yang berkaki besar akan nampak lebih kecil sedangkan saiz zakarnya sama. Mereka yang melihat dan membuat perbandingan begini mula menyebarkan cerita. Ini antara cara tersebarnya cerita mereka yang bermain gym memiliki zakar yang kecil. Semua itu mitos semata-mata. Jangan takut untuk membuat latihan bebanan. Latihan bebanan mempunyai banyak kesan positif.

Berkaki besar
Taburan saiz zakar mengikut tempat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

51 thoughts on “Saiz Zakar

  1. saya sendiri x puas hati bila org kata main gym ni brg jd kecik

    1. Zaki Khan says:

      pedulikan dorang. tanya balik dorang, dorang punya besar ke? :p

      1. tah2 comel jer…urat2 pon x de…hahahah

      2. Faisezal Daniel says:

        tanya jgn tak tanya ..biar org nak kata apa yg penting tahap ketegangan zakar anda

    2. masalah nyer, 0rg y cakap 2 maen gym ke,,, 😀

  2. nk besar pkai mnyk linth..heheheh

    1. Zaki Khan says:

      nak besarkan dah masuk topik lain tu. :D. ni topik sex education. adakah weight training training shringe ur penis

    1. Zaki Khan says:

      apa yg wah.jgn fikir negatif

  3. die jeles tgk badan besar2!!!!!hahahaha….

  4. mr. fitness says:

    1. kenapa saiz zakar di belah asia yg paling kecik sekali?
    2. lagi besar zakar seseorang tu lagi berat (beban) die boleh angkat?
    3. tips2 untuk menyehatkan zakar? (bukan utk besarkan zakar)

    1. Zaki Khan says:

      1. kita manusia dicipta dgn pelbagai variasi. kalau semua org sama. x syok la.
      2. beban apa tu?
      3. tip2 nanti masuk topic baru. byk tip yg ada.

      1. rocky balboa says:

        besar2 pon x best gak…wanita asia pon bukan nye dalam2 off set nye..kehkehkeh..jnji bertahan lame…isteri jga agama inysallah…x de pape masaalah..heheh

        1. fitness man says:

          saya selalu pergi ke gym. sy tgk kawan saya tgh diet untuk pergi pertandingan. dieorg bg tau sy bahawa saiz zakarnya beransur kecik dan Xberfungsi dgn baik semasa traning mereka Xlarat mengangkat berat2. selepas sahaja pertandingan (dlm seminggu) mereka berubah secara mendadak. mereka boleh mengangkat berkali2 ganda berat dari yang asal. dan saya perasan sesuatu ( bonjolan amat ketara apabila mereka pakai seluar ketat ). mungkin saiz zakar mereka besar kot…. dapat X dato kupaskan sesuatu

          1. itu dia tengah tension tu… semua orang pun tengah tekanan manalah ada mood untuk kasi keras batang…

  5. dalam tv pernah sorang pakai bagitau kesan latihan angkat beban kpd atlit angkat berat wanita. mmg ada kesan. tapi bagi laki-laki lom jelas. individu yg aktif lebih tau kesan ke atas ‘barang’ mereka. cuma bagi yg ambil racun dan ubat2 tu rasa sure akan beri kesan… cuma nak badan cun terpaksalah ‘berkorban’…hhuhuhu… cuba kita tunggu penjelasan oleh tuan punya badan sendiri, lebih puas hati

    1. kesan mcm mana tu? utk prempuan yg pakai steroid? atau lelaki yg pakai steroid?

  6. …sorry bro, bukan ‘pakai’, tapi ‘pakar’…silap taip. huhuhu

  7. Saya setuju, zakar kelihatan kecil sebab timbunan lemak. Masa saya tingkatan 5, saiz saya lebih besar dan panjang dari sekarang. Masa tu berat saya hanya 120lb saja. Sekarang nampak kecil sebab dah terbenam dalam liputan lemak. Jadi untuk jadi perkasa dan hebat balik, caranya. Lose weight, buat exercise dan trimkan pinggang.
    Minyak lintah, seluar dalam vakoo, xomax, pump..semuanya penipu.

    zul jb

    1. start diet balik. pasal minyak lintah dan sebagainya, buat masa ni blum ada komen.

  8. ok jer….lg besenam lagi la keras kan bang…

      1. betul kh semasa mengunakn kekuatan dia mcm tetarik kedlm?tapi kembali normal. kn dh jadi latihan memendek tu?

  9. jan kenpaci says:

    ketawa xleh stop bila citer bab nih

  10. fikiran pendek says:

    akibat di pengaruhi oleh seorang kawan dan juga tidak berfikir panjang akan risikonya,akhirnya saya bersetuju di suntikan apa yang di panggil oleh seorang bekas juru latih bina badan itu sebagai steroid dgn bayaran rm350 untuk membesarkan zakar,20hari pertama zakar saya agak bengkak sebesar botol meneral yg kecil dan berlarutan hingga 45hari dan ahirnya ya mengecil ke saiz tin sardin yg kecil tapi malangnya saiznya dia tidak sempurna dan membengkak dan akan merasa kesakitan yg teramat sangat yg berlarutan hingga 10 ke 15hari bila termakan makanan laut atau yg berbisa! persoalannya di sini boleh kah saya menjalani pembedahan untuk membuangnya (benda itu di suntik di bawa kulit dan menjadi keras sekarang dan daya sensitif kulit di batang zakar pun berkurangan) tolong saya.

    1. dekat batu arang?
      susah nak tlg dlm kes camni, cuba try jumpa doktor pakar. harap2 dpt bantu la

    2. ada yang cucuk tak pakai silikon, insyaAllah selamat….
      saiz kekal

  11. kalau di katakan zakar akan kecil masa main gym..ramai lerr yang tak akan masuk gym..tokey2 gym akan tutup kedai lerr…gym tu bisnes jugak…mana dlm dunia ni org akan memburukan bisnes dia sendiri..betul tak…benda ni ada pro dan kontra nyerr…untuk fikiran pendek..benda tu mula2 dia kata minyak pati kayu cenuai..(klau tak silap saya)..tapi ia bukan minyak..ia cecair silikon..ia amat bahaya..ramai dah terperdaya dengan iklan2 mcm ni…(selalu org main gym yg terkena) benda tu murah jerr…klau nak hilang kena lakukan pembedahan untuk buang cecair yang dah mengeras tu…klau nak betul dpt zakar yg ok..dia kena cucuk bnyk kali..sekali memang tak jadi…sebab tukang cucuk tu sajer tak nak cucuk pakai silikon tu bnyk2…sebab bila tak puas hati org akan dtg lagi kat dia…dia dapat duit lagi…klau aku..aku cucuk kat muka dia…biar dia rasa…

  12. untuk hilang rasa gatal2 tu sapu minyak..jangn minyak panas lak…aku ada 2 kawan dah pi cucuk…sorang tu zakar dia dah mcm zombie lak..sebab lepas dia cucuk..dia tak urut zakar dia supaya silikon tu dpt meresap setiap inci zakar dia…meraung le member..zakar dah cacat..sorang lagi sempat buat…dia tak kasi panjang..cuma kasi gemuk jerr…btg gemuk kepala pulak kecik…aduhaiii….aku gelak tengok diorg punya hal…klau org gym ni yg jenis makan “racun” kot yang buat zakar diorg kecil…yang lain tak makan “racun”..ok le kot

    1. bersyukurla dgn apa yg ada. besar2 disebabkan cucuk pun nak buat apa kalau dah cacat. prempuan pun lari. 😀

    2. hahahaha, batang gemuk, keras, kepala kote lembut je….

  13. kuda kepang says:

    ikut body asal org tu. yg memang kecik akan tetap kecik. yg memang besar kekal besar. kalau amik racun tak kontrol pun maybe akan bagi kesan lemah pada batang. kalau layan gym aje aku rasa takde beri kesan, ok je. tapi kalau cucuk jgn main2 weh. pk banyak kali. boleh rosak batang. tak ramai yg jadi elok. hati2… jgn taksub

  14. cmne nk pnjgkn penis tnpe ad kesn smpingn ye? 😮

  15. sekadar ingin berkongsi ilmu,bagi saya pendapat yang mengatakan bersenam di gym mengangkat bebanan berat akan menyebabkan saiz p***s mengecil adalah tidak benar…saiz tidak mengecil bahkan stamina akan menjadi lebih meningkat semasa melakukan hubungan…rutin saya selepas bersenam di gym,apabila balik ke rumah saya membuat urutan dari pangkal ke tengkuk p****s dengan menggunakan minyak zaitun selama 5-10 minit bagi memastikan aliran darah berjalan lancar…saya dimaklumkan pengambilan steroid yang berlebihan yang menjadi punca p***s mengecil…jika salah minta dato’ betulkan…t.kasih…

  16. ANAK SAYA BERUMUR 12THN TAPI ZAKAR DIA MASIH KECIL,,,,SY TAKUT ADAKAN INI AKAN MENJEJASKAN ALAM REMAJA DIA.

    1. ada org mungkin lambat. tp kalau terlalu kecil, cuba dptkan pengesahan doctor.

  17. man tayar says:

    Lepas suntik kena la pandai jaga. Tapi bahaya. Ramai yg rosak anu dia pasal bukan senang nak jaga. Baik tak payah buat le. Yg nak try dapatkan nasihat doktor. Suntik2 ni bahaya. Tapi aku dah buat. Jaga betul2… memang menjadi la. Hehehe. Suka le wife aku. Besar botol sos. Menten..Tapi aku nasihatkan kwn2 jgn try, risiko utk tk menjadi 90%!!! Syukurla dgn saiz yg ada tu…

    1. PM kat mane tempat?
      brape kos?
      hahahaha

  18. Kenapa zakar saya kecil dan testis saya besr

  19. ingin tahu says:

    saiz zakar berapa ye yg besar ? kalau 6 cm pnjg tu besar kecil.? mohon penjelasam

    1. 6 cm tu saiz baby. kalau inci kira normal. 5 inci normal utk malaysian.

  20. Saya punya kecil je 3.5 inci klu keras…saya main gym jgk..tp sya xkesah pn btg sya kecil…skrg saya ada group small penis nk join wasap saya 0134542980

  21. Matthew tuah says:

    Dari segi bentuk apa kah Kita nak tahu besar dan panjang kemaluan seorang lelaki

Leave a Reply to nua Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: