Sakit di Tumit Kaki Sep16

Kongsi

Sakit di Tumit Kaki

Terdapat 2 penyebab utama yang biasanya menjadi masalah di tumit kaki, iaitu plantar fasciitis dan achilles tendinitis. Kaedah paling mudah untuk kenal pasti masalah tersebut adalah menerusi tempat sakitnya.

Jika sakit terasa di bahagian bawah tulang tumit, ia biasanya plantar fasciitis. Jika rasa sakit di bahagian belakang tumit, ia masalah achilles tendinitis. Tendon archilles bersambung daripada betis ke tulang tumit.

Plantar Fasciitis

Plantar fasciitis terjadi disebabkan keradangan tisu tebal yang menyantumkan tumit ke jari kaki. Aktiviti berulang dalam bentuk tekanan atau mungkin strain menyebabkan koyak kecil di plantar fascia. Ia menjadi makin teruk apabila aktiviti diteruskan. Antara aktiviti yang menyebabkannya adalah berjalan dan joging. Selain itu, otot betis yang ketat, berat bertambah dan kasut tidak sesuai boleh jadi penyebab.

Tanda-tandanya termasuk sakit menusuk dibahagian bawah tumit terutamanya langkah-langkah pertama ketika bangun tidur atau selepas bangun daripada duduk. Sakit biasanya berkurang apabila berjalan dan menjadi teruk semasa berehat. Ia mungkin boleh menyebabkan terkejut daripada tidur waktu malam.

Bagaimana mengubatinya? Jika masalah baru, boleh gunakan ais untuk mengurangkan keradangan. Gunakan selama 20 minit. Boleh guna botol yang dibekukan. Pusingkan di bawah kaki. Regangkan otot betis. Turunkan badan ke hadapan dengan pastikan kaki lekat di atas lantai. Kalau boleh, cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit kerana ianya tidak menyelesaikan masalah. Ia membantu menghilangkan sakit sementara. Ada pelbagai kaedah rawatan fizikal termasuk roll bola tennis di tapak kaki. Ianya boleh membantu tapi juga mungkin menjadikannya teruk. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan apa-apa rawatan.

Plantar Fasciitis

NASC 2015

Achilles Tendinitis

Achilles tendinitis terjadi tersebabkan terlalu banyak penggunaan tendon achilles. Ia biasa terjadi pada pelari yang tiba-tiba meningkatkan intensiti atau masa larian mereka. Ia juga masalah biasa pada mereka yang meningkat usia dan ‘hero’ di hujung minggu. Achilles tendinitis boleh menjurus ke masalah tendon koyak. Jika sakit berlarutan dan semakin teruk, elok dapatkan bantuan perubatan.

Risiko masalah ini lebih pada lelaki. Mereka dengan masalah psoriasis atau tekanan darah tinggi cenderung berdepan masalah ini. Mereka yang mengambil antibiotik fluoroquinolones juga berisiko berdepan masalah achilles tendinitis.

Rawatannya? Biasanya, latihan jenis essentrik ketika plantar flexion akan diberikan. Selain itu, boleh dapatkan pendapat orthotic untuk nasihat kasut yang sesuai dipakai. Jika terapi fizikal tidak berkesan, biasanya doktor akan cadangkan pembedahan untuk memperbaik tendon achilles.

Achilles Tendinitis

Rujukan
http://www.webmd.com/a-to-z-guides/plantar-fasciitis-topic-overview
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/achilles-tendinitis/basics/definition/con-20024518

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini