Hipertensi May11

Kongsi

Hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi seolah-olah sudah menjadi sakit biasa di kalangan kita semua. Jika dahulu, kita boleh dapati penyakit hipertensi hanya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas tetapi kini umur 20-an pun ada, bahkan dah banyak kes melibatkan kanak-kanak.

Tekanan darah dinyatakan dalam dua nombor. Nombor yang lebih tinggi adalah tekanan darah sistolik, yang merupakan tekanan yang diberikan oleh darah terhadap dinding pembuluh darah ketika jantung kontrak atau dalam bahasa mudah ketika jantung bekerja mengempam ke seluruh badan. Nombor yang lebih rendah adalah tekanan darah diastolik yang merupakan tekanan baki yang ada di antara kontraksi jantung, atau ketika jantung berehat. Tekanan darah normal memberi aliran darah yang cukup ke organ vital termasuk otak, jantung, ginjal, usus, dan otot rangka.

Tekanan darah tinggi menjadi penyakit dan faktor risiko penyakit lain. Pada peringkat tertinggi, ada kemungkinan peningkatan kematian disebabkan strok, penyakit jantung, kegagalan ginjal dan lain-lain. Sebelum ini tekanan darah 120/80 mmHG dianggap normal, tetapi baru-baru ini, WHO telah menetapkan 112/72 mmHG sebagai normal dan 120/80 mmHG telah dijadikan sempadan kepada hipertensi tahap 1.

Banyak penyebab terjadinya hipertensi. Antaranya seperti kombinasi dari predisposisi genetik, faktor persekitaran seperti asupan natrium yang berlebihan atau dalam bahasa mudahnya pengambilan garam berlebihan, gaya hidup, tekanan dan sebagainya.

Tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan cara bersenam dan menurunkan berat badan berlebihan, mengurangkan pengambilan garam dan alkohol. Kes-kes yang lebih serius dirawat dengan ubat-ubatan seperti diuretik, beta bloker, antagonis kalsium, angiotensin-converting enzyme inhibitor, alpha blocker dan sebatian yang mempengaruhi regulasi pusat di otak.

Kanak-kanak dan Hipertensi

Kanak-kanak yang berdepan dengan hipertensi adalah serius kerana ia meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan masalah perubatan yang lain di masa dewasa kelak. Komplikasi serius boleh dielakkan dengan memastikan anak mendapatkan pemerikasaan tekanan darah teratur dan mendapatkan rawatan dengan segera.

Jika tidak dirawat, hipertensi boleh mengakibatkan komplikasi jangka panjang seperti berikut:

– aterosklerosis, juga disebut arteriosclerosis
– penyakit caskular periferi
– serangan jantung
– strok atau angin akhmar
– pembesaran jantung dan kegagalan jantung
– kerosakan buah pinggang atau kegagalan buah pinggang
– retinopati atau buta

Ateroskerosis adalah pengerasan pembuluh darah. Dinding arteri mempunyai lapisan dan rangkaian elastik yang membuat mereka fleksibel dan mampu membesar dan menyempit sebagai aliran darah melalui mereka. Tekanan darah tinggi boleh membuat dinding arteri menebal dan mengeras. Kolesterol dan lemak lebih cenderung membina di dinding arteri yang rosak yang seterusnya menyebabkan arteri lagi sempit. Jika laluan menjadi sempat, kelajuan darah keluar menjadi sangat laju.

Hipertensi membuat jantung bekerja lebih keras utuk mengepam darah. Beban kerja tambahan boleh membuat otot jantung menebal dan meregang. Ketika jantung tidak dapat mengempan cukup darah, itu dinamakan kegagalan jantung.

Ginjal memadam sisa buangan badan dari darah. Jika hipertensi berlaku, sisa kurang ditapis daripada darah yang mana seterusnya akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Ketika itu dialisis atau pemindahan buah pinggang diperlukan.

Faktor

Antara faktor dikenal pasti seperti

– kurangnya aktiviti fizikal
– diet tinggi lemak, garam dan gula
– keturunan
– berat badan rendah ketika lahir
– lelaki lebih berisiko
– bangsa
– keadaan bawaan seperti coarchtation dari aorta
– diabetis
– penyakit ginjal
– pengambilan alkohol berat
– penggunaan steroid anabolik

Simptom

Secara umumnya tiada gejala yang ketara. Gejala-gejala yang mungkin seperti

– lekas marah
– menangis berlebihan
– gagal menambah berat badan
– selalu demam
– kepala berpusing
– sakit kepala
– muntah
– jantung berdebar-debar

Rawatan
Tiada rawatan yang benar-benar dapat menghilangkan tekanan darah tinggi. Kebanyakan rawatan dapat mengawal dan menurunkan tekanan darah ke paras normal. Hipertensi secara umumnya perlu dirawat dengan perubahan gaya hidup, termasuk diet dan bersenam. Perubahan gaya hidup meliputi

– menurunkan berat badan
– bersenam secara teratur
– mengurangkan lemak, garam dan gula dalam diet
– menguruskan tekanan atau stres
– berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alkohol
– meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran
– mengurangkan pengambilan daging, makanan segera, makanan dalam tin, makanan beku dan sebagainya yang berkait dengan tekanan darah tinggi

Cara Bersenam

Cara bersenam bagi penghidap hipertensi tidak sama dengan orang biasa. Saya akan masuk topik cara bersenam untuk hipertensi dalam entri akan datang. Hari ini sebagai pengenalan kepada hipertensi.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube