Sayur Mentah VS Sayur Masak Oct05

Kongsi

Sayur Mentah VS Sayur Masak

Adakah makan sayur yang dimasak akan mendapat nutrisi sama seperti sayur mentah?

Kursus Kecergasan 2017
Sayur yang dimasak terutama yang dimasak berlebihan akan mengurangkan tahap vitamin termasuk yang larut lemak (A,D,E dan K) dan juga yang larut air (B,C). Ada sesetengah kes, apabila dimasak, nutrisinya lebih mudah diserap badan.

Sebagai contoh, tomato. Dalam tomato ada antioksida yang dipanggil lycopene. Tomato yang dimasak akan memecahkan dinding selnya dan memudahkan lycopene diserap badan. Manakala sayur seperti sawi, brokoli, lada hijau apabila dikukus akan meningkatkan keupayaan untuk mengikat asid semasa penghadaman yang mana membantu menghilangkan metabolik toksik.

Masakan yang paling perlu dielakkan adalah merebus. Rebus dapat mengurangkan banyak sumber vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran. Kukus lebih baik daripada rebus. Walaubagaimana pun, cuba perlbagaikan cara makan sayur anda. Buat salad, pakai yang mentah. Masakan ada kebaikan dan keburukannya.

Microwave – Kurangkan sekitar 50 peratus nutrisi
Bakar – Antara pilihan yang baik selepas mentah
Kukus – Juga antara pilihan yang baik selepas mentah
Goreng – Elakkan, pilihan kedua terteruk
Rebus – Pilihan yang paling teruk

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube