SCL World Championship 2013 Kuala Lumpur Nov22

Kongsi

SCL World Championship 2013 Kuala Lumpur

23 dan 24 November 2013 ini akan berlangsung MHP Strongman Champions League Season 6 di Dataran Merdeka. Ia adalah liga dunia professional sukan Strongman. Malaysia adalah destinasi terakhir Liga kali ini selepas 14 pertandingan. Setiap pertandingan, pemenang dapat 15 hingga 20 ribu USD. Tambahan 15 ribu USD daripada MHP akan diberikan kepada pemenang keseluruhan. Sekurang-kurang 12 orang akan bertanding untuk setiap pertandingan dan markah akan dikumpulkan untuk Juara Keseluruhan. Jumlah hadiah keseluruhan 350 ribu USD.

Liga-Orang-Kuat-Dunia-2013

19/04 SCL LAPLAND
14/06 FIBO GERMANY
21/06 SCL SERBIA
05/07 SCL LATVIA
02/08 SCL CZECH
16/08 SCL HOLLAND
12/09 SCL PORTUGAL
27/09 SCL FINLAND
17/10 SCL HUNGARY
19/10 WORLDS LOG LIFT LITHUANIA
24/10 SCL SLOVAKIA
31/10 SCL RUSSIA
07/11 SCL POLAND
14/11 SCL GIBRALTAR
23/11 SCL MALAYSIA

NASC 2015

Di Dataran Merdeka, 12 atlet akan bertanding:

Zydrunas Savickas (Lithuania)
Kzysztof Radzikowski (Poland)
Ervin Katona (Serbia)
Mike Burke (USA)
Dainis Zageris (Latvia)
Hafthor Bjornsson (Iceland)
Lauri Nami (Estonia)
Alex Moonen (Holland)
Bjorn Solvang (Norway)
Chenyang Shi (China)
Ahmad Taufiq Muhammad (Singapore)
Zarol Alfiyan (Malaysia)

Zarol Alfiyan daripada Malaysia dan Ahmad Taufiq Muhammad daripada Singapore dapat masuk secara Wild Card.

SCL-Strongman-League

8 rutin akan dipertandingkan:

• Truck Pull (harnass and rope)
• Farmer’s Walk
• Log Lift (reps)
• Forward Hold (time)
• Tire flip
• Car Deadlift (reps)
• Loading
• Bus Pull (hand over hand)

Jom saksikan beramai-ramai, siapa yang akan memegang gelaran SCL World Champion 2013 ini. Beri sokongan kepada atlet Malaysia, Zarol Alfiyan, 18 tahun yang akan menyertainya.

Laman Web SCL
http://www.strongmancl.com/website2010/

Trailer Pertandingan
http://vimeo.com/user17369600/review/79520819/4192e6df7f

Zarol-Strongman-Malaysia-2013

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini