Sebu Aug31

Kongsi

Sebu

Sebu? Ramai daripada kita apabila berlatih dan makan menghasilkan saiz yang sebu. Apa sebabnya? Majoriti mungkin disebabkan pengambilan steroid yang mana menyebabkan retansi air. Anda pengguna steroid? Tolak tepi dulu penyebabnya. :D. Bagaimana mengurangkan atau mengatasi masalah badan sebu ini?

NASC 2015

Kurangkan Sodium

Garam sodium biasa dikaitkan dengan kesebuan. Pendek kata menampakkan kulit tebal. Melindungi otot-otot yang sepatutnya kelihatan. Kebanyakan makanan segera, makanan dalam tin mengandungi sodium yang tinggi. Kurangkan perasa, rempah dan garam dalam masakan. Minum air 6 hingga 8 liter sehari. Terdapat beberapa makanan yang membantu melawan masalah sebu ini termasuk salari, asparagus dan timun.

Rendahkan Kortisol

Kortisol meningkat disebabkan tekanan. Peningkatan kortisol mungkin berlaku apabila berlebihan bersenam, apabila melakukan latihan kardio secara berlebihan, apabila melakukan senaman high intensity interval training atau HIIT dan apabila kemasukan kalori terlalu rendah. Peningkatan kortisol mengganggu aldosteron iaitu hormon yang mengawal keseimbangan air di dalam badan.

Pengambilan Serat

Pengambilan serat samada rendah atau tinggi boleh menyebabkan retansi air. Ubah kuantiti serat dalam diet anda sesuai dengan badan anda. Setiap orang berlainan jumlah keperluannya.

Karbohidrat

Pastikan pengambilan karbohidrat yang mencukupi selepas latihan untuk menggantikan glikogen otot yang kurang. 1 karbohidrat mengikat 1 air. Kedua-dua masuk ke dalam otot dengan bantuan potassium. Makanan tinggi potassium termasuk pisang dan saleri.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini