Sekitar Mr Kuala Lumpur 2011

Berakhir sudah kejohanan bina badan Mr Kuala Lumpur yang boleh dianggap sebagai kejohanan kedua terbesar selepas Mr Malaysia pada 29 Mei 2011. Ia berlangsung di Arena Sukan Tertutup MOM, Tingkat 3, Kompleks Sukan Tertutup MOM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Dengan seramai 84 orang atlit bertanding dan 973 penonton boleh dianggap peningkatan berbanding tahun lepas hanya seramai 606 orang penonton.

Kursus Kecergasan 2024

Banyak atlit yang menonjol kali ini. 13 kategori dipertandingkan dengan tambahan kategori super master untuk mereka yang berumur 56 tahun ke atas yang juga mendapat sambutan.

Mungkin terdapat sedikit aduan berkenaaan beberapa perkara ketika berlangsungnya kejohanan tetapi pihak Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik dan akan buat yang lebih baik untuk tahun-tahun mendatang. Perserta yang paling menonjol Kumar dari Egonutrition kategori light heavy yang memenangi kategori keseluruhan juga manakala peserta yang paling ramai penyokong Ayahanda Chek Ton dari Act Gym kategori heavy. Peserta yang saya kira tengok kareografi pertunjukkan paling baik adalah Azwan daripada Revolution Gym.

Kejohanan yang berlangsung serentak dengan Mr Kuala Lumpur ialah Mr Selangor yang berlangsung di Klang Parade dengan penyertaan seramai 49 atlit. Mungkin kerana tempat yang jauh, jadi ramai yang memilih untuk ke kejohanan Mr Kuala Lumpur. Saya akan cuba dapatkan gambar-gambar untuk Mr Selangor 2011 jika ada yang pamerkan nanti berserta keputusan penuh jika dapat. Disebabkan Syukri The Wheel pun tidak masuk, jadi tiada seorang pun rasanya kenalan saya yang ke sana. Saya akan masukkan lebihan gambar dalam page Zaki Khan di laman facebook nanti.

Kumar di bahagian kanan sekali
Ayahanda Chek Ton di tengah

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Sekitar Mr Kuala Lumpur 2011

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: