Sekitar Mr Malaysia 2011
Mengikut tajuk, sekitar, saya cuma berada di ‘sekitar’ Kejohanan Bina Badan Kebangsaan 2011 yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar. Saya tidak masuk ke dalam, cuma berada di Hotel Pelangi pada hari Sabtu petang hingga ke malam. Jadi jangan tanya saya keputusan kejohanan. Saya akan cuba dapatkan keputusannya nanti.
Pada asalnya, saya tidak bercadang untuk ke Muar, tetapi berikutan Mr Malaysia kali ini bermula dengan agak teruk dimana seorang yang telah ‘di-reject‘ (bukan dibuang) daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur telah mencari pasal dengan pasukan bina badan Kuala Lumpur. Rasanya ramai atlet telah menjadi saksi kes ini. Ketika tersingkir daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, dia tergesa-gesa mencari persekutuan negeri yang lain kerana jika tidak, dia akan digugurkan daripada Persekutuan Bina Badan Malaysia. Apa yang saya dengar, dia menipu sana sini bagi membolehkan dia hadir sebagai delagasi supaya mengekalkan jawatannya dalam Persekutuan Bina Badan Malaysia. Akhirnya dia hadir dengan Persatuan negeri lain.
Berikutan dengan kes kurang ajarnya, seseorang daripada Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur telah memanggil saya menjadi pemerhati dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persekutuan Bina Badan Malaysia. Di dalam mesyuarat tersebut, dia yang menukar keputusan kejohanan tahun lepas tidak memegang apa-apa jawatan tahun ini. Adakah dia masih menjadi pengadil untuk Mr Malaysia? Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia masih kekal, iaitu dipegang oleh Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong. Dia yang kurang ajar itu juga masih kekal dalam Persekutuan.
saya pendekkan cerita dan tidak bubuh nama. tp rasanya org2 lama mungkin tahu cerita ini pasal siapa.
ada yang bertanya, kenapa mereka yg duduk di muar pun tidak tahu menahu pasal kejohanan. drpd segi promosi, saya perasan banner2 kecik di sekitar. tp hebahan kurang. promosi pun nampak cam kurang.
mcm2 gak ek berlaku……saya mmg org muar….mmg tak byk promosi….sedangkan nilah kejohanan besar….mmg mengharukan…..
sedih bila melihat smua ini terjadi dalam sukan bina badan malaysia…kalau benda ini berlarutan mcm manalah sukan bina badan malaysia nak maju…negara barat dah jauh melangkah sdgkan kita masih berusaha utk perbetulkan konflik yg sedia ada dalam sukan tersebut…anywhere tahniah bt yg menang…yg kalah tu jgn ptus asa jadikan kekalahan tu sebagai semangat utk bangkit semula pd tahun yg akan dtg….majulah sukan bina badan malaysia…
erMmmmmm……tak mau komen
Kata Ahmed Nesfu..”macam setan !”
bro apa keputusan nyer
sy masih cuba dptkan. kategori overall ada 2, bawah 70kg dpt kat mike,pdrm, atas 70kg kat deris, sarawak
pelik tul apsal ada 2 kategori. 😀
Dennis jeros_overall 70 kg. abovr
ops sorry, silap type. nak type denis, jd deris
Memang kurang promosi.. saya hanya nampak sekitar bulatan sebelah Dewan Jubli Intan sahaja.