Selangor Strongestman 2015

Berakhir sudah pertandingan Selangor Strongestman 2015 pada 21 November 2015. Pertandingan ini julung kali diadakan di Selangor pada tahun ini dan insyAllah akan diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang. Selain acara orang kuat, terdapat juga acara-acara lain dijalankan serentak termasuk larian 5km, badan cantik, lawan tangan, pertandingan bench press, zumba dan piloxing.

Dalam pertandingan kali ini, saya tidak sertai sebagai peserta tapi sebagai ketua juri. Tahniah kepada Zack Rockstar atas penganjuran yang cemerlang. Terima kasih kepada semua penaja terutama penaja barangan Strongman, Impulse Asia Sdn Bhd. Penganjuran ini dianggap sangat cemerlang berikutan pertandingan pertama dianjurkan di Selangor.

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan penyertaan. Ini menunjukkan orang ramai semakin berminat dengan sukan orang kuat. Selama ini mungkin agak sukar cari di mana pertandingan di adakan. Jadi, lebih banyak pendedahan harus dibuat untuk menarik lebih ramai sertai sukan orang kuat ini. Kursus Kecergasan 2024

Berikut adalah keputusan penuh Selangor Strongestman 2015:

Bawah 90kg
1. Asri (Johor)
2. Mukmin (Johor)
3. Arif Khalil (Johor)
4. Muhammad Hafizul Abdul Yazid (Selangor)
5. Joe Vechter (Singapore)
6. Wan (Singapore)
7. Azad Manas (Johor)
8. Faeez Yussof (Selangor)
9. Eddie (Selangor)
10. Amri (Johor)

Atas 90kg
1. Mohammad Zaki (Singapore)
2. Zarol (Selangor)
3. Francis Abi (Sabah)
4. Don (Selangor)
5. Rude Melvyn (Selangor)
6. Achik (Johor)
7. Mohamad Asmu’i (Selangor)
8. Hadi Wookiee (Singapore)
9. Mohamad Salehen Abd Rahman (Johor)
10. Bob (Sabah)

Gambar dan video boleh didapati dalam group Malaysia’s Strongestman di facebook
https://www.facebook.com/groups/malaysiastrongestman/

Peserta Selangor Strongestman 2015
Peserta Selangor Strongestman 2015

Selangor Strongestman 5

Rutin Pertama
Rutin Pertama
Rutin Kedua
Rutin Kedua
Rutin Ketiga
Rutin Ketiga
Rutin Keempat
Rutin Keempat

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

1 thought on “Selangor Strongestman 2015

  1. tahniah kepada semua peserta. cukup meriah contest sabtu lepas.

Leave a Reply to Mad89 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: