Seminar Perubatan Komplimentari May20

Kongsi

Seminar Perubatan Komplimentari

Siang tadi dijemput menyertai Seminar Perubatan Komplimentari Penjagaan dan Mengatasi Sakit Belakang di Malacca College of Complementary Medicine di bentang oleh Dr V. Arvind. Dr Arvind merupakan salah seorang konsultan untuk www.strengthsifoo.com. Saya akan kenalkan konsultan-konsultan laman ini dalam entri akan datang.



Disebabkan masa yang terhad, hanya dua jam, tidak banyak yang dapat diceritakan tentang cara-cara penjagaan dan mengatasi masalah sakit belakang. Mungkin saya akan bentangkan lebih lanjut tentang cerita sakit belakang ini di masa hadapan.

Buat masa ini, kolej ini menawarkan kursus Diploma in Natural Medicine, sijil dalam Manipulative Therapy, Beauty Therapy, Spa Hydrotherapy, EBOO and Safe Ozone, dan Neurofeedback Training dengan syarat kemasukan hanya 3 kredit dalam SPM dan wajib lulus matematik dan sains. Setiap pelajar yang memenuhi syarat kelayakan minimum layak mendapakan biasiswa RM 10 000. Saya akan cerita lebih lanjut pasal kursus-kursus ditawarkan kemudian.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube