Senaman Ketika Berpuasa Jun29

Kongsi

Senaman Ketika Berpuasa

Ada banyak kajian mengenai puasa dan senaman. Ada yang kata menyebabkan otot katabolik atau otot jatuh disebabkan kadar nitrogen yang sangat rendah dalam badan. Tak kurang juga kajian menunjukkan bersenam dan berpuasa menyebabkan tekanan oksidatif yang mana beri kebaikan pada otot.

NASC 2015

Tekanan oksidatif adalah tekanan yang akan mengerakkan atau menghidupkan otot. Ia mengaktifkan glutathione dan menggalakkan pembakaran di mitochondria. Pembakaran lemak dikawal oleh sistem saraf simpatetik di mana sistem saraf simpatetik diaktifkan dengan senaman dan kekurangan makanan. Kekurangan makanan disini lebih kepada mood kebuluran.

Pada peringkat awal berpuasa, ia mungkin menyebabkan otot katabolik. Akan tetapi badan kita bekerja menukar jam biologikal di otot dan otak kita mengikut situasi. Jika masa yang anda ada terhad kepada masa sebelum berbuka, saya nasihatkan untuk elakkan senaman daripada dilakukan pada hari pertama berpuasa. Bagi badan menukar sistem badan dahulu. Mulakan pada hari ketiga ke atas.

Kaedah-kaedah senaman, saya dah tulis sebelum ini di entri:
http://zakikhan.net/diet-dan-latihan-di-bulan-ramadan/
http://zakikhan.net/puasa-ohh-puasa/

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Puasa bagi umat Islam. Maafkan saya jika ada kesilapan selama ini.

Selamat-Berpuasa

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini