Senaman Ketika Mengandung? Aug27

Kongsi

Senaman Ketika Mengandung?

Bagaimana melakukan senaman ketika mengandung? Erk, boleh ke bersenam? Orang kita asyik cakap, “jangan, nanti gugur”. Sehingga ada doktor bagi nasihat jangan bersenam. Takut betul doktor itu dengan perkataan senaman. Mungkin dia ingat, bersenam itu macam main ragbi kut. Senaman ketika mengandung beri banyak kebanyakan pada ibu dan juga anak. Kebaikan yang kita nampak seperti memudahkan peranakan. Kesihatan ibu mudah terancam ketika mengandung disebabkan tabiat makan yang luar biasa, tekanan dan sebagainya sehingga ada kes terpaksa melahirkan anak pra matang disebabkan ibu ada tekanan darah tinggi. Kes diabetis dan hipertensi adalah kes biasa yang tidak sepatutnya untuk ibu mengandung.

NASC 2015

Walaupun senaman memberi banyak kebaikan, ada beberapa perkara perlu dipastikan untuk keselamatan ibu dan anak.

1. Periksa

Jika anda dah bersenam sebelum ini dan tiba-tiba mengandung, tiada masalah untuk teruskan. Akan tetapi dapatkan nasihat pakar yang tahu tentang senaman. Di Malaysia, kita menghadapi kesukaran jumpa doktor yang tahu tentang kecergasan. Doktor yang bagus akan tanya apa rutin anda sebelum dan semasa mengandung. Doktor akan menasihatkan rutin apa yang bahaya untuk ibu mengandung. Persoalan rutin, saya akan masukkan dalam entri berasingan.

2. Kalori

Senaman bakar kalori. Manakala mengandung juga perlukan kalori tambahan. Kalori diperlukan untuk membentuk bayi daripada semester pertama. Walaupun kandungan nampak kecil, tapi kalori diperlukan untuk membina placenta dan sebagainya. Jika anda dalam BMI normal, anda perlu tambahan 300 kalori atau lebih hanya untuk kandungan, belum ambil kira senaman.Senaman-Mengandung

3. Sukan

Elakkan sukan bahaya yang ada pertembungan, lompatan, gegaran dan sebagainya.

4. Pakaian

Pakai pakaian yang longgar dan boleh bernafas. Saya tahu ramai perempuan suka pakai ketat-ketat.

5. Baring

Elakkan baring rata di atas lantai ketika trimester yang pertama. Kedudukan ini meletakkan tekanan atas salur darah vena utama iaitu vena cava yang mana akan mengurangkan pengaliran darah ke jantung dan seterusnya mengganggu perjalanan darah ke otak dan uterus. Ia mungkin menyebabkan pening kepala dan nafas pendek.

6. Suhu

Jangan biarkan badan anda terlalu panas lebih-lebih lagi di trimester pertama. Suhu badan melebihi 39 darjah celcius untuk tempoh 10 minit boleh membahayakan kandungan. Ketika mengandung, adalah normal untuk rasa lebih panas daripada biasa. Jadi, ada kemungkinan suhu itu meningkat lebih cepat daripada biasa. Jika suhu meningkat luar biasa, hentikan senaman, dapatkan udara sejuk atau mandi air sejuk. Minum air dengan banyak.

7. Habit

Jadikan senaman satu habit. Anda perlukan pinggang yang kuat untuk tampung peranakan untuk tempoh 9 bulan. Bayangkan jika anda tidak bersenam. Sentiasa mengeluh, sakit pingang, sentiasa mengeluh letih dan sebagainya.

Isteri saya baru masuk semester ke dua dan saya memaksanya bersenam daripada semester pertama. Senaman secara amnya, membantu mengurangkan gejala-gejala prenancy seperti mual, loya dan sebagainya. Saya akan sambung seterusnya, apakah bentuk senaman yang boleh dan tidak. Sebelum memulakan apa bentuk senaman, dapatkan nasihat daripada doktor yang menjaga anda.

Mengandung-Senaman-Air

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini