Sepanjang Kursus 2013 Aug24

Kongsi

Sepanjang Kursus 2013

Pada 10 hingga 12 Jun 2013, telah berlangsung Kursus Fitness Instructor, di bawah National Association for Fitness Instructor (N.A.F.I.) dengan usahasama ZK Dinamik (M) Sdn Bhd. Kursus ini dibuat di Bangunan Palapes, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi.

Jurulatih terlibat sebagai TOT:

Dr Lee Chee Pheng
Zaki Khan
Mages

Seramai 25 orang telah mengambil bahagian. Sebahagian besar lulus peperiksaan dengan jayanya. Tahniah diucapkan.

Kursus Fitness Instructor

Kursus Fitness Instructor

Pada 19 hingga 22 Jun 2013, bulan yang sama juga berlangsung kursus Certified Personal Trainer juga di bawah National Association for Fitness Instructor (N.A.F.I.) dengan usahasama ZK Dinamik (M) Sdn Bhd.

Jurulatih terlibat sebagai TOT:

Dr Lee Chee Pheng
Zaki Khan
Mages
Effendy Zulkiffly

Seramai 16 orang telah mengambil bahagian. Sebahagian besar lulus peperiksaan dengan jayanya. Tahniah diucapkan.

Kursus Certified Personal Trainer

Kursus Certified Personal Trainer

Kedua-dua kursus ini dikeluarkan sijil dibawah N.A.F.I. dan Asia College of Sport and Exercise Medicine.

Laman Web National Association for Fitness Instructor
http://www.nafi.com.my

Jika anda yang lain berminat sertainya, boleh rujuk link di bawah
http://strengthsifoo.com/kursus-personal-trainer-2/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube