Serat Dan Bakar Lemak

Serat (atau fiber) terdapat dalam tumbuh-tumbuhan. Sedar tak sedar, ramai yang kekurangan serat dalam pemakanan mereka, menjadikan sistem pencernaan mereka tidak sempurna. Tahukah anda, serat sangat membantu dalam mencegah penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung?

Aiman Radzi - Serat Dan Bakar Lemak

Selain daripada menjaga kesihatan anda daripada penyakit-penyakit ini, serat turut mampu membantu anda untuk membakar lemak dan mengurangkan berat badan! Oleh itu, mulalah ambil serat dari sekarang. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan pelbagai lagi sumber yang sangat memanfaatkan diri anda.

Kursus Kecergasan 2024

Serat Jenis Larut

 

Serat jenis larut bermaksud ia larut di dalam air. Mereka akan melekatkan diri mereka bersama asid hempedu yang turut merupakan lebihan kolestrol. Asid-asid ini juga akan melalui usus kecil anda dan membantu dalam pencernaan sel-sel lipid (lemak).

 

Apabila serat ini melekat pada asid-asid tersebut, penyerapan kolestrol berlebihan akan menjadi lebih berkesan dan tahap pencernaan lemak akan meningkat. Manfaat semua ini pada diri anda adalah ia dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan mengurangkan penyimpanan sel lipid sebagai lemak dalam badan (sumber tenaga rizab).

 

Serat Jenis Tidak Larut

 

Serat jenis tidak larut turut dikenali sebagai pelawas (biasa dengar orang kata makan betik untuk melawaskan pembuangan air besar?). Pelawas ini dalam Bahasa Inggeris ialah roughage (bagi mereka yang tidak biasa dengan terma Bahasa Malaysia). Meskipun serat jenis ini tidak larut dalam air, ia tetap mampu untuk menyerap sejumlah kandungan air.

Serat Jenis Tidak Larut

Penyerapan ini akan meningkatkan isipadu ataupun mampatan serat tersebut sewaktu berada dalam usus kita. Apa yang berlaku sekarang ialah anda akan berasa “kekenyangan” akibat daripada mampatan serat ini lantas mengurangkan selera dan nafsu makan. Bermakna, anda dapat mengawal pemakanan anda dan mengelakkan pengambilan makanan bukan-bukan, hanya dengan meningkatkan pengambilan serat sahaja dalam pemakanan harian anda!

 

Pengambilan serat dalam kuantiti yang besar mampu “mencuci” aliran usus kita daripada sisa-sisa pencernaan yang hendak dibuang daripada badan kita. Makanan-makanan yang kita makan juga akan cepat cerna dengan penambahan dalam kuantiti serat yang diambil.

 

Bolehkah Kita Terlebih Pengambilan Serat?

 

Jawapannya, ya! Kita boleh terlebih serat. Malah, kita boleh terlebih dalam pelbagai nutrien pemakanan kita. Sentiasa beringat untuk berpada-pada dan jangan terlalu berlebihan kerana yang baik jika berlebihan juga mampu memudaratkan diri kita.

 

Jika anda ingin meningkatkan pengambilan serat anda, lakukannya sedikit demi sedikit dan jangan terus mengambil dalam kuantiti yang banyak secara mengejut! Beri peluang usus anda untuk membiasakan diri dengan “sistem” pemakanan baru anda ini.

Sayur-sayuran Dan Bina Badan

Kalau hari ini anda hanya ambil 10g serat daripada pemakanan anda, tambahkan sedikit menjadi 15g untuk satu minggu ini. Tambahkan kuantiti serat yang di ambil setiap minggu. Rata-rata pengamal gaya hidup sihat mengatakan kuantiti terbaik pengambilan serat adalah antara 20-35g sehari. Jika anda rasa tidak mampu untuk mendapatkan kuantiti ini melalui pemakanan, anda masih boleh cuba mengambil makanan tambahan (supplement) yang banyak terjual di pasaran sekarang.

 

Peningkatan secara berkadar ini akan membantu diri anda untuk mengelakkan kesan-kesan terlebih serat seperti sakit perut, cirit-birit, kembung perut, sembelit, dan kekejangan otot perut. Pengambilan air yang banyak juga boleh membantu mengurangkan kesan-kesan ini.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: