Kongsi

Siapa

Siapa Zaki Khan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan. Zaki Khan juga merupakan pengadil untuk pertandingan bina badan tempatan.

Pengiktirafan

  • National Fitness Council
  • Ministry of Youth and Sports
  • National Association of Fitness Instructor N.A.F.I.
  • National Exercise & Sports Trainer Association N.E.S.T.A.
  • M.E.T.A Therapy Center
  • Malaysian Society of  Complimentary Therapy M.S.C.T.
  • Institute of Coaching & Sport Education, Faculty of PE & Sport Sciences (TF), Semmelweis University Budapest Hungary
  • Bachelor in Exercise Physiology
  • Skim Kejurulatihan Sains Sukan Majlis Sukan Negara

 

Konsultan

Dr. Lee Chee Pheng, Ph.D.

Bekelayakan dalam B.Sc. in Sports Coaching, Hungarian University of P.E., Budapest. Hungary, M.Sc. in Health Science, Semmelweis University, Faculty of P.E. & Sports Sciences, Budapest, Hungary dan Ph.D., Thesis focused on the growth of children, anthropometric advantage and their physical abilities related to growth and sports.

Beliau banyak memegang jawatan-jawatan di peringkat antarabangsa. Pernah menjadi orang kanan Joe Weider. Manakala di Malaysia, pernah menjadi penganjur 2nd. International Conference on Strength Training and Weight Lifting, 2000, World Fitness Camp, 2004. Pernah menjawat jawatan ahli jawatankuasa teknikal khas di Majlis Kecergasaan Kebangsaan di bawah Dato Azalina Othman. Juga merupakan penasihat untuk National Association for Fitness Instructors. Kini merupakan C.E.O. Malacca College of Complementary Medicine dan juga Program Director di Windfield Int’l College, School of Physiotherapy.

Dr Arvind Rajloo, R.E.T.

Merupakan orang pertama yang diberi lesen Pengamal Terapi Latihan di Malaysia. Beliau mempromosikan terapi non-invasif untuk semua masalah musculor-skeletal dan sendi yang tidak berfungsi akibat akiviti hidup seharian, kebiasaannya di sebabkan postur yang salah atau akibat persekitaran.

 

Team ZK

Isa Anuar

Isa merupakan seorang bergiat aktif dalam bidang kecergasan. Berpengalaman lebih daripada 4 tahun sebagai seorang jurulatih peribadi. Isa berkhidmat sebagai General Manager di Fire Gym Rawang juga sebagai salah seorang penceramah dalam Team Zaki Khan. Isa berpengalaman sebagai jurulatih silat gayung.

Isa memiliki personaliti dan gaya tersendiri yang mampu menarik minat pendengar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Isa juga merupakan orang yang mewakili Zaki Khan jika Zaki Khan terlibat dalam projek lain.

Pengiktirafan

  • Diploma in Science Computer
  • Bachelor in Exercise Physiology

Diane Sera

Diane Sera adalah jurulatih perempuan termuda dalam Team Team Zaki Khan dan dia merupakan seorang Terapi Senaman. Beliau datang daripada latar belakang yang berbeza iaitu Architecture atau Seni Bina dan terjun ke dalam bidang kecergasan disebabkan minat. Dia mahir dalam merawat 3 penyakit termasuk hipertensi, tekanan darah tinggi dan diabetis melalui kaedah senaman. Ramai yang mengikuti beliau disebabkan perjalanannya daripada seorang yang gemuk ke kurus. Kini beliau merupakan salah seorang atlet Team Team Zaki Khan  untuk sukan Strongwoman. .


Pengiktirafan

  • Bachelor in Architecture
  • Exercise Therapist Certification

Leo Azevedo

Leo Azevedo berasal dari Sao Paolo, Brazil. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pendidikan Jasmani. Beliau pakar dalam Fisiologi Senaman, Bio-mekanik Senaman dan Pemakanan Sukan. Beliau serba boleh dan mempunyai pengalaman dalam latihan fungsi, crossfit, let’s boxe, cycling dan sebagainya. Beliau pernah bersama Sao Paolo FC, Brazail dan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Indonesia sebagai Jurulatih Kecergasan Fizikal dan Fisiologi. Beliau juga pernah berada dalam Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang sebagai ahli Fisiologi, Jurulatih Kecergasan dan Pemakanan untuk Liga Super 2009. Leo mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang kecergasan dan latihan.


Pengiktirafan

  • Bachelor of Science in Physical Education

Alif Syamim

Merupakan penulis kedua webblog Zaki Khan. Akasa Bina atau nama sebenarnya Alif Syamim merupakan seorang Terapi Senaman dan Pengamal Urutan Sukan atau Sport Massage yang diperakui. Beliau juga merupakan Strength and Conditioning Coach untuk Team Zaki Khan. Akasa Bina mempunyai pengalaman sebagai Atlit Pencak Silat dan juga latihan ketenteraan selama 3 tahun. Beliau memiliki Master dalam Aero Angkasa tetapi menanam minat yang mendalam dalam bidang kecergasan.


Pengiktirafan

  • Master in Aero Angkasa
  • Exercise Therapist Certification