Singapore Strongman Challenge 2013 Apr10

Kongsi

Singapore Strongman Challenge 2013

Pada 24 Februari 2013 telah berlangsung pusingan pertama Pertandingan Orang Kuat Singapore 2013 atau Singapore Strongman Challenge 2013 di National Service Training Institute (NSTI), 91, Jalan Bahar, Singapore 649735. Team ZK telah menghantar 4 atlet lelaki dan 2 atlet perempuan untuk berdepan cabaran yang diberi.

Kursus Kecergasan 2017Cabaran Peringkat Saringan

Lelaki
Tyre Flip 350kg
Log Walk 135kg/side
Red Rhino Pull 6 tonnes

Perempuan
Tyre Flip 170kg
Log Walk 50kg/side

ZK Team
Zaki Khan
Mohamed Noor Hafidz
Chong Ming Tze
Zarol
Paah Farah Hana
Diane Sera

Saya gagal menyerlah, mungkin tak cukup bersedia dengan rutin dipertanding. Daripada Team ZK, 3 dapat ke pusingan akhir iaitu Zarol, Paah Farah Hana dan Diane Sera.

Seorang lagi daripada Malaysia yang dapat ke pusingan akhir, Asri.

Pusingan akhir pula telah berlangsung pada 23 Mac 2013 di HDB Hub Mall Toa Payoh Central, Singapore.

Cabaran Peringkat Akhir

Lelaki
Tyre Flip 350kg
Log Walk 135kg/side
Red Rhino Pull 6 tonnes
Car Dead Lift 1.5 tonnes
Samsui Yoke Walk 350kg

Perempuan
Tyre Flip 150kg
Log Walk 50kg/side
Car Pull 2 tonnes

Keputusan daripada Team Malaysia

Lelaki
Asri tempat ke 6
Zarol tempat ke 10

Perempuan
Paah Farah Hana tempat ke 3
Diane Sera tempat ke 4

Tahniah kepada semua atlet yang bertanding. Keputusan penuh boleh lihat di http://www.strongmanchallenge.sg/2013/finalists/index.html. Saya berharap di masa-masa akan datang, lebih ramai yang akan berminat sertai sukan-sukan sebegini. Malaysia perlukan lebih ramai atlet. Jika anda berminat untuk mencuba pertandingan kecil, boleh ke IOI Kulaijaya, 14 April 2013 ini untuk sertai Pertandingan Orang Kuat Johor di sana. Apa salahnya mencuba untuk dapatkan pengalaman. Jumpa anda di sana.

Tahniah kepada Penganjur dan Penaja Pertandingan Singapore Strongman 2013 dan Pasukan daripada Singapura. Anda memang terbaik. Jumpa lagi tahun depan!!!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube