Singapore Strongman, Penganjuran Teruk Sep08

Kongsi

Singapore Strongman, Penganjuran Teruk

Pada 6 September 2014 telah berlangsung pertandingan pusingan akhir Singapore Strongman Challenge 2014 di Sentosa Beach, Singapore. Peringkat awal berlangsung pada 17 Ogos 2014. Pada saya dan rakan-rakan yang turut serta dalam pertandingan kali ini, menyifatkan penganjuran kali ini merupakan penganjuran yang teruk jika nak dibandingkan tahun-tahun sebelum ini.

NASC 2015

Kenapa?

1. Tarikh tidak dikeluarkan awal. Pertandingan yang membenarkan penyertaan negara luar sepatutnya mengeluarkan tarikh awal bagi memudahkan pihak luar membuat pembelian tiket dan sebagainya. Jika kita tengok pertandingan lain di luar, mereka mengeluarkan tarikh paling lewat 3 bulan sebelum pertandingan. Malah ada yang keluarkan tarikh 2 tahun sebelum pertandingan.

2. Tiada penginapan disediakan untuk peserta daripada luar. Tahun-tahun sebelum ini, ada disediakan penginapan, tetapi tahun ini tidak lagi. Malah, mengambil masa yang agak lama untuk membalas email berkenaan isu-isu begini. Urusetia tidak tahu?

3. Sistem kiraan mata patut diubah. Sistem yang diguna pakai sekarang, jika peserta tidak menamatkan acara, hanya dapat 1 mata walaupun kedudukannya tinggi. Sistem mata patut berasaskan ranking. Malah tiada scoreboard memaparkan markah peserta.

4. Hadiah yang sangat teruk jika dibandingkan sebelum ini. Sebelum ini tempat ke 6 hingga 10 dapat sekitar 300 SD tunai yang mana boleh dikira berbaloi untuk jarak perjalanan jika peserta daripada luar Singapura. Tetapi kini, hanya 60 SD. Kos pergi balik pun tak lepas. Mungkin patut jelaskan dalam hadiah, 600 SD berapa tunai dan berapa bukan tunai supaya peserta boleh buat kira-kira samada berbaloi untuk ke sana atau tidak.

Singapore Strongman Challenge 2014

Bahagian Baik?

Ada satu bahagian baik yang saya puji. Apabila seorang peserta cedera. Urusan kecemasan cepat dan segala kos rawatan ditanggung. Ia menunjukkan pihak penganjur mengambil berat keselamatan peserta.

Cadangan

Daripada apa saya lihat, pihak urusetia atau penganjur terdiri daripada muka-muka baru. Pertandingan kali ini mungkin tidak mendapat tajaan mencukupi. Penganjur perlu belajar kaedah mendapatkan lebih tajaan.

Jika berterusan begini, saya nasihatkan peserta luar fikir 10 kali sebelum masuk lagi.

Asmu'i yang cedera dihempap tayar 350kg

Asmu’i yang cedera dihempap tayar 350kg

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini