Singlet Cegah Boroi? Realiti atau Sampah? Apr13

Kongsi

Singlet Cegah Boroi? Realiti atau Sampah?

Singlet Cegah Boroi? Produk hot yang berada dalam pasaran sekarang. Apa pendapat anda?

Pertama sekali. Saya kena gelak dulu. HAHAHA. Anda pun kena gelak juga. Di Malaysia ini, juallah apa sahaja. Janji Tak perlu bersenam, Tak perlu jaga makan comfirm laku. Ditambah dengan ayat, turun 100kg dalam masa 10 hari. Ramai berangan nak cantik, tapi taknak usaha dengan cara yang betul, terbukti berkesan iaitu jaga pemakanan, senaman dan rehat yang cukup. Anda bagaimana?

NASC 2015

Antara iklan yang ditambah untuk melakukan produk;

– Mudah dipakai
– Kain lembut mencengkam dan memberi
– Kain tidak gatal dan panas
– Terbukti berkesan
– Membantu pembentukan badan sasa
– Mencegah sakit belakang
– Mampu milik
– Membantu kawal selera makan
– Membantu tingkatkan keyakinan diri
– Membantu seimbangkan badan
– Mencegah keletihan otot

Harga singlet ini mencecah rm90 hingga rm120 dalam pasaran. Bahannya 80% nylon dan 20% spandex. Saya anggarkan di China mungkin hanya sekitar rm1-10 sehelai. Keuntungan besar kan? Ada juga yang lebih mahal. Menggunakan fabrik arang buluh dengan perak, siap ada teknologi nano.

Persoalannya, adakah ia berkesan? Konsepnya sama seperti bekung perempuan yang harganya mencecah rm800 hingga rm2000. Perempuan lebih senang membeli, jadi harga jualnya lebih tinggi untuk kaut keuntungan lebih. Ia membentuk postur secara tak langsung, mengalih lemak ke tempat lain. Bukan menghilangkan lemak. Zaman sebelum ini, perempuan pakai bengkung untuk kelihatan seperti kerengga. Kini kita cuba kembali ke zaman itu.

Apabila bentuk badan berada dalam tekanan untuk 1 jangka masa lama, ada kemungkinan lemak akan turun ‘mengikut masa’ akan tetapi ia bukan cara yang baik untuk turunkan lemak.

Pilihan di tangan anda.

Chapter 434.2

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini