Sistem Kardiovaskular dan Senaman

Apakah fungsi sistem kardiovaskular? Ada lima fungsi yang penting iaitu;

1. Menyalurkan oksigen kepada otot yang bekerja
2. Mengepam darah tidak beroksigen kembali kepada paru-paru
3. Pengangkutan haba
4. Menyalurkan nutrisi dan bahan bakar kepada tisu yang aktif
5. Menyalurkan hormon

Kursus Kecergasan 2024Kesan Senaman Terhadap Sistem Kardiovaskular dan Penyesuaiannya

1. Kadar Denyutan dan Saiz Jantung

Kadar denyutan jantung purata untuk orang dewasa sihat adalah sekitar 60 hingga 80 seminit. Bagi yang tidak aktif mungkin setinggi 100 seminit, manakala atlet mungkin serendah 25. Mike Tyson 36 denyutan seminit.

Sebelum senaman bermula, kadar denyutan nadi telah meningkat berikutan perembesan neurotransmitter yang dipanggil adrenaline dan noradrenaline atau dikenali juga dengan nama epinephrine dan norepinephrine.

Kadar denyutan jantung maksima;

Lelaki 220 – Umur
Perempuan 226 – Umur

Ruang di ventrikel kiri meningkat sebagai hasil latihan daya tahan. Ketebalan otot jantung meningkat dengan latihan bebanan. Kebanyakan ahli bina badan di Malaysia yang malas buat latihan kardio biasanya mempunyai jantung yang tebal (kuat) tetapi ruang ventrikel yang sempit. Pernah ada kes, ada seorang dikejar anjing dan pengsan. Kadar denyutan jantung berkurang dengan melakukan latihan daya tahan.

2. Stroke Volume

Stroke volume (isipadu stroke) adalah jumlah darah yang keluar daripada ventrikel kiri untuk 1 denyutan dan diukur dalam unit ml/beat. Isipadu stroke meningkat dengan intensiti latihan. Individu tidak terlatih biasanya dengan purata 50-70 ml/beat meningkat ke 110-130 ml/beat, manakala atlet biasanya daripada 90-110 ml/beat meningkat ke 150-220 ml/beat. Peningkatan berlaku sekitar 40-60% daripada kapasiti ketika rehat.

Dalam bahasa mudah, apabila darah dipam lebih bermakna oksigen dan nutrisi dapat disalurkan lebih. Pembakaran di sel memerlukan kehadiran oksigen dan bahan bakar. Jadi isipadu stroke membezakan orang biasa dan seorang atlet. Atlet yang dimaksudkan adalah yang melakukan senaman kardiovaskular (aerobik). Senaman daya tahan meningkatkan isipadu stroke. Isipadu stroke meningkat dengan peningkatan ruang di ventrikel kiri.

3. Cardiac Output

Cardiac output (kardiak output) adalah jumlah darah yang dipam oleh jantung dalam 1 minit dan diukur dalam unit L/min. Cardiac bermaksud jantung.

Kardiak Output = Isipadu Stroke X Kadar Denyutan Jantung

Secara logiknya, kardiak output tidak berubah disebabkan isipadu stroke bertambah dan kadar denyutan jantung berkurang.

4. Aliran Darah

Sistem vaskular akan mengagihkan lebih darah ke kawasan yang memerlukan (otot-otot yang bekerja). Sebelum bersenam tidak digalakkan makan kerana ketika bersenam darah akan ditumpukan ke otot yang bekerja, bermakna kurang darah untuk menjalankan kerja memproses makanan. Senaman meningkatkan jaringan kapilari darah dan seterusnya menyebabkan pengedaran darah beroksigen dan bernutrisi lebih baik.

5. Tekanan Darah

Tekanan darah individu yang sihat adalah sekitar 100-118 mmHg untuk sistolik dan 60-78 mmHg untuk diastolik. Sistolik merujuk pada kerja dan diastolik rehat. Tekanan sistolik meningkat ketika latihan manakala tekanan diastolik kekal tidak berubah. Tekanan darah menurun sebagai hasil melakukan latihan daya tahan, sistolik dan diastolik.

6. Darah

Ketika rehat darah membawa sekitar 20 ml oksigen untuk 100 ml dalam arteri dan 14 ml dalam vena. Arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari manakala vena membawa darah de-oksigen kecuali vena pulmonari. Perbezaan kandungan oksigen dalam darah dipanggil perbezaan VO2. Senaman meningkatkan perbezaan VO2.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

18 thoughts on “Sistem Kardiovaskular dan Senaman

  1. en.zaki, sye nk tnye keadaan berlatih d bulan puase ni amt malas n rase beban tu lbh berat dr hari2 norml, waktu berbuka kol7 lbh mkn carbo(nasi), air, kol 9 start latihan, tp tubh terase amt letih, untuk pengatahuan en.zaki sye berkerja sbagai pengakat barng2 perabot, ada kah kerja sye ini mempengaruhi keadaan ini atau sebalik nye?

    1. kurangkan pengambilan carbo ketika berbuka. lebihkan protein. lepas training baru lebih carbo n protein

        1. syaukiafandi says:

          knp kena lebihkan protein dato?

          1. ada kemungkinan intake carbo menyebabkan insulin spike n x cukup gula dlm darah. jd rasa letih. protein utk otot. jaga otot n ready for training

  2. Byk info2 yg berguna dekat sini..En zaki,kalau lepas train..protien dan carb jenis apa yg sesuai? kalau lepas train pukul 11 mlm..perlu jugak ke ambik carb dan protien..pukul 1.30 mgkin dah tido agaknya

    1. paling senang, lepas training amik pisang dulu. pastu g la makan tandoori ngan nan. layan tu. 🙂

  3. kardio ngan kardiovaskular same ke??lagi 1,bile saye skiping,perut sy jd skt.jd, sy kene buat senaman abs dulu.nape agak nye??????

      1. boo-met=sakit cm senak,bile lari pon same

  4. Assalamualaikum….boleh saya copy artikel ni untuk saya share pada sesiapa ke?

      1. i always doin that…^__^
        thank u so much for the useful info..

  5. Muhammad Syauqi says:

    Assalamualaikum,

    Apa pendapat Datuk kalau saya combine weight training dgn cardio? Training program saya sekarang spt berikut:
    Isnin Weight Training
    Selasa Weight Training
    Rabu Cardio (LSD)
    Khamis Weight Training
    Jumaat Weight Training
    Sabtu Cardio (LSD)
    Ahad Rehat dan Recovery

    Adakah training program saya sekarang boleh mempengaruhi sistem kardiovascular sy dari segi kadar denyutan dan saiz jantung, cardiac output, stroke volume, dan tekanan darah?

  6. SteveRoger says:

    En. Zaki..saya w/o untuk weight training dan cardio untuk mengurangkan berat badan..sesuai ker??dan apakah nutrisi yang paling sesuai selepas w/o terutama selepas jam 10 malam

    1. boleh. selepas workout, serta merta intake carb. 30 minit lepas tu complete meal. lebihkan protein utk recovery.

Leave a Reply to mie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: