Sistem Tenaga 1 Dec25

Kongsi

Sistem Tenaga 1

Sistem tenaga mungkin agak rumit untuk difahami bagi sesetengah orang. Kenapa kita perlu tahu pasal sistem tenaga? Antara kegunaan ialah, dalam latihan, kita tahu apa jenis tenaga diperlukan untuk sesuatu aktiviti atau sukan. Tenaga diperlukan dalam semua aktiviti badan termasuk bergerak, tidur, deyutan jantung, dan lain-lain.

Dalam otot kita ada kompaun yang dinamakan adenosine triphosphate (ATP). Sel badan kita hanya menyimpan 36 ATP dalam sesuatu masa, 38 ATP untuk otot jantung. ATP digunakan sebagai tenaga semerta untuk aktiviti yang sekejap. ATP akan dipecahkan ke bentuk adenosine diphospate (ADP). Proses pemecahan ikatan menghasil tenaga. Untuk terus menghasilkan tenaga, badan perlu menukarkan ADP ke ATP semula melalui prose phosphorylation. Jika proses ini berlaku dengan kehadiran oksigen, dinamakan aerobic metabolism, jika tanpa kehadiran oksigen dinamakan anaerobic metabolism.

Untuk penghasilan kembali ATP, badan memerlukan phosphate daripada luar seperti daripada creatine phosphate. Antara sumber makanan yang tinggi creatine seperti daging merah. Cara lebih mudah yang kebiasaan digunakan oleh atlet adalah dengan pengambilan makanan tambahan creatine phosphate. Creatine juga meningkatkan intracellular cocentration melalui senaman.Kursus Kecergasan 2017

Lemak juga boleh digunakan untuk menghasilkan ATP. Lemak disimpan di tisu-tisu adipose di badan kita. Tetapi untuk menukar lemak dari bentuk triglyceride ke bentuk glycerol dan free fatty acid bukan kerja mudah. Badan akan lebih mengunakan karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga daripada lemak. Karbohidrat akan ditukarkan ke bentuk glycogen yang mana boleh digunakan untuk menghasilkan ATP. Protein juga boleh digunakan tetapi mesti dipecahkan dulu ke bentuk amino acid dan seterusnya ke bentuk glucose.

ATP dan creatine phosphate (PCr) membentuk sistem yang dipanggil ATP-PCr. Sistem tenaga ATP-PCr boleh berlaku dengan kehadiran oksigen atau tanpa kehadiran oksigen yang kita panggil anaerobic. Semasa 5 saat yang pertama, badan kita menggunakan sistem ATP-PCr. ATP yang ada akan digunakan dan pada jangka 5-8 saat PCr.

Bersambung…

(Tajuk kali ini mungkin rumit sikit, tapi sesuatu yang menarik untuk diketahui)

Bersambung ke
Sistem Tenaga 2
Sistem Tenaga 3

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube