Sistem Tuas Nov04

Kongsi

Sistem Tuas

Otot dan tulang bertindak bersama membentuk pergerakan. Sistem tuas atau lever digunakan supaya badan dapat mengangkat bebanan atau daya yang lebih besar.

Tulang bertindak sebagai tuil.
Sendi bertindak sebagai tuas atau fulkrum.
Otot memberi daya untuk mengangkat atau menolak beban.

Kajian tentang tuas dijalankan supaya kita memahami mekanikal pergerakan badan. Contohnya,otot mana perlu dilatih untuk menghasilkan daya yang besar untuk sesuatu pergerakan. Tuas ini dilabelkan sebagai tuas kelas pertama, kelas kedua dan ketiga. Kebanyakan tuas di badan manusia ini adalah kelas ketiga.

NASC 2015

Tuas Kelas Pertama

Tuas kelas pertama, fulkrumnya berada di tengah di antara beban dan daya. Contoh mudah adalah gunting. Ianya agak jarang dijumpai di badan manusia. Contohnya adalah sendi di antara kepala dan vertebra yang pertama, sendi atlantooccipital. Kepala sebagai beban. Sendi sebagai fulkrum dan dayanya adalah pergerakan otot-otot di bahagian belakang badan seperti trapezius.

Tuas Kelas Pertama

Tuas Kelas Kedua

Tuas kelas kedua, fulkrumnya terletak di hujung dengan bebanan di tengah, antara fulkrum dan daya. Contoh di luar adalah kereta sorong. Manakala di badan manusia, pergerakan calf raise. Fulkrum adalah sendi metatarsophalangeal. Bebanannya berat badan atau berat tambahan yang diletak, manakala dayanya digerakkan oleh gastrocnemius dan soleus atau disebut betis.

Tuas Kelas Kedua

Tuas Kelas Ketiga

Tuas kelas ketiga ini paling biasa dijumpai di badan manusia di mana fulkrumnya berada di hujung. Daya di tengah di antara fulkrum dan beban. Contohnya yang paling mudah adalah pergerakan bicep curl di mana sendi merupakan fulkrumnya, bebanan boleh jadi forearm atau bebanan tambahan yang dipegang. Dayanya adalah pergerakan otot bisep.

Tuas Kelas Ketiga

Rujukan
http://anatomyandphysiologyi.com/lever-systems-bone-muscle-relationships/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini