Slipped Disc Sep05

Kongsi

Slipped Disc

Slipped disc atau juga dikenali sebagai prolapsed atau herniated disc merupakan kecederaan yang sangat ditakuti oleh kebanyakan di gym. Hmm… atau mungkin sekadar alasan untuk elak senaman deadlift dan squat. Kecederaan ini boleh terjadi di mana-mana disc di tulang belakang. Ada 33 tulang belakang jika dikira semua bermula dengan cervical, thoracic, lumbar, sacrum dan coccyx. 26 vertebrae ada kusyen atau disc. Kecederaan di gym biasanya dikaitkan dengan lumbar atau lebih spesifik l3, l4 dan l5. Ada juga kes di cervical, mungkin terjatuh atau terhentak barbell ketika squat.

Tulang Belakang

Setiap disc ada 2 bahagian. Bahagian lembut di dalam dan bahagian keras di luar. Kecederaan atau kelemahan otot boleh menyebabkan bahagian dalam disc keluar daripada ring-nya. Ia menyebabkan sakit dan tidak selesa. Jika ia menekan saraf, mungkin menyebabkan kebas dan kesakitan pada sambungan saraf tersebut. Jika kes teruk, mungkin memerlukan pembedahan untuk buang atau memperbaik. Setiap daripada kita ada masalah ini berikutan kita tidak kuat daripada kecil. Dulu, ketika kecil, mungkin pernah angkat barang dengan postur tak betul. Ingat lagi sekolah rendah bawa beg 50kg? Tabiat-tabiat lama membentuk masalah ini. Antara teruk atau tidak sahaja.

Apa tanda-tandanya?

• Sakit dan kebas di mana-mana bahagian, kebiasaanya sebelah badan sahaja.
• Sakit berlarutan mungkin ke bahagian tangan atau kaki.
• Sakit menjadi teruk di waktu malam.
• Sakit menjadi teruk ketika berdiri atau duduk.
• Sakit ketika berjalan walaupun sekejap.
• Terdapat otot yang lemah tertentu, bergantung pada kecederaan di mana.
• Berdenyut-denyut, sakit atau seperti terbakar di tempat yang cedera.

NASC 2015

Tanda-tandanya mungkin berbeza mengikut individu. Jumpa ‘pakar’ jika ada kesakitan atau kebas atau hilang keupayaan mengawal sesuatu otot. Kenapa saya tandakan ‘pakar’? Ada sebahagian doktor klinik yang hanya bagi ubat tahan sakit dan suruh berehat di mana ianya mungkin merupakan SOP dalam bidang perubatan iaitu menghilangkan kesakitan dahulu. Cuma rehat disini subjektif. Ada rehat aktif, ada rehat pasif. Seorang atlet atau yang aktif bersenam lebih baik berjumpa doktor dalam bidang sukan atau boleh jumpa pakar fisio.

Beberapa jenis pakar yang boleh dijumpai di Malaysia:

• Pakar Orthopedic
• Pakar Chiropractor
• Pakar Terapi Fizikal (Fisio, Terapi Senaman, …)
• Pakar Neuro

Slip Disc ketika bersenam

Menurut kajian, mereka di usia 35 hingga 45 paling tinggi kena masalah ini. Ia disebabkan disc mula hilang air pelindung ketika itu. Masalah lebih biasa pada lelaki berbanding perempuan.

Apa bahayanya?

Dalam kes yang tidak dirawat, ia boleh mengarah ke kerosakan saraf yang kekal. Dalam kes tertentu, ia boleh mematikan saraf cauda equina di bahagian lower back dan kaki. Ia menyebabkan seseorang hilang upaya untuk mengawal bowel atau pembuangan air besar dan kecil. Masalah biasa berlaku lagi adalah saddle anesthesia. Ia menyebabkan seseorang hilang rasa di bahagian kaki dan keliling rektum.

Bagaimana mengesahkan kecederaan?

Terdapat beberapa jenis ujian fizikal yang boleh dilakukan bergantung pada kecederaan. Selain itu, beberapa jenis ujian bergambar seperti x-ray, CT scan, MRI atau discogram juga boleh dilakukan.

Postur yang mungkin menyebabkan kecederaan.

Postur yang mungkin menyebabkan kecederaan.

Bagaimana ianya dirawat?

Ia boleh jadi daripada rawatan konservatif ke alternatif ke pembedahan. Jika boleh, rujuk beberapa pakar dahulu sebelum buat keputusan untuk pembedahan. Kebiasaanya, ada pihak terus cadang pembedahan untuk dapatkan duit lebih. Ada senaman-senaman yang boleh dibuat untuk mengurangkan sakit. Agak sukar untuk saya cerita dalam satu entri sahaja. Kalau terlalu sakit, biasanya dicadangkan ubat tahan sakit atau sebarang alternatifnya. Jika ubat tahan sakit biasa tak berkesan, biasa dicadangkan muscle relaxer, atau mungkin dadah narkotik atau ubat saraf seperti gabapentin atau duloxetine. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan apa-apa ubat.

Pembedahan ada kebiasaanya ada 2 iaitu microdiskectomy, buang sebahagian disc yang terkeluar atau laminectomy, menurkar disc dengan disc tiruan.

ZK: InsyAllah akan datang, saya akan tuliskan entri berkaitan pengurusan kecederaan.

Rujukan:
http://www.emedicinehealth.com/slipped_disk/article_em.htm
http://www.nhs.uk/Conditions/Slipped-disc/Pages/Introduction.aspx

Contoh rawatan tanpa pembedahan dan ubat.

Contoh rawatan tanpa pembedahan dan ubat.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini