Sodium Jul01

Kongsi

Sodium

Sodium? Apa itu sodium? Sodium adalah elemen yang perlu ada untuk memastikan badan berfungsi secara normal. Dalam bahasa mudah, sodium datang daripada garam. Ingat lagi subjek kimia atau sains dahulu, asid tambah alkali menghasilkan garam. Sodium adalah satu unsur. Sodium berfungsi mengawal tekanan darah dan isipadu darah. Sodium diperlukan untuk otot dan saraf berfungsi sepenuhnya.

Chapter 444-Sodium-kimia

Sodium hadir dalam kebanyakan makan. Bentuk yang biasa dijumpai adalah sodium chloride atau serbuk garam yang biasa digunakan dalam masakan. Makanan seperti susu, sayur saleri mengandungi sodium yang tinggi. Sodium biasa ditambah dalam makanan dalam bentuk seperti monosodium glutamate atau MSG, sodium nitrite, sodium saccharin, sodium bicarbonate yang biasa digunakan dalam kek, roti dan sebagainya, dan sodium benzoate. Sodium dijumpai dalam hampir semua jenis makanan, perasa makanan seperti sos, kicap dan sebagainya. Sodium juga tinggi dalam makanan yang diproses termasuk sosej, burger dan sebagainya.

NASC 2015

Apabila sodium terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan:

• Tekanan darah tinggi
• Isipadu darah bertambah dan seterusnya menambah tekanan pada mereka yang mengidap masalah jantung, cirrhosis atau masalah buah pinggang

Sodium dalam diet diukur dengan unit miligrams (mg). 1 sudu teh garam mengandungi 2,300 mg sodium. Orang dewasa yang sihat perlu limitkan pengambilan sodium sebanyak 2,300 mg sehari. Mereka dengan masalah darah tinggi tidak boleh lebih daripada 1,500 mg sehari. Mereka dengan masalah jantung, hati dan buah pinggang mungkin lagi rendah bergantung pada tahap kesihatan masing-masing.

Chapter 444-Garam-sodium-bahaya

Bayangkan seseorang yang mengambil makanan segera seperti mee segera, ayam goreng segera, makanan-makanan ringan yang lain, berapakah ambilan sodium mereka setiap hari? Adakah anda salah seorang yang mengamalkannya? Jangan tunggu sehingga disahkan mengidap tekanan darah tinggi baru nak berubah.

Trivia: Tahukah anda, apakah sebab kematian apabila seseorang terdampar di tengah laut tanpa sebarang air? Dalam kebanyakan kes, dia akan mati disebabkan kekeringan. Air laut seperti yang diketahui, tinggi garam. Apabila seseorang minum air tinggi garam, ia akan menyebabkan badan dihidrasi dan meminta lebih banyak air sehingga akhirnya kembong dengan air. Jika anda terdampar di laut, jangan sesekali minum air laut tapi tunggu sehingga hujan, tadah air hujan untuk dijadikan air minuman.

Sumber Rujukan

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002415.htm

Pernahkah anda makan french fries di restoren makanan segera dengan menambah garam tambahan?

Pernahkah anda makan french fries di restoren makanan segera dengan menambah garam tambahan?

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini