Soya Aug16

Kongsi

Soya

Soya dikatakan memberi manfaat kepada wanita dalam pelbagai cara, manakala soya juga dikatakan memberi pengaruh tidak baik kepada lelaki. Sejauh mana kebenarannya?

Menurut kajian kesan pengambilan soya terhadap lelaki, pengambilan diet yang kaya dengan isoflavon soya untuk satu jangka masa panjang boleh mempengaruhi sikap dan tingkah laku lelaki tersebut. Isoflavon adalah bahan penambah semulajadi estrogen dalam protein soya.

Purata kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada 120mg isoflavon setiap hari sekurang-kurang setahun menunjukkan kesan perubahan. Pengambilan kurang daripada 100mg isoflavon sehari setiap hari selama setahun tidak menunjukkan apa-apa kesan ke atas serum seksual, isi padu zakar, atau kualiti air mani. Kajian dijalankan untuk mengkaji kesan phytoestrogen terhadap kesihatan reproduktif lelaki. Terdapat sekitar 20mg isoflavon dalam 1 cawan susu soya.

Nama kimia bagi phytoestrogen adalah isoflavon. Phytoestrogen memiliki sifat seperti estrogen (sangat lemah), juga boleh bertindak sebagai anti-estrogen. Sifat anti-estrogen yang dimilikinya menjadi antara faktor soya digunakan dalam melawat kanser payu dara. Terdapat bukti menunjukkan lelaki vegetarian yang mengambil soya memiliki paras testosteron yang rendah sedikit, tetapi penjelasannya lebih kepada kurangnya pengambilan kolestrol dan bukan disebabkan pengambilan soya.

Jadi adakah lelaki perlu bimbang mengambil soya? Tidak! Lelaki tidak perlu bimbang minum soya. Minumlah dengan hati yang girang selagi mana pengambilan tidak terlalu banyak untuk satu jangka masa yang sangat panjang. Cukuplah mendengar pelbagai mitos tentang soya. Adakah soya boleh digunakan untuk membina otot? Sudah tentu, tetapi soya bukanlah pilihan terbaik. Ini dapat dijelaskan apabila dibandingkan BV (biological value) protein. BV soya 74, ayam 80, telur 100, protein whey 100-160. BV adalah sukatan yang digunapakai untuk mengukur kualiti protein. Lebih tinggi BV, lebih tinggi asid amino dan nitrogen.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube