Sudahkah anda Mencuba InfoDiet Whey Protein? May15

Kongsi

Sudahkah anda Mencuba InfoDiet Whey Protein?

Seperti yang anda sudah maklum, kehadiran protein adalah sangat diperlukan oleh badan kita untuk pembesaran otot, pemulihan otot dan dapat meningkatkan prestasi otot kita untuk masa hadapan.

Kekurangan sumber protein dalam badan kita boleh menyebabkan berlakunya kehilangan otot (muscle breakdown). Situasi ini adalah sangat merugikan kerana ia menyebabkan saiz otot menyusut dan metabolism juga boleh menurun akibat kehilangan jisim otot.

NASC 2015

Oleh itu, adalah mustahak anda mendapatkan diet yang tinggi protein bagi memenuhi keperluan protein seharian anda. Paling kurang 0.8gram protein per 1 kg berat badan anda supaya kehilangan jisim otot tidak berlaku.

Bagi anda yang tercari-cari sumber protein yang BERKUALITI, HALAL dan MAMPU MILIK, anda boleh mencuba InfoDiet Whey Protein.

whey protein infodiet

Bagi satu hidangan InfoDiet Whey Protein ini memberikan anda 20gram protein. Ia dijual dalam bentuk 1 kg sahaja. Dalam 1kg anda boleh buat 33 sediaan (serving).

Bagi 1 sediaan memberikan anda nutrisi seperti berikut:

Kalori = 103kcal

Protein = 20 gram

Lemak = 0.6 gram

Karbohidrat = 4.3 gram

Siapa yang boleh gunakan InfoDiet Whey Protein?

1) Anda yang aktif bersukan.

2) Anda yang ingin bina otot.

3) Anda yang ingin menurunkan berat badan tanpa kehilangan otot.

Cara pengambilan?

Ia bergantung kepada keperluan protein seharian anda. Biasanya setiap individu memerlukan 0.8gram protein bagi 1 kg setiap badan mereka. Contohnya berat badan anda 60kg maka keperluan protein yang anda perlukan adalah 48gram protein.

Jadi dengan Whey Protein ini ia membantu anda mencukupkan kuantiti pengambilan protein seharian.

Masa pengambilan Whey Protein tidak spesifik. Namun ia cadangkan untuk diambil 1-2 jam selepas latihan fizikal.

Ia mengemukkan?

Tidak sama sekali. InfoDiet Whey protein hanya mengandungi 103 kalori sahaja. Untuk pertambahan lemak 1kg memerlukan anda mengambil kalori sebanyak 7700 kalori.

Ia ada kesan sampingan?

Kesan sampingan yang buruk tidak ada. Ia adalah sumber nutrisi keperluan badan kita dan bukan produk farmaseutikal, neutraseutikal atau herba.

Nombor Rujukan Halal:

MS1500:2009 1012-01/2014

Bagaimana untuk anda dapatkan InfoDiet Whey Protein?

Anda boleh dapatkan secara COD melalui agen-agen InfoDiet. Ataupun anda juga boleh order melalui online dan mereka akan pos kepada anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke fanpage official Infodiet disini :

www.wheyprotein.my

perisa strawberry

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini