Sukan Olimpik 2012 London Jul28

Kongsi

Sukan Olimpik 2012 London

Sukan Olimpik 2012 London membuka tirai secara rasminya hari ini dan pemburuan pingat emas pertama buat Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia juga bermula. Malaysia tidak pernah mendapat pingat emas setakat ini dan hanya setakat meraih dua pingat perak pada temasya tersebut yang disumbangkan oleh beredu lelaki badminton, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Datuk Lee Chong Wei pula pada 2008 di Beijing, China.

Kursus Kecergasan 2017Sebelum itu, gandingan Razif dan Jalani Sidek menyumbang pingat gangsa pada temasya 1992 di Barcelona apabila acara badminton di perkenalkan buat pertama kalinya pada temasya Olimpik manakala Rashid Sidek turut menang gangsa pada temasya 1996. Setakat ini hanya sukan badminton pernah meraih pingat untuk negara pada temasya terbesar dunia ini.

Kontinjen Malaysia dibarisi 30 atlet ke temasya Olimpik London 2012. Malaysia akan bersaing dalam sembilan acara sukan iaitu memanah, olahraga, badminton, lumba basikal, terjun, lawan pedang, pelayaran, menembak dan renang terbuka.Daripada acara tersebut, terjun mempunyai paling ramai atlet iaitu lapan, diikuti badminton (enam), lumba basikal (lima), memanah (empat), renang terbuka (dua), olahraga (dua) dan seorang setiap satu bagi acara lawan pedang, pelayaran dan menembak.

Atlet yang jadi sasaran Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei (badminton), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Pandelela Rinong, Bryan Nickson Lomas (terjun) dan Nur Suryani Mohd Taibi (menembak). Nur Suryani menjadi tumpuan berikutan sedang mengandung lapan bulan lima hari. Dia juga merupakan atlet keempat yang bertanding pada sukan Olimpik dalam keadaan mengandung selepas Magda Julin (1920), Diana Sartor (2006) dan Kristie Moore (2010), yang semuanya bertanding pada Olimpik Musim Sejuk.

Melalui Skim Insentif Kementerian Belia dan Sukan (Shakam), atlet yang berjaya meraih emas berpeluang mendapat insentif RM1 juta. Selain itu, syarikat perabot 3V Holdings Sdn. Bhd. juga menawarkan RM1 juta kepada rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas Olimpik.Pemain badminton mendapat insentif tambahan .Selain insentif berjumlah RM2 juta itu, mereka turut berpeluang menerima insentif RM2 juta dalam bentuk jongkong emas yang ditawarkan oleh pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam.

Sukan binabadan tidak pernah ada dalam acara dipertandingkan di temasya Olimpik. Terdapat beberapa debat oleh IOC dan OPC. 3 isu dibangkitkan iaitu yang pertama, bina badan bukan sejenis sukan. Isu kedua yang dibincangkan lagi adalah bina badan mempromosikan penyalahgunaan dadah. Isu terakhir, pengadilan bina badan terlalu subjektif.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube