Sukma XIV

Sukma XIV atau Sukan Malaysia ke 14 kali ini diadakan oleh Majlis Sukan Negara pada skala yang lebih kecil, melibatkan sekitar 2,500 hingga 3,500 atlet. Sukma bermula pada 2 haribulan Jun sehingga 11 haribulan Jun 2011 yang mana kebanyakan acara diadakan di Bukit Jalil dengan Selangor sebagai tuan rumah.

Kursus Kecergasan 2024

Tahun 2011 menyaksi 24 acara dipertandingkan termasuk bina badan yang pertama kali diperkenalkan dalam Sukma. Sukan lain termasuk besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola tampar pantai, sukan berkuda, petanque, golf, judo, kabaddi, kano, kriket, sukan pedang, kayak, ping pong, rugbi, silambam, snooker, softball, tenis, tinju, bola tangan, woodball, renang berirama, polo air, olahraga wajib seperti berenang, menyelam, badminton, bola sepak, hoki, gymnastik, skuash, bowling tenpin, angkat berat, berbasikal, karate, bowling padang, memanah, belayar, silat, sepak takraw, taekwando, dan wushu.

Isa daripada team Zaki Khan

Sukan bina badan Sukma akan diadakan pada 4 dan 5 hb di South City Plaza, Seri Kembangan. 4 haribulan Jun, Sabtu, bermula jam 2 petang untuk pra-pengadilan manakala 5 haribulan Jun, Ahad kategori akhir. Kami di Zaki Khan terlibat dalam penjagaan makanan atlet kontinjen bina badan Wilayah Persekutuan sepanjang berlangsungnya kejohanan dan perkampungan atlet yang bermula pada 2 haribulan Jun.

Atlet mewakili kontinjen bina badan Wilayah Persekutuan

Dijemput semua hadir memberi sokongan kepada atlet-atlet yang akan bertanding dalam Sukma ke 14 kali ini tidak kira sukan apa. Majulah sukan untuk negara.

Pengurus pasukan bina badan Wilayah Persekutuan, Vincent

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

2 thoughts on “Sukma XIV

  1. bro, ada buka booth lg ke?

    1. kali ni x sempat la. saya sendiri ke vietnam esok. n team ada keje lain. dgn jaga makan lg. n ada function lg. tp ada org kat sana yg akan bawa sikit barang. cari terus isa, pakai baju zaki khan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: