Syabas Harimau Muda!

Tahniah Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Kursus Kecergasan 2024Bola sepak seolah-olah dilihat sebagai acara utama Sukan SEA, ibu kepada segala pingat, dengan peminat yang sangat ramai berbanding acara lain. Menang bola ibarat menang segalanya. Daripada perlawanan, dapat dilihat daripada segi kecergasan, pemain Malaysia jauh ketinggalan berbanding pemain Indonesia. Pemain Malaysia boleh dilihat cergas untuk 75 minit pertama sahaja. Tetapi pemain Malaysia memiliki ketahanan mental yang kuat dan terus berjuang sehingga ke tahap akhir. Syabas Malaysia!.

Walau bagaimana pun, kebanyakan penyokong tidak menunjukkan semangat kesukanan. Apa yang dapat dilihat, kedua-dua belah pihak maki hamun dan bertengkaran. Keluar status di laman sosial yang tidak elok dilihat. Apakah ini yang sepatutnya dibawa oleh sukan? Adat permainan ada menang ada kalah. Janganlah sehingga timbul permusuhan macam nak perang. Mungkin kali ini, Malaysia bernasib baik, akan datang mungkin Indonesia pula menang. Bola itu bulat. Apa pun boleh jadi.

Apa-apa pun, tahniah kepada Indonesia yang mengungguli Sukan SEA XXVI dengan pungutan pingat terbanyak diikuti dengan Thailand dan Vietnam. Malaysia hanya mampu menduduki tempat ke 4.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

5 thoughts on “Syabas Harimau Muda!

  1. Tahniah harimau malaya…
    Tapi tgk bola rasa cam nak kn heart attack
    Sakit tul dada bl tgk Dr awal hgga abis masa tambahan..
    Papehal smgt rakyat Malaysia yg menyokong sukan ini mmg harus dipuji
    Cuma bahasa tu jaga skit yea..jgn kerana kata Negara binasa lak..hehehe

  2. muscular-girl says:

    tahniah MALAYSIA!

      1. Badang Malaysia says:

        kesesakan stadium…salam takziah kpd keluarga penyokong Indonesia yang meninggal malam semalam.

Leave a Reply to Badang Malaysia Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: