Tahun 2015 Jan04

Kongsi

Tahun 2015

Selamat Tahun Baru 2015. Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke 5 saya tulis blog ini dan Alhamdulilah, ramai yang dapat manfaat daripada penulisan saya. Atau takde? Sia-sia ke saya menulis? :(. Setakat ini, saya dah menulis 551 artikel dan insyAllah akan terus ditambah daripada semasa ke semasa.

Bercerita tentang tahun baru. Adakah azam anda tahun lepas sudah tercapai? atau azam tahun ini ingin menunaikan azam tahun lepas yang dibuat pada tahun 2013 berdasarkan azam 2012 yang dikarang pada tahun 2011? Kenapa ramai daripada kita sukar menepati azam dalam bidang kecergasan? Azam nak kuruskan badan, nak besarkan badan gagal capai sasaran.

NASC 2015

Pertama, ramai yang buat azam tidak realistik. Contohnya, azam ingin deadlift 300kg sedangkan paling kuat diangkat cuma 50kg. Perbezaan sasaran dan realiti yang terlalu ketara mematikan harapan itu. Lama kelamaan, apabila tak dapat dicapai, mula malas nak meneruskan dan kitaran azam yang sama bermula tahun hadapan.

Kedua, azam yang tidak spesifik. Contoh, “Saya ingin kurus”. akan tetapi berapa kurus? Adakah ingin menurunkan 50kg atau 5kg? Bila sasarannya? Apakah gerak kerja yang dirancang? Sebulan berapa sasarannya?

Dalam menetapkan azam, pecahkan mengikut bulan atau minggu. Lebih jelas apa yang disasarkan. Jika tersasar daripada azam, boleh dibetulkan daripada tetapkan matlamat untuk setahun.

Contoh, azam saya tahun ini.

Azam baru untuk 1st Quarter 2015:
Deadlift 240kg (currently 220kg)
Squat 200kg (currently 160kg, slow progress due to injury)
Bench Press 150kg (currently 130kg)
Overhead Press 120kg ( currently 90kg)
Berat badan 90-95kg. (Currently 106.5kg)

Tekanan lebih terasa apabila dipecahkan azam tersebut. Seterusnya, kena tulis. Lebih baik, jika ditampalkan dalam board dalam bilik tidur. Bangun sahaja, nampak azam kita. Boleh juga diletakkan dalam pelbagai kaedah seperti, menggantungkan baju size S yang tidak boleh dipakai. “Bila la aku boleh pakai”. Terdapat pelbagai kaedah merangsang motivasi kita untuk gerak ke arah matlamat yang disasarkan.

Jangan jadikan tahun 2015 seperti tahun-tahun sebelum ini. Nasihat saya, untuk stay consistant, dapatkan seorang mentor atau kawan yang boleh memaksa anda kejar matlamat anda. Semoga berjaya dalam apa yang disasarkan! Make a decision. Not just a resolution.

Rancang untuk berjaya.

Rancang untuk berjaya.

 

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini