Tahun Baru 2012 Jan01

Kongsi

Tahun Baru 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun ini membawa seribu kebaikan buat semua. Apabila tiba tahun baru, semestinya dikaitkan dengan azam baru. Ada yang berazam menjadi cantik. Ada yang berazam nak ada 6 ketul di perut. Ada yang berazam tambah 100 kg berat badan. Ada yang berazam masuk pertandingan ratu cantik dan sebagainya. Tetapi…azam tahun lepas dah tercampai ke? :D. Apa azam anda tahun ini?

Kursus Kecergasan 2017Januari 2012 menandakan sudah setahun sebulan strengthsifoo.com ini wujud. Selepas setahun:

Unique Visitor mencecah 64 ribu sebulan atau purata 2100 sehari. Walaupun tidak begitu tinggi berbanding web atau blog lain, tetapi untuk web blog kecergasan dan kesihatan, boleh dikatakan agak tinggi. strengthsifoo.com tetap sasar lebih tinggi. Jika boleh 10 ribu sehari tahun ini.

Kedudukan pertama jika dibandingkan dengan web blog kecergasan dan kesihatan Malaysia yang lain. Saya bandingkan dengan web blog yang saya tahu sahaja. Anda boleh bandingkannya di www.alexa.com. Jika dibandingkan dengan blog yang mencampurkan isu-isu kecergasan dan isu-isu lain termasuk isu peribadi, semasa, artis, gosip dan sebagainya, strengthsifoo.com kalah dengan satu blog atau mungkin lebih.

– Berkedudukan 6095 jika dibandingkan dengan semua web dan blog di Malaysia. Agak sukar rasanya untuk menarik minat ramai membaca topik-topik kesihatan di Malaysia. Kalau buat cerita gosip, artis, politik, lucah, isu semasa dan sebagainya, senang sikit nak duduk ranking tinggi-tinggi ini. :). Teringat pula apabila AHB pernah kata, tiada orang baca blog ini tetapi apabila dibandingkan dengan malaysiamuscle, berada di kedudukan 44063. Agaknya yang mana ramai yer? :p

Apa perancangan strengthsifoo.com untuk tahun 2012?

Sebenarnya banyak yang dirancang seperti pelbagaikan aktiviti, tambah video, majalah dalam bentuk pdf, mereka bentuk kelainan pada blog, menulis buku, melancarkan beberapa program seperti 7×7, pelbagaikan lagi kelas dengan kerjasama N.A.F.I., mendapatkan pengiktirafan daripada beberapa badan sebagai blog kecergasan dan kesihatan, menambah baik mutu perkhidmatan, lahirkan lebih ramai atlet tidak kira sukan apa dan lain-lain. Akan cuba disusunkan sebaik mungkin dalam jadual tahunan. Semoga semuanya berjaya dilakukan.

Apa-apa pun, azam saya pada tahun 2012 adalah berjihad untuk membantu ramai dengan cara saya sendiri. Selamat tahun baru 2012!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube