Tahun Baru 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga tahun ini membawa seribu kebaikan buat semua. Apabila tiba tahun baru, semestinya dikaitkan dengan azam baru. Ada yang berazam menjadi cantik. Ada yang berazam nak ada 6 ketul di perut. Ada yang berazam tambah 100 kg berat badan. Ada yang berazam masuk pertandingan ratu cantik dan sebagainya. Tetapi…azam tahun lepas dah tercampai ke? :D. Apa azam anda tahun ini?

Kursus Kecergasan 2024Januari 2012 menandakan sudah setahun sebulan strengthsifoo.com ini wujud. Selepas setahun:

Unique Visitor mencecah 64 ribu sebulan atau purata 2100 sehari. Walaupun tidak begitu tinggi berbanding web atau blog lain, tetapi untuk web blog kecergasan dan kesihatan, boleh dikatakan agak tinggi. strengthsifoo.com tetap sasar lebih tinggi. Jika boleh 10 ribu sehari tahun ini.

Kedudukan pertama jika dibandingkan dengan web blog kecergasan dan kesihatan Malaysia yang lain. Saya bandingkan dengan web blog yang saya tahu sahaja. Anda boleh bandingkannya di www.alexa.com. Jika dibandingkan dengan blog yang mencampurkan isu-isu kecergasan dan isu-isu lain termasuk isu peribadi, semasa, artis, gosip dan sebagainya, strengthsifoo.com kalah dengan satu blog atau mungkin lebih.

– Berkedudukan 6095 jika dibandingkan dengan semua web dan blog di Malaysia. Agak sukar rasanya untuk menarik minat ramai membaca topik-topik kesihatan di Malaysia. Kalau buat cerita gosip, artis, politik, lucah, isu semasa dan sebagainya, senang sikit nak duduk ranking tinggi-tinggi ini. :). Teringat pula apabila AHB pernah kata, tiada orang baca blog ini tetapi apabila dibandingkan dengan malaysiamuscle, berada di kedudukan 44063. Agaknya yang mana ramai yer? :p

Apa perancangan strengthsifoo.com untuk tahun 2012?

Sebenarnya banyak yang dirancang seperti pelbagaikan aktiviti, tambah video, majalah dalam bentuk pdf, mereka bentuk kelainan pada blog, menulis buku, melancarkan beberapa program seperti 7×7, pelbagaikan lagi kelas dengan kerjasama N.A.F.I., mendapatkan pengiktirafan daripada beberapa badan sebagai blog kecergasan dan kesihatan, menambah baik mutu perkhidmatan, lahirkan lebih ramai atlet tidak kira sukan apa dan lain-lain. Akan cuba disusunkan sebaik mungkin dalam jadual tahunan. Semoga semuanya berjaya dilakukan.

Apa-apa pun, azam saya pada tahun 2012 adalah berjihad untuk membantu ramai dengan cara saya sendiri. Selamat tahun baru 2012!

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

33 thoughts on “Tahun Baru 2012

  1. slmt thn baru pada tuan zaki dan kru yg terlibat jayakan blog yang amat berguna ini,semogga usaha tuan akan di redahi allah.blog ni telah menjadi kan saya hari ini lebih baik dari semalam.tq tuan.

  2. Selamat tahun baru kepada semua… semoga blog ini berterus-terusan memberi bimbingan dan pengetahuan tentang kesihatan kepada yang memerlukan seperti aku kehkeh.. ‘Bina badan bukan untuk orang yang malas’..

  3. selamat tahun baru bro. azam tahun ni nak serius dlm bina badan. 😀

  4. nur_fatihah says:

    happy new year dato~

  5. tambah kan lagi info2 pasal bina badan or cara2 workout .. selamat tahun baru dato 🙂

  6. tak kisah la kalau dato’ nk jadi perdana menteri ka,nak bina banggunan pencakar langit ka..asalkan,,,,,,dato’:
    1-teruskan membuat entri terbaru dalam blog ini,
    2-sebulan@2bulan skali buat slot entri seperti http://strengthsifoo.com/entri/
    3-kalau dato’ ada tulis/lancarkan buku yang dato’ tulis sendiri,iklankan di blog ini,lagi bagus kalau ada khidmat jual buku itu melalui pos..heheh
    saya berkata demikian sbb setiap hari saya baca blog dan facebook zakikhanweb dato’..

    1. tebo sayfol says:

      Selamat Tahun baru Dato. ZK terbaikkkkk………

  7. hi,saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kpd smua.saya amat amat meminati bina badan,saya ingin bertanya tentang masalah saya dan saya mulakan senaman sit-up,saya dapat tengok 6 pack kat abs saya,sehinggalah saya melakukan melakukan cross sit-up tapi saya lakukan satu sisi sahaja dan saya lakukan sehingga failure,dan hasil nya kanan upper abs dan kanan middle abs jadi bergabung setiap kali saya mengeras perut saya atau posting perut,bolehkah dato beritahu penyelesaian masalah saya,jika ada rawatan,apakah rawatan itu.dan saya nampak otot oblique kanan sahaja jika mengeras perut atau posting abs

      1. sbnrnya saya ada masalah,masalah ini paling di takuti org ramai,skrg saya mencari cara untuk mengubat diri saya,hrp dato blh tlg saya

          1. masalah dalaman,fikiran harap dato fhm,dan datuk ke ttg penyelesaian masalah saya di atas,perlukah saya berjumpa doktor atau dato tahu ttg masalah saya,kalau tahu harap beritahu saya

  8. semoga blog ni trus maju di masa hadapan…good job..

  9. semoga impian akan menjadi kenyataan hendaknyaaaa.

  10. tq dato’ untuk semua info kesihatan..smoga terus berjaya dan diberkati…

  11. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, selamat tahun baru, moga tahun baru nie dapat tuan kembangkan lagi bisnes dan informasi berkaitan kecergasan dan bina badan, kami semua menyokong dengan penuh positif….

  12. Muhammad Yusyaini says:

    salam…sya nk tnya sedikit panduan drpd tuan…cmna cara pengambilan whey protein yg betul???

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: