Tahun Baru 2016 Jan06

Kongsi

Tahun Baru 2016

Setiap kali masuk tahun baru, setiap kali itu penuh dengan aura positif, azam baru. Azam kurus dah masuk tahun kelima. Daftar gim dah 5 kali. 5 tahun berazam, 5 tahun tak jadi? Ada yang terasa ke?

Kenapa tak jadi?

Saya lihat, kebanyakan hanya semata-mata berazam. Tiada perancangan jelas, bagaimana mencapai azam. Azam itu sendiri tidak jelas. Contoh azam tidak jelas, “Saya berazam untuk kurus”. Apa definisi kurus pada anda? Ada yang kata, kurus macam tulang untuk tarik perhatian anjing itu kurus. Ada yang kata, kurus badan berbentuk gitar itu kurus. Ada yang kata, badan ada sixpack itu kurus. Definisi berbeza mengikut individu.

Habit Senaman

Tak kira apa sasaran kita, kita perlu letak sasaran dengan jelas. Contoh azam yang jelas:

“Saya nak kurus dengan peratus lemak 12 peratus pada 30 Mac 2016”
“Saya nak buat deadlift 300kg pada atau sebelum 30 Mac 2016”
“Saya nak tambah berat badan sebagai 15kg pada 30 Mac 2016”

Selain jelas, sasaran juga perlu munasabah untuk elak kekecewaan jika gagal capai sasaran. Sebagai contoh, Jika sebelum ini, deadlift cuma mampu 100kg, adalah sangat tidak munasabah meletakkan sasaran 300kg dalam masa 3 bulan. Sasaran masuk akal, turun 1 hingga 2 kilogram seminggu. Sasaran masuk akal, tambah 10kg bebanan diangkat untuk bahagian bawah berat badan dalam masa seminggu.

NASC 2015

Apabila dah ada sasaran, “tulis” kan. Letak di tempat yang biasa di lihat. Mungkin di hadapan katil. Jadi setiap kali bangun tidur, teringan impian tahun baru. Jangan hanya tulis di muka buku. Saya dapati, mereka yang menulis impian mereka lebih cenderung berjaya dalam apa mereka sasarkan. Jika boleh, dapatkan 1 diari untuk merekodkan progress. Tetapkan pula sasaran kecil. Sasaran mingguan. Cuma saya tak galakkan untuk anda timbang setiap minggu. Tetapkan sasaran latihan dan pemakanan mingguan. Jadi boleh track record, bahagian mana kurang atau lebih.

Jadi Luar Biasa

Dapatkan ilmu cara betul mencapai sasaran anda. Kalau boleh, dapatkan seorang mentor atau guru. Jangan hanya berguru dengan google atau youtube. Salah satu aspek untuk berjaya dalam sasaran, anda kena ada sebab yang kukuh, kenapa anda ingin capai sasaran anda. Mungkin disebabkan kesihatan, doktor kata akan mati dalam 6 bulan kalau tak bersenam. Mungkin disebabkan nak pakai baju pengantin. Mungkin disebabkan nak tambah awek, seorang tak cukup, kurang-kurang 4 orang. Tak kira apa sebabnya, ia penting untuk memastikan diri sentiasa bermotivasi untuk mengejar apa yang diimpikan.

Sempena tahun baru ini, saya taknak bebel panjang. Saya doakan semoga anda capai apa yang disasarkan tahun ini atau mungkin 5 tahun sebelum ini. Selamat tahun baru 2016.

Azam Kurus 2016

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini