Tambah Selera Makan Nov10

Kongsi

Tambah Selera Makan

Mereka yang ingin menambah berat badan selalu mengadu yang mereka tiada selera makan, atau dah makan banyak. Tetapi cukup banyak ke? Bagaimana nak menambah selera makan dan seterusnya menambah berat badan?

Kursus Kecergasan 20171. Tambahkan vitamin B complex dalam diet harian. 2 hingga 4 biji 500mg sehari.

2. Kurangkan pengambilan serat. Makanan dengan serat yang tinggi akan menyebabkan perut terasa penuh.

3. Minum jus buah-buahan 1 jam sebelum makan. Gula dalam jus tersebut akan menyebabkan insulin dirembeskan dan menyebabkan gula dalam darah menjadi rendah, lalu meminta lagi makanan.

4. Makan sebelum tidur. Makan sebelum tidur meningkatkan perembasan insulin dan meningkatkan selera makan. Buat setiap 3 hari dan bukan setiap hari.

5. Makan kerap untuk meningkatkan ruang di dalam perut supaya lebih banyak makanan boleh diisi.

6. Tambahkan cinnamon dalam makanan anda. Cinnamon meningkatkan selera makan secara semulajadi.

7. Elakkan minum ‘terlalu’ banyak air. Air menyebabkan perut terasa penuh.

8. Ambil marijuana. Bahan aktif dalam marijuana mencetuhkan reseptor CB1 di otak yang mana menyebabkan badan terasa lapar sentiasa.

9. Dapatkan tonik ginseng di kedai ubat cina. Minum 3 kali sehari untuk 3 hari. Kebanyakan yang saya cadangkan ambil tonik ginseng ini menyesal kerana mereka perlu keluarkan duit yang banyak untuk makan selepas itu, tetapi mengalami penambahan mendadak.

10. Periactin (cyproheptadine) adalah perangsang yang digunakan untuk merangsang selera. Boleh didapati dengan priskripsi doktor atau di farmasi. Kesannya tidak dirasai segera, tetapi akan mula dirasai selepas beberapa hari. Kesan sampingan yang dirasai termasuk keletihan. Jika sasaran menambahkan berat badan, ambil 4mg sehari. Dapatkan nasihat pakar.

11. Pengambilan lemak baik seperti minyak zaitun, peanut butter dan sebagainya pun boleh membantu.

12. Adakalanya apabila seseorang berada dalam tekanan juga tidak mampu makan dengan banyak. Jika anda berada dalam tekanan, cuba berjalan sebentar sehingga berasa tenang.

13. Latihan berintensiti tinggi juga telah terbukti meningkatkan selera makan. Pernah tak anda berasa lapar selepas latihan?

14. Tambahkan wine merah segelas sebelum makan. Bagi yang Islam, jangan buat.

15. Jika kebanyakan cara tidak berkesan, baru tambahkan makanan tambahan jenis minuman seperti weight gainer dan sebagainya.

16. Jika tiada penambahan berat untuk satu jangka masa yang agak lama, cuba hentikan pengambilan karbohidrat selama tiga hari dan hanya tumpukan pada protein kemudian kembali tambahkan karbohidrat selepas tiga hari.

17. Dapatkan seorang pasangan yang menarik untuk suapkan makanan. Tak telan, dia merajuk.

18. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.

Nota: Jika penambahan itu lebih kepada perut, kawal pengambilan karbohidrat dan tambah pengambilan protein. Jika masih ada penambahan pada perut, tambahkan latihan bebanan.

Tiada kena mengena dengan entri, Nora Danish tetapi hot

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube