Tandas Dec06

Kongsi

Tandas

Apa perbezaan tandas cangkung dan duduk? Kalau ikutkan naluri, lebih selesa sebenarnya duduk tandas cangkung, lebih selesa membuang secara mencangkung. Thosmas Crapper mencipta tandas duduk dengan meletakkan lutut pada sudut 90 darjah ke abdomen kerana kononya ia lebih sopan dan bertamadun. Pada peringkat awal ianya digunakan untuk mereka yang kurang upaya tetapi kini digunakan oleh majoriti penduduk dunia kecuali di sesetengah negara.

NASC 2015

Perbezaan besarnya, duduk mencangkung memudahkan pengeluaran bahan buangan atau tahi manakala duduk memerlukan anda menggunakan kuasa meneran lebih, sehingga terdapat kes meneran mengakibatkan gangguan aliran jantung. Menurut kajian, tandas duduk mempromosikan sakit-sakit seperti buasir, apendiks, polip, ulser kolitis, sindrom usus terganggu, diverticular dan kanser kolon.

Bukti menunjukkan masalah usus dan pelvik mungkin berkaitan dengan postur tandas yang tidak sepatutnya. Hanya dengan kedudukan mencangkung badan anda akan menggalakkan pengosongan usus yang lengkap. Cuba lihat gambarajah di bawah.

Cuba bayangkan juga, kedudukan squat separuh dan squat penuh. Squat penuh mempromosikan kesihatan sistem pencernaan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini