Tekanan

Menurut kajian, pernafasan dan meditasi yang baik membantu menurunkan tekanan darah

Di dalam kehidupan zaman kini yang serba mencabar, di mana duit dan kuasa memainkan peranan penting, seharian bekerja untuk mencapai sesuatu, kita tidak terelak daripada masalah tekanan atau stress. Bagaimana untuk mengawal stress? Stress sering dikaitkan dengan masalah mental atau emosional (kemurungan, anxiety) yang mana melemahkan sistem imunasi badan kita. Disebabkan stress, berat badan seseorang boleh naik. Disebabkan stress kita boleh bunuh orang. Disebabkan stress tekanan darah tinggi boleh berlaku. Macam2 kita pernah dengar tentang keburukan stress.

Ada beberapa cara mudah untuk menangani stress

1. Bersenam – Dengan bersenam sekurang-kurang 30 minit 3 kali seminggu akan membantu mengurangkan rembesan adrenalin dan merembes kan lebih endorphin. Endorphin berfungsi sebagai neurotransmitter yang mengawal stress.Kursus Kecergasan 2024

2. Yoga – Kenapa yoga? yoga menumpukan pada teknik pernafasan yang mengaitkan mental dan spiritual. Tak semestinya yoga, banyak lagi jenis pergerakan seperti tai-chi, silat yang mana bukan sahaja melibatkan pernafasan tapi dalam masa sama melancarkan peredaran darah. Regangan mampu mengurangkan tension pada otot. Selepas habis senaman, buatlah sedikit regangan.

3. Jaga pemakanan – Cuba kurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Kurangkan pengambilan alcohol, kopi.

4. Urut – Rasanya semua tahu, yang urut mampu merehatkan badan kita dan mengurangkan tekanan. Carilah urut sebenar. Kini banyak rumah urut ‘geli-geli’. :D. Terdapat banyak jenis urut seperti urut thai, aromatherapy, ayorveda dan lain-lain. Atau mungkin anda boleh cuba sport massage.

5. Ketawa – Biar betapa sibuk pun kita, keluarlah mencari hiburan seperti tengok wayang. Jangan cari cerita yang boleh tambah stress. Sekali sekala tengok cerita kanak-kanak, kartun apa salahnya. Saya mencadangkan Rapunzel.:D.

6. Bercuti – Amik lah cuti untuk 1 jangka masa. Bawa keluarga bercuti. Cari tempat-tempat menarik. Tak perlu jauh-jauh jika kewangan tidak mengizinkan. Nanti tambah lagi stress pasal takde duit nak bercuti. 😀

7. Hobi – Cari hobi yang sesuai dengan minat kita. Ada orang hobinya main gym. Ada hobinya berenang. Cuba cari masa untuk buat sesuatu yang kita suka.

8. Dapatkan pakar – Jika terlalu stress, cuba dapatkan seorang counselor atau seseorang yang boleh kita bercakap untuk meluahkan masalah. Jangan pendam sesuatu. Kita ini macam bom jangka, lama kita pendam, meletup 1 hari nanti.

9. Rohaniah – Mantapkan rohani dengan pengisian.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

3 thoughts on “Tekanan

  1. This information is very interesting, I really enjoyed, I would like get more information about this, thanks for sharing!

Leave a Reply to painted kitchens Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: