Terapi Elektrostatik Aug18

Kongsi

Terapi Elektrostatik

Terapi elektrostatik? Wujud ke terapi elektrostatik ini? Baru-baru ini keluar dalam surat khabar the Star cerita tentang sebilangan warga indonesia yang berbaring di atas landasan keretapi, kononnya untuk merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

 

Ramai yang baca mengatakan mereka ini bodoh, tetapi bagaimana rakyat Malaysia? Rasanya lagi bodoh kut, rakyat Malaysia ada yang sanggup keluar berpuluh ribu untuk membeli mesin yang memberi kesan elektrostatik seperti itu tetapi di Indonesia percuma. :D. Jangan marah, bukan semua, cuma sebahagian yang mudah terpengaruh dengan benda-benda merapu begini.

 

Baru-baru ini saya ada buat satu kajian, bila bercerita pasal senaman , boleh dikatakan daripada 100 orang, 10 orang memberi respon. Bila bercerita pasal tampal koyok boleh bakar lemak, daripada 100 orang, 90 orang memberi respon. Sehingga koyok dengan harga pasaran rm1.50 boleh dijual dengan harga rm15.00. Boleh kaya jual koyok lepas ini. :D. Agak-agak kalau saya jual mesin elektrostatik dengan harga rm25,000 ,laku tak? Kos baru rm 3000. Tambah cerita seperti ‘Terapi medan elektrostatik mampu memberikan kesan yang sama seperti bersenam’, ‘Kenapa perlu bersenam?’ dan sebagainya. Letak gambar sebelum dan selepas, carilah dalam 100 testimonial. Letak iklan dalam Harian Metro. Cari beberapa doktor untuk mengatakan produk ini bagus. Fuh, dalam masa sebulan, jutawan. 😀

 

Memang terdapat kajian pasal rawatan elektrostatik, tetapi setakat ini belum ada perkembangan yang jelas tentang kesannya melawan penyakit. Fikirkanlah, jika rawatan elektostatik begitu berkesan, kenapa tidak digunakan secara meluaskan dalam bidang perubatan? Senang sikit kerja doktor. Cuma perlu sediakan kerusi elektrik di hospital. Mesin-mesin ini dijual secara meluas oleh syarikat MLM dengan pelbagai claim, melawan segala macam penyakit. Oh thank God, tak perlu bersenam, tak perlu jaga makan, badan dah sihat. 😀

 

Info: Terapi elektrik ada digunakan dalam pemulihan fisio bagi sesetengah kes dimana pesakit tidak memberi respon pada ubat-ubatan dan terapi psikologi. Antara kes terlibat seperti kes sprain, arthritis, scoliosis dan BUKAN kencing manis, kanser dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube