Terapi Elektrostatik

Terapi elektrostatik? Wujud ke terapi elektrostatik ini? Baru-baru ini keluar dalam surat khabar the Star cerita tentang sebilangan warga indonesia yang berbaring di atas landasan keretapi, kononnya untuk merawat penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan sebagainya.

 

Kursus Kecergasan 2024

Ramai yang baca mengatakan mereka ini bodoh, tetapi bagaimana rakyat Malaysia? Rasanya lagi bodoh kut, rakyat Malaysia ada yang sanggup keluar berpuluh ribu untuk membeli mesin yang memberi kesan elektrostatik seperti itu tetapi di Indonesia percuma. :D. Jangan marah, bukan semua, cuma sebahagian yang mudah terpengaruh dengan benda-benda merapu begini.

 

Baru-baru ini saya ada buat satu kajian, bila bercerita pasal senaman , boleh dikatakan daripada 100 orang, 10 orang memberi respon. Bila bercerita pasal tampal koyok boleh bakar lemak, daripada 100 orang, 90 orang memberi respon. Sehingga koyok dengan harga pasaran rm1.50 boleh dijual dengan harga rm15.00. Boleh kaya jual koyok lepas ini. :D. Agak-agak kalau saya jual mesin elektrostatik dengan harga rm25,000 ,laku tak? Kos baru rm 3000. Tambah cerita seperti ‘Terapi medan elektrostatik mampu memberikan kesan yang sama seperti bersenam’, ‘Kenapa perlu bersenam?’ dan sebagainya. Letak gambar sebelum dan selepas, carilah dalam 100 testimonial. Letak iklan dalam Harian Metro. Cari beberapa doktor untuk mengatakan produk ini bagus. Fuh, dalam masa sebulan, jutawan. 😀

 

Memang terdapat kajian pasal rawatan elektrostatik, tetapi setakat ini belum ada perkembangan yang jelas tentang kesannya melawan penyakit. Fikirkanlah, jika rawatan elektostatik begitu berkesan, kenapa tidak digunakan secara meluaskan dalam bidang perubatan? Senang sikit kerja doktor. Cuma perlu sediakan kerusi elektrik di hospital. Mesin-mesin ini dijual secara meluas oleh syarikat MLM dengan pelbagai claim, melawan segala macam penyakit. Oh thank God, tak perlu bersenam, tak perlu jaga makan, badan dah sihat. 😀

 

Info: Terapi elektrik ada digunakan dalam pemulihan fisio bagi sesetengah kes dimana pesakit tidak memberi respon pada ubat-ubatan dan terapi psikologi. Antara kes terlibat seperti kes sprain, arthritis, scoliosis dan BUKAN kencing manis, kanser dan sebagainya.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

65 thoughts on “Terapi Elektrostatik

  1. Abg Kidd Rock says:

    salam tuan, manusia nie mmg ghairah dgn penemuan2 dan nama2 bende pelik kat pasaran, sbb tu kebanyakkan kita terus menerima bulat2 ape bende pun di pasaran tanpa mau siasat dan fikir….hehehhehe

    1. eh, dah ada reply. blum siap edit lg. :D.
      salam. ini lah manusia. slagi mana ada produk2 merapu yg kata boleh bakar lemak, boleh sihat tanpa bersenam, itu lah dorang pilih. 😀

  2. nur_fatihah says:

    tak bahaya ke baring atas landasan camtu?

    1. mereka berbaring selepas keretapi lalu, bukan sbelum kereta lalu. 😀

  3. pathetic..
    ajaib mcmn negara kita dibanjiri dgn iklan2 conman. dari sms menipu 1-800-****** sampai lah ke gelang magnet, produk elektrolit, bla2..

  4. kerana ingin kn care yg senag manusia snggup buat ape sje, tp sbnr nye tiada yg senang dlm dunia ni…

  5. helllooo dato…nak tanya tgk kawan2 banyak yg pakai losyen sapu mustajab pati halia…konon2 dapat membuang lemak ketika bersenam…ada mcm tu ke dato??

    1. lemak dah simpan bertahun2, nak bina lemak bukan sehari dua, tetiba nak hilang ngan sapu krim ajaib, 5 minit nak terus kurus. logik x?

  6. omaigad, that is so tettt but tett mana pun indonesian, malaysian lagi-lagilah sadis…produk dr jabbar, dr health, bla bla ECPI water, bio aura, ntah apa-apa..

  7. saintis dah banyak buat kajian.banyak ubat-ubat yang dapat memulihkan penyakit tapi sengaja tak dikeluarkan.kalaulah semua orang sihat dalam dunia ni sape lah yang berpeluang jadi doktor dan sapelah yang berpeluang jadi jururawat dan tak de lah org yang boleh jadi ahli farmasi.alamat ramailah penganggur atas muka bumi ni.badan manusia macam mesin bukan 100 tahun boleh kekal sihat.setiap penyakit ada penawarnya

  8. Ahmad Fitri Khushairi says:

    Hmm…Aku sokong dgn pendapat Umi, kalo orang yg berotak cetek memang la dia akan pertikaikan semua kaedah rawatan yg wujud dalam dunia ni, dia belum kena sakit lagi, bila dah kena sakit baru lintang pukang cari penawar. kalo kita nk tanya mcm mana nk cari kaedah rawatan yg sesuai dgn kita, kenalah tanya org yg dah pernah kena penyakit (rawatan moden mahupun tradisional), kalo harapkan orang yg sihat bagi pendapat, macam orang bujang yg cuba jadi penceramah bagaimana nak kahwin 4 isteri le jawabnya. apapun teknologi yg wujud dalam dunia ni semua dari ALLAH SWT, tak kira apa penyakit pun, kalo ALLAH izinkan sembuh, dekat najis haiwan pun leh diikhtiarkan penawarnya, kalo ALLAH tak izin, hapa pun tak boleh, jadi jangan la nak pandai2 buat andaian, kena kat batang hidung baru tau……Aku ni cuma nak kasi ingat, datang kita ke dunia ni bersambut, pergi kita nanti berturut, kalo semua salah, cari planet lain la…….

    1. 1st at all, im not that stupid like u do. guna 2 nama dgn 1 IP. konon nak tunjuk ramai bantah. kut yer pun guna la pc lain. nak tgk bukti IP. :D. kenapa kebanyakan MLMers damn stupid?

      http://i1222.photobucket.com/albums/dd484/zakikhan/1st.jpg

      brapa ramai anda dah bantu hilangkan kencing manis? i help many with my program which include nutrition advice + training. what do u do? MLM? keluar duit 12,000 ke n cari org lain utk keluarkan 12k juga?

      1. assalamualaikum…
        mmg terdapat byk cara alternatif tuk merawat penyakit.. mesin eletrostatik pun salah satu cara umtuk merawat penyakit.. sesapa yg belum cuba sila cuba dahului baru blh nak mengomen segala.. byk fedback yg baik slps pengunaan mesen ini.. mungkin yg jd x berkesan tu di sebabkan dgn hanya mencuba sekali 2 sahaja.. mmg lah x nampak kesannya.. sesuatu yg baik tentu baik perlu diamalkan.. hospital tun shin kat kl tu pun dah guna mesin ni berbelas tahun lamanya…

  9. Muhammad Abdullah says:

    Assalamualaikum.

    Budak, kamu ni belum kena kencing manis lagi ni. Itu sebab kamu cakap mcm ni. Rasenye kalau dah kaki nak kena potong, baru cari jalan. Aku dah 2 tahun guna mesin terapi elektrostatik. Setakat ini kencing manis dah baik, selamat kaki aku lagi sebelah.
    Kamu kalau nak tulis biar tengok-tengok dulu. Jangan tulis sebarangan. Aku bukan orang bodoh. Rasanya berbaloi aku bayar RM12,000 untuk selamatkan kaki ni dari kena potong.
    Doktor tu cari makan. Dia bukak klinik, bayar sewa kedai, beli ubat dari supplier, lepas itu jual pada kamu. Kalau dia dapat supply mesin terapi pun dia akan jual mesin ni.
    Nanti kalau kaki kamu dah nak kena potong, kamu makan je lah ubat dari doktor dan cucuk insulin hari-hari ye.

    1. 1st at all, im not that stupid like u do. guna 2 nama dgn 1 IP. konon nak tunjuk ramai bantah. kut yer pun guna la pc lain. nak tgk bukti IP. :D. kenapa kebanyakan MLMers damn stupid?

      http://i1222.photobucket.com/albums/dd484/zakikhan/1st.jpg

      brapa ramai anda dah bantu hilangkan kencing manis? i help many with my program which include nutrition advice + training. what do u do? MLM? keluar duit 12,000 ke n cari org lain utk keluarkan 12k juga? .

  10. Salam sya sokong Muhammad Abdullah. Disebabkan sya bekerja dgn syarikat yang menjual mesin terapi ni, dah banyak testimoni2 yang dapat dikawal penyakit dengan mesin ni. Cth sprti En Muhammad Abdullah yang menghidapi sakit kncing manis. Mesin ni mengalirkan tenaga elektrostatik sebanyak 9000 voltan sesaat ke dalam setiap salur/pembuluh/kapilari2 darah termasuk dibahagian mata dimana pembuluh darah paling halus sekali sebanyak 1.2 juta sahaja dimata. Mesin ini akan membantu metabolisma dalam darah dan mengimbangkan kandungan gula dalam darah dengan membekal tenaga elektrostatik 9000 voltan sesaat iaitu tenaga elektrik yang seimbang untuk tubuh badan. Jadi tidak mustahil jika penyakit kencing manis dapat dikawal. Bukan sya hendak memburukkan cuma untk kesedaran masyarakat. Untuk pengetahuan kenapa pesakit darah tinggi,kencing manis perlu makan ubat seumur hidup dan tidak pulih dari penyakit? Sbb ubat yang diberikan oleh dr kebanyakkan untuk penahan sakit serta mengkebaskan saraf dan memberi kesan pada organ lain pada waktu panjang. Jdi mesin ni teknologi moden yang dicipta dari jepun untuk merawat penyakit kencing manis,darah yinggi dan sbgainya.

    1. sy sendiri pun ada byk testimonial. tanpa guna apa2 peralatan, boleh membantu dlm rawatan pelbagai penyakit. 😀

    2. kesihatan sya bertambah pulih selepas menbuat rawatan terapi elektrostatik,ramai sudah pulih termasuk pesakit kanser,kencing manis ramai yang berjaya pulih.saya tidak sokong artikel ini yang mengatakan rawatan electrostatic tidak untuk pesakit kencing manis,kanser dan sebagainya

    3. nas powerman says:

      Saya penguan makanan kesihatan. Dengan adanya mesin cangeh untuk kegunaan kesihatan. Kesihatan lebih penting dpd wang… Kalau sakit sampai potong kaki, opret hati. Boleh kerja cari wang?

  11. Jika digunakan meluas dalam bidang perubatan dr2 nurse2 nk mkn apa? Pendapatan dan business akn terganggu. Sedangkan rawatan untuk sakit jantung,buah pinggang tinggi berbanding mesin elektrostatik. Mcm mna dengan modal2 yang telah dikeluarkan untuk mesin hemodialisis? Mana ada peniaga nk “rugi”.

    1. rosemawatizainal says:

      saya menyokong penggunaan mesin terapi ni..ditempat saya sykt cosmic healthty menyediakan perkhidmatan terapi percuma..jenama pronature..jaafar onn jadi modelnya…

      Banyak feedback yg diterima dari pengguna yg mempunyai pelbagai penyakit mengatakan ada perubahan pada penyakit yg mereka hadapi.
      Bacaan kencing manis telah turun, begitu juga tekanan darah tinggi bertambah baik…mereka yg mengalami penyakit asma semakin sembuh…mereka tidak lagi bergantung dengan ubat …

      Tuan boleh cuba….pusat terapi ni dibuka setiap hari waktu bekerja….8.00 pagi hingga 7.00 malam…Isnin – Jumaat..di Pekan
      salak, berhampiran Kuarters KLIA…selamat mencuba..

  12. banyak testimoni yang menunjukkan kesan positif terumata bagi masalah jantung, kecing manis . darah tinggi…. terbukti berkesan dengan penggunaan mesin terapi elektrostatik… hanya pesakit yang menggunakan sahaja yang merasakannya.. mungkin bagi kita yang tak sakit @ tak pernah guna.. apalah sangat… xder kesan.. but its not true… it depend on your body condition…

    ada pesakit yang berpuluh ribu habiskan duit untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.. tapi masih tiada pengurangan.. but after spend money to buy electrostatic machine.. its works…

  13. syahriman says:

    kebanyakan pengguna mesin terapi adalah golongan emas..majoriti golongan ini sudah tidak larat untuk melakukan aktiviti2 fizikal kemungkinan disebabkan masalah kesihatan seperti sendi, kurang stamina, masalah berkaitan penyakit yang dihidapi atau lain2 lagi (sesetengah org, bunyinya seperti hanya alasan)..apabila hendak melakukan senaman atau aktiviti fizikal sudah tiada kemampuan..mereka juga adalah golongan yang sukar untuk meninggalkan tabiat permakanan mahupun gaya hidup kerana kebanyakan penyakit adalah disebabkan makanan dan gaya hidup yang tidak sihat..elektrik mungkin adalah salah satu kaedah merawat penyakit yang sesetengah org brpendapat penggunaannya tidak meluas kerana agenda dunia..En. blogger juga harus faham bahawa perubatan dunia ini dikawal oleh FDA dari Barat yang mana menggunakan media sejak dahulu lagi mahu kita percaya apa yang mereka ingin kita percaya dan sesetengah pendapat FDA dikawal secara rahsia kerana penggunaan dadah dan alatan modern bagi merawat penyakit mengikut kaedah modern. semua ini memerlukan kos yang mahal..ini juga adalah salah satu agenda Freemanson..di negara asia seperti cina dan jepun mempunyai rawatan alternatif sendiri..contohnya cina punyai kaedah akupuntur yang mana memainkan peranan mengawal saraf..contohnya mengawal selera makan dan lain2 lagi..mengikut pengamatan saya konsep akupuntur ini juga digunakan pada mesin terapi ini kerana menggunakan tenaga elektrik untuk mengaktifkan sistem saraf yang mungkin tidak dapat berfungsi akibat permakanan, gaya hidup mahupun persekitaran..semua ini terpulang kepada individu untuk memilihnya..tiada yang salah tentang kaedah En. blogger atau pengunjung laman sesawang ini..semuanya pilihan masing2..jadi jangan la kita bergaduh atau mengatakan orang lain bodoh kerana pilihan yang mereka buat..bagi saya, saya bersetuju dengan kedua2 pihak..maka lakukan aktiviti dan gaya hidup yang sihat dan jaga permakanan kita sebelum terlambat..kalau nak ulas berkenaan isu ini memang panjang..3 hari 3 malam pon belum tentu habis..maka, nasihat saya seorang yang nobody ni..sebelum cakap pikir dulu, gunakan otak..jangan ego sangat mempertahankan apa yang kita rasa kita yang betul..yang betul itu tidak semestinya benar..contohnya 1+1=2, betul tapi bukan jawapan itu saja yang betul..sekian

    1. sy lebih tujukan pada kebodohan mereka yg keluar berpuluh ribu utk mesin MLM.

      as i said, dlm ayat last,
      Info: Terapi elektrik ada digunakan dalam pemulihan fisio bagi sesetengah kes dimana pesakit tidak memberi respon pada ubat-ubatan dan terapi psikologi. Antara kes terlibat seperti kes sprain, arthritis, scoliosis dan BUKAN kencing manis, kanser dan sebagainya.

      1. ibnu ismail says:

        setuju …macam macam ada kan khan. saya pun nak cipta machine gak..

      2. nas powerman says:

        Saya penguan makanan kesihatan. Dengan adanya mesin cangeh untuk kegunaan kesihatan. Mudah untuk berkerja. Kesihatan lebih penting dpd wang… Kalau sakit sampai potong kaki, opret hati. Boleh kerja cari wang?
        Mesin mahal? Cari yg murah, tak jumpa lagi. Pembeli ada pilihan. Tak tahan sabar, belilah… Sebok urusan jual beli org, apa hal u? Nak aku bawak hand bag hempuk kepala kau?…

  14. sy stuju dgn umi, ahmad fitri & lain2…u mmg jenis manusia kurang ilmu pengetahuan….kesian…:) dlm badan u ada elektrik pun u tak tau.penuhkan minda dgn ilmu dl br cakap pandai..!tak lama lg klu u kn pyakit, u cr la mesin elektrostatik ni..memang berkesan..kat hospital klu letak cara altenatif ni, siapa pulak nk makan ubat2 tu…

    1. kira nak kata u terlebih ilmu pengetahuan la ni. dasyat. :D. dah cecah tahap doktor? doktor yassir? atau cuma MLMers bebal? 😀

      1. Mesin tu pun beli kat China la Dato… beli seribu dua..jual balik berbelas2 ribu. Saya dah pegi tengok mende tu kat China da.. memang pembohong sesangat..

        1. nas powerman says:

          Tunjuk pd saya website jual mesin seperti itu…
          Orang berniaga mesti nak untung. 10kaliganda dpd harga modal…. Hak penjual. Pembeli ada pilihan, cari penjual murah. Pembeli ada kuasa mampu beli, silahkan. Kalau tak mampu nak beli tu dah takdir. Nak murah rajin2 surfing shoping online.

    2. ibnu ismail says:

      buat la proposal untuk kerajaan supaya nyediakan kat hospital kerajaan.

  15. air ajaib yang u cipta semalam tu.. air kencing u ke..hahahaha

  16. Salam Dato’

    Rasanya lbh baik tk payah dilayan MLMers yg bebal nie.
    Nnti kita pulak yg sakit. dah kena pakai mesin elektrostatik..
    hahaha..
    kos RM2K jual smpai 12k..
    apa punya merepek la brg MLM nie..

    1. salam bro…..selalunya orang yang mengatakan orang lain bodoh adalah lebih teruk dan bodoh…..tak percaya cuba u bercakap depan cermin bodoh banyak-banyak kali saya yakin dan percaya yang bodoh tetap anda bukan orang lain………mencuba jika ada kelebihan dari segi keperluan tidak mengapa….asalkan tidak membazir……Berusaha dan Bertawakallah Inysa Allah akan berjaya dunia dan akhirat…….kepada golongan seperti anda ini lebih baik menginsafi diri…Allah boleh bagi sakit dan sehat bila2 masa je so….fikir-fikirkanlah key….

  17. seme penyakit ada ubatnya, kita perlu berusaha dan ikhtiar dapatknnya.. mencuba mengubati lebih baik dari membiarkan tanpa usaha mengubati..
    apa ubat yang sesuai dgn kita, kita tak thu hnya Allah yang thu… klu dgn guna mesin terapi elektrostatik sakit kita berkurang, why not kita terus mencuba.. klu dgn guna air ajaib sakit kita makin berkurang, kita teruskn minum… sbnarnya bukan mesin, bukan air yang sebuhkan pykit kita, Hanya ALLAH yang maha menyembuhkan.. kita hanya di kehendaki berusaha, ikhtiar dan tawakal….

    Saya pelik knp ada orng yng perlu memburukkn produk2 yang orng jual… klu orng burukkn produk kita, apa kita rasa….klu tak pcaya jgn guna or beli… that all..

    1. owh, seorang lg MLMers. sini bukan tempat jual produk kak. nak jual, g jual kat pasar malam.

  18. Salam..
    saya baru 2 minggu mencuba terapi mesin elektrostastik yg berdekatan dgn pejabat saya. baru mencuba 10 x terapi… saya ada masalah angin dalam badan, senggugut, kebas tangan dan sakit kepala. alhamdulillah dgn izin allah atas mesin tersebut, masalah yg saya hadapi makin berkurangan.. belum blh kata hilang semua tp nampak perubahan ianya tlh berkurangan. mungkin darah saya dh kotor, pekat dan berasid sebelum ni. hasil makan makanan yg mcm2 berpuluh tahun mnyebabkan badan bertoksik dan ia boleh mengundang pelbagai penyakit. dgn adanya mesin ni, ia meneutralkan dan mencairkan semula darah disamping membersihkan salur darah yg tersumbat… insyaallah saya akan meneruskan rawatan terapi elektrostatik selama mana yg boleh.. penyembuhnya dtg dari allah atas keizinannya ttp kita yang kene berusaha dan ikhtiyar mencari kaedah dan usaha penyelesaiannya…

  19. Kamal arifin says:

    LU TAK ADA DUIT NAK BELI JANGAN CAKAP BANYAK LA….. MAHAL ATAU MURAH ADALAH SUBJEKTIF… BODOH PUNYA KHAN

    1. owh. kira terlebih kaya la ni. alhamdullilah, boleh menderma sedikit ke rumah kebajikan, ke masjid2 dll yg memerlukan. mesti dah byk kali pergi haji ni.

  20. Kamal arifin says:

    KHAN UR STATEMENT PROVED THAT YOU ERE THE MOST STUPID PERSON … Maha atau murah adalah subjektif pada diri masing masing… Klau u rasa mahal jgn beli tapi orang yg ada duit apa salah jika mencuba utk rawatan kesihatan dia…BODOH punya manusia

    1. owh, kiranya anda pandai la ni. alhamdullilah, ada seorang yg pandai, sampai sesat dkt sini. page ku dilawati oleh golongan2 pandai.

  21. Salam kepada penyokong dan pengamal rawatan elektrostatik……budak khan ni tak kena penyakit lg…..dan belum tua lagi tu yg dia boleh kata sapa yg guna rawatan elektrostatik ni bodoh……..apa kata mari kita yang sakit ni pakat-pakat doa beramai-ramai supaya budak khan ni ditimpa penyakit yang kita hadapi la ni….spt sakit jantung, darah tinggi,kencing manis, oversiti, strok dll…..kita tengok gelabah tak dia….takut2 najis anjing orang tawarkan sebagai penawar pun dia sanggup makan……..wahai sahabat sekalian doa org yang sakit itu mudah untuk Allah makbulkan…..

    1. Erh, sesat ke bro? Dah x laku ke kat luar sana sampai meroyan kat sini? 😀

  22. Panglima Gaban Gagah says:

    As’kum… Sori lah kalau sy menyampuk dalam ruangan ni… Terlebih dahulu sy nak ucapkan terima kasih dan tahniah kpd Dato’ aka Zaki Khan sbb sggp create website ni dan share dgn org di luar sana tntg kesihatan…

    Secara jujurnya sy selesa dan senang dgn ruangan ini… Cuma sy nak cakap kat sini,x perlu lah kita nak m’bodohkan org lain dan m’bodohkan pendapat org lain.. Mgkn pendapat dato’ ada benar nya..

    Setiap ape yg kita buat ada Pro dan Con… X smstinya semua barang2 tu (mesin terapi) 100% ada kebaikan nya.. Mesti ada side effect yg lain.. Dan x semua org mampu nak beli mesin tu.. Bg mereka yg dah cb mesin tu dan hasil nya adalah “alhamdulillah”,anda teruskan lah..

    Tp bg mereka yg x mampu mereka boleh lah buat senaman fizikal (bersenam)… Sy bukan nak kondem sape2.. cume xnak kite saling benci m’benci.. Syaitan mmg suke org cmni..

    Jadi,berbuat baiklah kite sesama manusia dan seagama (islam)… Setiap penyakit ada penawarnya.. Cuma cara dan usaha sahaja yg m’bezakan nye utk sembuh…. Sy mntk maaf lah kalau ada kata2 yg kasar….

    Dato’,teruskan perjuangan anda dalam dunia kesihatan.. InsyaAllah sy akan ikut anda dari masa ke semasa…. As’kum…..

    1. CEO Aljabbar telah mengambil berpuluh ribu duit rakan niaga seluruh malaysia atas alasan pembelian barang oleh rakan niaga untuk diniaga kan. Tetapi ramai rakan niaga yang sehingga sekarang masih lagi tidak menerima barangan perniagaan mereka menyebabkan En.Remy dari permatang rawa ini bertindak menjual barangan dari syarikat lain.

      Tetapi, CEO Aljabbar datang secara mengejut dan terus menengking En.Remy serta terus mengeluarkan En.Remy dari rakan niaga beliau..

      Persoalannya, adakah patut CEO Aljabbar menengking rakan niaga beliau yang paling banyak membawa keuntungan kepda beliau??Masalah ini berpunca dari sikap tidak profesional CEO Aljabbar dan acuh tak acuh pihak pengurusan beliau bagi memberikan barangan niaga yang telah pun dibayar pendahuluan hampir puluhan ribu ringgit.

      masalah ini telah berlarutan setahun lebih sejak program rkan niaga ini dilancarkan ketika akhir tahun 2011. Rakan Niaga masih tidak menerima barangan mereka. Bukan itu sahaja, ramai pelanggan yang membeli mesin terapi keluaran Aljabbar Group sering mengalami kerosakan pada mesin terapi walaupun hanya dipakai beberapa kali sahaja. Selepas mesin itu dihantar utk dibaiki, mesin itu tidak dipulangkan kembali kepada pelanggan asal..ada yang hampir setahun.

      Apabila ditanyakan kepada bekas konsultan Aljabbar yang pernah bekerja didalam syarikat beliau, mesin itu tidak akan dipulangkan kembali kerana mesin2 yang telah dibaiki akan dijual kembali kepada pelanggan baru..sebab itu pelanggan yang menghantar mesin utk dibaiki tidak pernah dipulangkan.

      Program terbaru beliau kali ini adalah bertemu dengan rakan2 niaga beliau yang baru dan meminta mereka melabur utk barangan Aljabbar untuk tujuan perniagaan. Saya berharap, tidak ada yang tertipu lagi dengan Aljabbar ini lagi. Syarikat beliau mengalami masalah dan memerlukan wang dengan pantas. Kilang herba beliau di kota baharu telah ditutup. Percayalah, anda yang telah melabur tidak akan dapat barangan anda, kalau ada pun, tidak lengkap seperti yang dijanjikan oleh Aljabbar. Saya telah merasainya dan mengalami kerugian yang besar kerana mempercayai syarikat anak melayu kita ini..(KELUHAN RAKAN NIAGA AL-JABBAR):

  23. AL jabbar tu mmng penipu tp yg ko n hentan sume terapi wat per…bangang

  24. Salam,

    saya berkongsi sentimen En Zaki berkenaan dengan ketidakbertanggungjawaban sesetengah pihak yang mengiklankan produk kesihatan menggunakan testimoni tanpa sebarang kajian saintifik atau penjelasan doktor berkenaan kesan teraputik teknologi atau peralatan mereka.

    walaubagaimanapun, saya tidak menafikan keberkesanan rawatan ini terhadap individu yg mengalami masalah kesihatan tertentu. sememangnya sel kita mempunyai electrical property, tetapi prinsip keelektikan sel masih belum jelas sepenuhnya dan masih hangat diperdebatkan.

    satu2nya cara untuk yakin dengan teknologi rawatan yang menggunakan prinsip keelektrikan sel adalah dengan melihat kajian2 klinikal doktor2 yang bertauliah.

    saya sendiri membuka satu pusat rawatan menggunakan teknologi PEMF (Pulsed electromagnetic Field) dari German. Saya tidak pernah mengiklankan kaedah rawatan ini menggunakan testimoni kerana mengikut standard orang Eropah, cara terbaik untuk memasarkan sesuatu methodologi rawatan adalah dengan kajian klinikal, dan kami ada kajian klinikal yang ekstensif untuk menyokong kaedah rawatan ini. Rujuk http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed?term=pulsed%20electromagnetic%20field untuk lihat sebahagian dari kajian klinikal yang prospective, double-blind, randomized dan placebo controlled. mungkin ini boleh membukamata sedikit berkenaan teknologi yang ditawarkan. USFDA turut approve teknologi ini untuk non-union bone fracture. Saya rasa kalau didalami, sememangnya ia lebih hampir kepada perubatan konvensional.

    Bear in mind, teknologi ini BUKAN teknologi elektrostatik yang ditawarkan oleh kebanyakan MLM.

    Rujuk website kami : http://www.qrsasia.com.my

  25. Zulkifli Ahmad says:

    Salam bro..byk lg kaedah2 rawatan yg masih lg belom ditemui walaupn oleh para2 doktor atau saintis…jd kemungkinan terapi elektrostatik ni adalah salah satu kaedah rawatan yg bru d msia…tp da lama digunakn di jepun n korea….sy ada kwn yg sblom ni ke2 kaki dia bengkak mcm dipenuhi air….munkin ada masalah buah pinggang…tp selepas dlm 8 kali dok terapi elektrostatik 1/2jam stiap kali…dia amat puas hati sbb bengkak kt kaki da surut…n sakit pinggang da ok….so u jgn ler nk kata pembeli2 mesin terapi ni bodoh….sbb ini adalah salah satu kurniaan Tuhan yg pasti ada kebaikannya….ie….lbih baik dr makan ubat doktor yg dr bahan kimia….

  26. assalamualaikum.. bg sye mesin terapi elektrostatik ni mmg berkesan.. dulu ibu sye ade penyakit batu karang tp skrgsudah pulih. dlu sye sakit pinggang dan sakit lutut tp skrg sudah pulih.. 🙂

  27. org kaya katakn….mmg mampu beli mesin ni,12 ribu ke 12 juta ke,blh je beli.tapi..klu anda sbg pembeli yg kaya,guna je la benda ni & x pyh bersenam,x pyh jaga mkn..dan x pyh melalut kt sini.klu MLM members,pergi jahanam(tak suka MLM sbb penipu besar)..klu modal 2 ribu pas tu jual 4-5 ribu,logik akal lg..tp takkn nk jual smpai 12 ribu..ih ih..(dah nmpk da jln & gaya MLM nya..)..org kaya lah katakn,mampu beli haha..masa kya x nk bersenam,xnk jaga mkn,mkn,mkn & mkn berlemak,kalori x bgus,tup tup esok da kena sakit jantung,kanser,kencing manis bru menyesal x bersenam & tak jaga mkn…tp sesalannya sekejap shj sbb dia kaya..dia g beli mesin 12 juta.klu 2-3 ribu logik ler harganya.klu nk jual 12k,12m,12b..adoi MLM celaka,bangsat..

    1. nas powerman says:

      Kawan. MLM tu perniagaan jaringan rangkaian. Jangan buruk² perniagaan MLM jika pernah buat hanya takat isi borang ahli MLM….Mesin mahal sampai tak mampu nk beli, abaikn. Yg murah kerusi urut rm400 , mahal lagi. Abaikan. Mesin tampal² rm30, mahal jugak…. Solat 5 waktu + soalt tahajut free… Ini senaman dapat pahala… Free… Puasa diet free.. sihat dan dapat phala besar.

Leave a Reply to azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: