Testosteron Oct04

Kongsi

Testosteron

Testosteron atau testosterone adalah hormon daripada kumpulan androgen dan ditemui dalam mamalia, reptilia, burung dan haiwan-haiwan vertebrata. Lelaki dan wanita masing-masing mempunyai testosteron, cuma wanita dalam jumlah yang sedikit berbanding lelaki kecuali kes-kes tertentu. Secara purata, lelaki menghasilkan sekitar 10 kali lebih banyak testosteron berbanding wanita. Testosteron dihasilkan di testis pada lelaki dan ovari pada perempuan, jumlah yang kecil di kelenjar adrenal.

Kursus Kecergasan 2017
Testosteron tergolong dalam kumpulan androgen sekali dengan dihydrotestosterone (DHT), dehydroepiandrosterone (DHEA), androstenedione dan androstenediol. Lelaki menghasilkan secara purata 7 mg testosteron sehari, 300-1000 ng/dL (10-28nmol/L) manakala perempuan sekitar 15 kali kurang daripada lelaki dengan hanya 25-90 ng/dL (1-2.5 nmol/L) dalam darah.

Selepas testosteron masuk ke sistem darah, 95-98 peratus akan bergabung dengan protein albumin dan globulin. Kenapa ia bergabung dengan protein? Ia membuatkan testosteron larut untuk disalurkan. Ia juga menghalangkan testosteron daripada degradasi oleh hati dan buah-pinggang.

2 hingga 4 peratus lagi digelar sebagai testosteron bebas yang mana menyebabkan perubahan fisiologi. Secara amnya, apabila keupayaan mengikat testosteron dengan protein meningkat, paras testosteron bebas akan menurun. Steroid yang diguna pakai dalam bina badan akan mengurangkan keupayaan mengikat testosteron tersebut dan menyebabkan paras testosteron bebas meningkat.

Kenapa testosteron penting?

– pembesaran zakar, scrotum dan testis ketika proses akhil baligh
– pembesaran larynx (kotak suara)
– penumbuhan rambut, bulu
– meningkatkan ketebalan kulit dan warna (jika anda perasan, kebanyakan negro memiliki badan berotot)
– meningkatkan kekuatan seksual
– meningkatkan kadar metabolisme rehat
– meningkatkan jumlah sel darah merah dan jumlah darah
– meningkatkan retansi sodium dan air di dalam buah pinggang
– meningkatkan sintesis protein dan seterusnya meningkatkan jumlah otot
– mengurangkan glikogen dalam otot dipecahkan ketika aktiviti (otot sentiasa nampak bulat)
– meningkatkan penyerapan kalsium di tulang (kalsium penting untuk pergerakan)
– meningkatkan kerja di kelenjar peluh (buang banyak bahan buangan sehingga kekadang menyebabkan jerawat, boleh dilihat pada mereka yang memakai steroid)
– menguatkan tulang pelvis

Testosteron bebas yang berlebihan akan menyebabkan ianya ditukar ke bentuk androgen DHT atau akan berlaku peningkatan paras estrogen. Pengguna steroid akan memastikan komposisi lemak di dalam badan kurang untuk mengelakkan kesan-kesan ini. Tetapi di Malaysia, lemak lebih 12 peratus pun giat pakai steroid jenis testosteron.

Apa jadi jika testosteron berlebihan?

– merendahkan paras HDL (koleterol baik)
– pengecutan testis
– pengurangan kiraan sperma
– pembesaran prostat
– kerosakan hati (dalam kes penggunaan steroid jenis oral)
– kitar haid tidak teratur (perempuan)
– pengurangan hormon endogenous
– pertumbuhan tisu buah dada bagi lelaki (gynecomastia)
– pembesaran clitoral (perempuan)
– jerawat
– boleh lihat lebih lanjut di entri Kesan Sampingan Steroid Anabolik

Nota: Jika berkesempatan saya akan masukkan cara kerja testosterone dengan lebih mendalam pada masa akan datang

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube