The Victorian Strongman Records Day

Minggu ini merupakan pembukaan perlawanan untuk saya pada tahun 2016. Saya akan bertanding di Melbourne, Australia. Wau. Pertandingan terbesar buat saya. Saya akan bertanding mewakili Malaysia, pertandingan kelayakan Arnold Classic Australia 2016 dalam pertandingan yang dipanggil The Victorian Strongman Records Day pada 31 Januari 2016. Pusingan akhir Arnold Classic Australia 2016 dijadualkan pada 18 hingga 20 Mac 2016 di Melbourne Convention & Exhibition Centre, Australia.

Victorian Strongman Arnold Classic Australia 2016

Kategori Dipertanding

Lelaki – Bawah 80kg, Bawah 90kg, Bawah 105kg dan Terbuka
Perempuan – Bawah 65kg, Bawah 75kg dan Terbuka

Kali ini saya akan bertanding kategori bawah 105kg. Buat pertama kali saya perlu turunkan berat dan ianya tak seronok. Turun berat dan kekalkan kekuatan. Satu cabaran yang sukar. Ikutkan hati nak masuk kategori terbuka, akan tetapi saya tahu, saya akan berdepan dengan mereka yang berat mencecah 170kg, dibanding dengan saya 110kg. Fuh.Kursus Kecergasan 2024

4 rutin dipertandingkan

1. Log Press – 3 kali percubaan dalam masa 60 saat
2. Deadlift – 3 kali percubaan dalam masa 60 saat
3. Farmer Walk – 1 kali percubaan dalam masa 60 saat, 30 meter

Pilihan Berat
Lelaki
Open – 180, 170, 160, 150, 140, 130, 120
U105kg- 170, 160, 150, 140, 130, 120, 110
U90kg- 160, 150, 140, 130, 120, 110, 100
U80kg- 150, 140, 130, 120, 110, 100, 90

Perempuan
Open- 110, 100, 90, 80, 70, 60, 50
U75kg- 100, 90, 80, 70, 60, 50, 40
U65kg- 90, 80, 70, 60, 50, 40, 30

4. Yoke Walk – 1 kali percubaan dalam masa 60 saat, 15 meter

Pilihan Berat
Lelaki
Open – 500, 475, 450, 425, 400, 375, 350, 300
U105kg – 450, 425, 400, 375, 350, 320, 280, 240
U90kg – 400, 375, 350, 320, 280, 240, 200
U80kg – 350, 320, 300, 280, 240, 200, 170

Perempuan
Open – 325, 300, 275, 250, 225, 200, 175
U75kg – 300, 275, 250, 225, 200, 175, 150
U65kg – 275, 250, 225, 200, 175, 150, 125

Saya mungkin sasarkan 260kg deadlift, 120kg log press, 140kg farmer walk dan 350kg yoke walk. Doakan yang terbaik untuk saya. Oh ya, 2 atlet daripada Malaysia yang akan ikut sama iaitu saya dan Nazrin Nasser. Saya tak berani janjikan outcome pertandingan. Ini merupakan pertandingan pertama saya di luar Asia. Saya tak dapat bayangkan kekuatan lawan kategori di bawah 105kg ini. Walau apa pun, saya tetap sasarkan kemenangan.

Terima kasih pada Pharmafreak dan San Suria yang merupakan penaja utama saya untuk ke kejohanan di Melbourne ini. Jasa dan sumbangan penaja amat dihargai.

Laman Rujukan Pertandingan
http://www.ironrevolution.com.au/news-events/victorian-strongman-records-day-arnold-qualifier/
https://www.facebook.com/events/648415391963251/
http://arnoldclassic.com.au/

Jika ingin dapatkan makanan tambahan Pharmafreak
http://www.befit.com.my/

Jika ingin dapatkan peralatan gimnasium kualiti terbaik daripada San Suria
https://www.facebook.com/sansuriagym?fref=ts

Malaysia Strongestman
http://malaysiastrongestman.com/
https://www.facebook.com/malaysiastrongestman/?fref=ts
https://www.facebook.com/groups/malaysiastrongestman/?fref=ts

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: