Kongsi

Tikus Gym

Setiap tahun kita berazam, tahun akan datang ni nak jadi muscular, nak cecah sesuatu seperti kurus atau besarkan badan, nak masuk pertandingan dan sebagainya. Apakah azam anda tahun lepas tercapai? Apa azam tahun baru anda? Ketika menulis ini saya berada di Bangkok menyambut tahun baru dan akan ke phenom penh, kemboja naik keretapi lagi. Semalam baru naik 18 jam dari hatyai ke bangkok. Seksa!. Lagi berapa jam pulak nak ke phenom penh ni? Selamat menyambut tahun baru 2011.

Hari ini bercerita berkenaan ‘gym rat‘. Tikus gym ini gelaran yang diberikan kepada mereka yang menghabiskan masa yang lama di gymnasium. Pernah lihat? atau anda terkategori sekali dalam tikus gym ini? :D. Pertama sekali, perlu diketahui, bahawa hormon pertumbuhan dan testosteron meningkat ke puncak sekitar 40 minit sesi latihan dan menurun selepas satu jam. Pada saat itu, sekseri kortisol meningkat. Ini bermakna hormon membina otot ditutup dan hormon muscle-eating masuk. Latihan dari 1 setengah jam hingga dua jam adalah contoh yang kita panggil, ‘dua langkah ke depan dan satu langkah ke belakang’.

NASC 2015

Kedua, enthusiasm seseorang harus mengalami kesan negatif kesan daripada persekitaran gymnasium. Ada jenis orang yang suka buang lebihan masa di gymnasium kerana tiada tempat tujuan setiap hari, tetapi anda tidak akan merasa betul-betul segar jika setiap menghabiskan masa di tempat yang sama. Ketiga, korang ni takde tempat lain ke nak pergi selain gymnasium? Atau mungkin ada yang ingat habiskan masa 4-5 jam di gym akan menghasilkan hasil yang bagus?

Bayangkan jika, anda hanya ambil separuh daripada masa yang diperuntukkan sekarang untuk senaman, dan masa selebihnya boleh buat kerja lain, untuk kerjaya, menghabiskan masa dengan rakan-rakan, untuk keluarga, orang tercinta atau keluar berhibur.

Kurangkan bercakap

Kurangkan bercakap perkara-perkara tak perlu ketika berlatih. Tidak perlulah bercerita pasal cerita wayang semalam, pasal awek tetek besar depan rumah, pasal apa-apa yang tidak ada kena mengena dengan latihan. Just train and shut your mouth!.

Rancang

Rancang senaman anda sebelum ke gym. Janganlah sampai gym baru nak fikir, ‘hari ini nak main apa yer?’ Jika nak berlatih untuk kaki, set dalam fikiran, ‘hari ini saya nak buat squat!. Datang dengan semangat untuk squat. Tapi ada ke orang rajin nak buat squat kat Malaysia ni? 😀 Seboleh-boleh nak elak main kaki.

Kurangkan Masa Rehat

Berapa lama anda berehat semasa dalam set? Ada yang siap tengok televisyen selepas habis setiap set. Untuk mereka yang membina otot, masa rehat di tengah set dalam lingkungan 30 saat hingga 2 minit paling lama. Untuk powerlifter 3-5 minit. Jika nak membina otot tetapi berehat selama 5 minit, lupakanlah. Balik rumah minum susu je. :p

Elakkan Senaman Yang Serupa

Saya selalu lihat, mereka yang masuk gym buat bench press, ke dumbbell chest press dan kemudian ke machine bench press. Tak ke sama semua itu? Cuba sasarkan sudut-sudut yang berlainan dalam latihan.

Fokus

Paling penting, fokus. Ketepikan benda-benda yang mengganggu. Memang kekadang itu, tak dapat dielakkan bila kita tengah buat chest press machine, kat depan pulak ada hip abductor machine dan secara kebetulan pulak ada sorang perempuan tak pakai seluar dalam tengah guna mesin itu (pernah terjadi dulu, terus tak terangkat berat chess press itu).

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini