Tingkatkan Saiz Otot Mar26

Kongsi

Tingkatkan Saiz Otot

Pernah dengar tentang myostatin? Myostatin adalah protein yang diikat dengan genetik kita dan menghalang otot daripada berlaku pembesaran melampau. Lebih tinggi myostatin dalam darah, lebih senang otot terbakar dan jadi kecil. Myostatin menyebabkan atrophy otot. Ia mengurangkan mTOR-driven sintesis protein di sel otot. Myostatin meningkat dengan umur dan aktiviti. Apabila kurang aktiviti fizikal dilakukan, myostatin pun boleh meningkat. Myostatin juga meningkat dengan penyakit seperti HIV, masalah jantung, kanser, sepsis dan lain-lain.

NASC 2015

Bagaimana mengurangkan myostatin ini? Ada beberapa kaedah secara semulajadi. Pertama sekali melalui kaedah latihan. Apabila intensiti latihan tinggi, myostatin rendah. Terdapat kajian menunjukkan perubahan myostatin dan insulin-like growth factor-1 (IGF-1) apabila melalukan senaman bebanan. Menurut kajian tersebut, apabila sekumpulan lelaki diberi latihan bebanan, tiada perubahan pada paras IGF-1, akan tetapi myosatin menurun sebannyak purata 20 peratus dalam masa 10 minggu. Kajian menunjukkan lagi tinggi intensiti, lagi rendah paras myostatin.

Lembu yang lahir tanpa myostatin.

Lembu yang lahir tanpa myostatin.

Kaedah kedua, puasa. Menurut kajian, puasa membantu menurunkan kadar myostatin dalam badan. Sesekali dalam seminggu tu, pastikan ada hari anda berpuasa. Kalau menurut Islam, Isnin dan Khamis. Kaedah ini dikatakan reset metabolisme dan menekan myostatin.

Kajian juga menunjukkan myostatin hadir dalam keadaan asidik. Kurangkan makanan yang tinggi asid. Boleh rujuk entri Makanan Asid vd Alkali. Ramai daripada kita tinggi makanan berasid. Walaupun tiada kajian jelas pasal ini, tapi masih boleh dijadikan panduan. Antara contoh seimbangkan alkali dalam pemakanan, ketika makan satay, anda boleh lebihkan timun daripada satay.

Myostatin juga meningkatkan keupayaan badan menambah lemak dimana ia mengurangkan sensitiviti hormon leptin. Hormon leptin menghantar signal ke otot untuk mengurangkan selera makan disamping menggalakkan pembakaran lemak. Pengurangkan sensitiviti leptin menyebabkan selera makan bertambah.

Kajian Myostatin pada Tikus.

Kajian Myostatin pada Tikus.

Latihan bebanan terbukti menurunkan kadar myostatin dan menurut kajian juga, latihan aerobik berintensiti rendah juga membantu. Kajian menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan aktiviti aerobik yang membakar kalori agak rendah. Kajian menunjukkan paras myostatin menurun dan sensitiviti insulin meningkat. Insulin penting untuk meningkatkan saiz otot.

Creatine seperti yang diketahui ramai, meningkatkan saiz dan kekuatan. Creatine membantu menjana semula ATP yang menyebabkan otot boleh terus kontrak. Ia membantu tingkatkan myosin. Kajian oleh Saremi et al menunjukkan creatine juga mengurangkan paras myostatin.

Vitamin D adalah vitamin larut lemak. Ia berfungsi seperti prohormon. Ia membantu menyerapan kalsium dan phosphorous yang menguatkan tulang. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan pengurangan myostatin dalam tisu otot. Vitamin D menyebabkan peningkatan follistatin, inhibitor untuk myostatin.

Peningkatan myostatin dengan umur.

Peningkatan myostatin dengan umur.

Pengambilan asid amino perlu juga membantu dalam sintesis protein di otot. Asid amino perlu atau Essential Amino Acid mengurangkan paras myostatin dengan meningkatkan micro-RNA yang mana mengawal kuat ekspresi genetik. Kajian menunjukkan pengambilan 10 gram EAA mengurangkan myostatin kira-kira 50 peratus. Kajian lebih lanjut diperlukan untuk micro-RNA.

Bagaimana dengan makanan tambahan yang dikatakan menurunkan paras myostatin? Ia mungkin menggunakan teori-teori yang ada atau juga mungkin hype marketing. Tak salah kalau nak cuba.

Saiz-Otot-Perempuan

Rujukan

Allen DL, Hittel DS, et al. Expression and function of myostatin in obesity, diabetes, and exercise adaptation. Med Sci Sports Exerc 1997;43(10): p. 1828-35.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini