Tisu Lemak

Tisu lemak dalam bahasa biologinya dikenali sebagai tisu adipose. Ia merupakan sambungan tisu yang kebanyakannya terdiri daripada adipocyte. Selain adipocyte terdapat juga stromal vascular fraction (SVF) yang terdiri daripada preadipocyte, fibroblast, vascular endothelial dan pelbagai sel imunisasi.

Tisu Lemak

Tisu lemak berfungsi menyimpan tenaga dalam bentuk lipid. Tisu adipose juga bertindak sebagai organ endokrin. Ia merembeskan hormon seperti leptin, estrogen, resisten dan cytokine. Jadi, logiknya, apabila seseorang gemuk, ia cenderung untuk lebih gemuk disebabkan rembesan estrogen. Lelaki pun ada estrogen, bukan sahaja perempuan.

Tisu adipose terbahagi kepada dua iaitu tisu adipose putih dan perang. Penyusunan tisu adipose di badan manusia bergantung pada genetik seseorang. Ia boleh disimpan di bawah kulit (juga dikenali sebagai subcutaneous fat), di sekeliling organ (juga dikenali sebagai visceral fat), di dalam tulang (sedapkan sedut tulang apabila makan sup tulang?), pada sistem otot kita dan di bahagian dada. Tisu lemak perang secara amnya di bahagian leher. Manakala di bahagian lain, tisu lemak putih. Sifat mereka berbeza. InsyAllah saya akan masukkan sifat mereka dalam entri berlainan nanti.

Lemak Putih Lemak Perang

Selain fungsi di atas, tisu lemak juga berfungsi memberi regulasi haba pada badan. Manakala di bahagian organ pula, ia jadi pad pelindung. Walau bagaimana pun, fungsi utamanya adalah sumber tenaga simpanan. Proses pemecahan lemak atau lipolisis bermula di dalam sel lemak dengan kehadiran karbohirat.

Setiap tisu adipose di tempat berbeza memberi profil biokimia yang berbeza. Secara umumnya, ia memberi respon kelaparan kepada otak. Lelaki cenderung menyimpan lemak di bahagian perut disebabkan perbezaan hormon seksual. Manakala perempuan cenderung menyimpan lemak di punggung, peha dan pinggang. Apabila seseorang perempuan mencecah menopause dan penurungan estrogen menurun, lemak cenderung untuk disimpan.

Ketumpatan lemak adalah sekitar 0.9 g/ml manakala otot 1.06 g/ml. Air secara amnya 1.00 g/ml. Jadi apabila tenggelam dalam air, seseorang yang tinggi lemak lebih cenderung terapung berbanding mereka yang rendah lemak.Kursus Kecergasan 2024

Lemak, secara amnya baik untuk badan kita. Lemak perlu supaya badan kita boleh menyimpan kalori tambahan yang boleh digunakan apabila perlu. Sebagai contoh dalam konteks sukan seperti marathon. Sampai satu tahap, perlu guna tenaga yang disimpan dalam lemak. Lemak juga membantu mengawal diabetes dan sakit jantung. Terdapat kes seseorang kurang tisu lemak seperti congential lipdystrophy di mana badannya dalam proses ke arah diabetes dan masalah jantung walaupun secara fizikalnya cantik.

Akan tetapi, badan kita ada satu threshold lemak boleh mengembang. Apabila melanggar dinding tersebut, tisu adipose jadi terlalu besar dan tidak boleh sesuka hati mengeluarkan lagi tenaga tambahan tersebut. Ketika ini, bermula masalah-masalah metabolik obesiti seperti peningkatan lemak dalam darah, paras gula dan sebagainya.

Tisu Lemak 2

Bolehkah tisu lemak bertambah? Dalam kebanyakan kes kita tengok, tisu lemak mengembang, akan tetapi ia boleh juga bertambah melalui dua proses iaitu hiperplasia dan hipertrofi. Bolehkah ia dikurangkan? Boleh, melalui proses seperti liposuction atau sedut lemak, boleh menurunkan sekitar 30 hingga 45 peratus subcutaneous fat di bahagian perut. Pembuangan lemak dengan kaedah begitu tidak mengubah petanda metabolik seperti sensitiviti insulin, tekanan darah, paras gula, paras lemak dan sebagainya.

Rujukan
http://global.britannica.com/science/adipose-tissue
https://www.sciencedaily.com/terms/adipose_tissue.htm
http://www.sportsci.org/encyc/adipose/adipose.html
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2653640/

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: