Transformasi Apr27

Kongsi

Transformasi

Hari ini saya letakkan sedikit gambar-gambar mereka yang sudah melakukan transformasi kepada badan mereka. Mungkin boleh dijadikan pembakar semangat bagi anda untuk berusaha dan berusaha ke arah matlamat yang disasarkan. Saya akan cuba masukkan dari semasa ke semasa. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak boleh?

NASC 2015

Gambar di atas adalah gambar Syukri The Wheel. Rasanya ramai yang mengenali beliau melalui pertandingan-pertandingan. Beliau adalah partner saya merangkap kawan baik saya. Beliau antara ahli bina badan yang menonjol setiap tahun dengan kaki yang besar.  Transformasi berikut dilakukan dalam jangka masa 6 bulan, daripada seorang yang sangat gemuk menjadi juara. Beliau pakar dalam latihan bina badan. Saya akan cuba dapatkan sistem latihan dia daripada dia jika dibenarkan untuk dipamerkan. InsyAllah dalam masa terdekat, beliau akan dapat anak kedua. Tahniah diucapkan. Beliau akan bertanding untuk Mr Klang Parade pada 1 Mei 2011 di Klang Parade Ahad ini. Marilah ramai-ramai memberi sokongan pada Syukri The Wheel. Boleh tengok profil penuh di laman facebook Syukri.

Ini adalah salah seorang yang saya pernah latih. Cuma sayang saya sempat melatih dia selama 2 bulan sahaja berikutan terikat dengan projek lain. Disebabkan masa yang singkat, perut pun tak sempat keluar lagi.  Saya sengaja memilih gambar ini disebabkan semangat dia untuk menurunkan berat dahulu. Setiap malam datang berlatih.

Saya cuma sempat latih dia juga untuk 2 bulan sahaja. Seorang yang bersemangat dan sanggup ke gym walaupun setiap hari balik kerja lewat. Disiplin diri yang tinggi dalam penjagaan makanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini