Transformasi

Hari ini saya letakkan sedikit gambar-gambar mereka yang sudah melakukan transformasi kepada badan mereka. Mungkin boleh dijadikan pembakar semangat bagi anda untuk berusaha dan berusaha ke arah matlamat yang disasarkan. Saya akan cuba masukkan dari semasa ke semasa. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak boleh?

Kursus Kecergasan 2024Gambar di atas adalah gambar Syukri The Wheel. Rasanya ramai yang mengenali beliau melalui pertandingan-pertandingan. Beliau adalah partner saya merangkap kawan baik saya. Beliau antara ahli bina badan yang menonjol setiap tahun dengan kaki yang besar.  Transformasi berikut dilakukan dalam jangka masa 6 bulan, daripada seorang yang sangat gemuk menjadi juara. Beliau pakar dalam latihan bina badan. Saya akan cuba dapatkan sistem latihan dia daripada dia jika dibenarkan untuk dipamerkan. InsyAllah dalam masa terdekat, beliau akan dapat anak kedua. Tahniah diucapkan. Beliau akan bertanding untuk Mr Klang Parade pada 1 Mei 2011 di Klang Parade Ahad ini. Marilah ramai-ramai memberi sokongan pada Syukri The Wheel. Boleh tengok profil penuh di laman facebook Syukri.

Ini adalah salah seorang yang saya pernah latih. Cuma sayang saya sempat melatih dia selama 2 bulan sahaja berikutan terikat dengan projek lain. Disebabkan masa yang singkat, perut pun tak sempat keluar lagi.  Saya sengaja memilih gambar ini disebabkan semangat dia untuk menurunkan berat dahulu. Setiap malam datang berlatih.

Saya cuma sempat latih dia juga untuk 2 bulan sahaja. Seorang yang bersemangat dan sanggup ke gym walaupun setiap hari balik kerja lewat. Disiplin diri yang tinggi dalam penjagaan makanan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 23 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Zaki Khan merupakan bekas atlet Strongman Malaysia. 2 kali bertanding di peringkat dunia, 2 kali peringkat Asia. Pernah dapat tempat ke 3 Arnold Classic.

Facebook Twitter YouTube 

30 thoughts on “Transformasi

  1. meorbadrul says:

    dimana gym ni? apa program yang ada?

  2. wah! dlm masa yg singkat tapi nampak perubahan yg sangat ketara. mmg dah terbako semangat aku nih…TQ! Keep on posting Bro.
    benda2 mcm ni mmg blh membakar dan “menyuntik” semangat..blh buatkn kita stay motivated, memberikan inspirasi, mewujudkan daya saing dan ln2. yg penting kita kena pikir dan ambil secara positif.
    DAN…. kena cuba. Jgn sesekali kata xblh sblm mencuba. Bila kita mencuba kita dah mewujudkan peluang dan membuka jalan utk berjaya.
    Klau x cuba, peluang kita adalah ZERO.
    Kita bako je! Kita bako semangat kita.

    1. Zaki Khan says:

      insyAllah saya akan cuba masukkan dari semasa ke semasa. antara perkara penting, ialah keep motivated utk melakukan sesuatu. tu yg keep kita utk terus bergerak dlm hidup. org yg kalah kerana tidak mencuba utk lebih teruk dari kalah kerana mencuba.

  3. syukri membentuk perut dr boroi ke 6pax dan bhgn lain dlm masa 6 bln…nak tahu rahsianya.

    1. Zaki Khan says:

      akan dtg topik special pasal syuk. bagaimana daripada perut 48 inci, menjadi 29 inci. nantikan.:D

      1. tanpa lemak plk 2 k perut…mmg terbaik..cmna dia training n pmknan y dia ambl smasa proses diet ltk x smasa post special topic nnti?…tq dato…

        1. Zaki Khan says:

          akan dtg. nantikan. 😀

          1. salam dato…tgh tnggu post nie y akn dtg..lmbt ag?=)…xsbr nie…cmna syukri diet n cr pmknan bliau

          2. saya sendiri tgh tunggu syuk reply soalan ni. sampai skrang x reply lg. agaknya tgh sibuk pasal bini dia nak bersalin. kalau saya yg tulis entri ni, x best gak, elok syuk tulis sendiri

  4. Dah lama nanti kan pelan/jadual senaman. pemakanan dan kekerapan Mr Syukri hingga myerlah sehebat itu dlm masa 6 bulan. Dia x setuju ke Dato utk share Rahsia beliau? Hurmmm…..

    1. dia agak sibuk prepare contest ni. jd x berkesempatan lg utk share. tp pemakanan dia sgt byk walaupun time diet. dan latihan dia, kalau mampu ikut, kira sgt hebat la kat malaysia ni. squat tanpa support pun 6 keping 45lbs sebelah.

  5. saya baru start work out..saya nk minta pendapat dengan aktiviti harian saya ini..sehari saya akan buat cardio 1 jam 30 minit dan weight exersice 1 jam 30 minit..sehari saya akan ambil 5 biji telur putih dan satu telur kuning..dan juga 4 keping roti whole wheat..secara detailnya,utk berbuka puasa saya akan makan telur 3 biji dan satu telur kuning dan juga 4 keping roti..selepas 2 jam saya akan workout 3 jam(cardio+weight)..untuk sahur saya akan makan 2 biji telur dan juga 4 keping roti..jadi minta pandangan admin dan mungkin ada pengubahsuaian dalam aktiviti saya?terima kasih byk2..

    1. itu je ke makan? terlalu kurang tu. training plak terlalu byk. intake calori terlalu rendah. guna terlalu tinggi. bdn akan kecut, tp lemak mungkin x hilang.

  6. salam….de ternampak pasal fire slimming for lady program, ade lg ke program ni?klu ada, dekt area2 kl xbuat ke

    1. area kl buat masa ni blum lg, tp kalau nak, kumpul la beberapa org. boleh set kat 1 tempat. 🙂

  7. apa yang perlu untuk saya bila mana setiap kali saya training di gym,saya cepat sangat kehilangan tenaga,tangan saya akan cepat rasa sengal….

    1. brapa lama mkn sbelum training? biasa mungkin sbb pemakanan. jika timing pemakanan dah ok, cuba stanby makanan cam pisang. kalau cepat sengal tu kemungkinan psychological effect. mungkin juga sbb lain. tp jika boleh, cuba cari seorang utk tolong push. kena langar block tu baru boleh pergi lebih jauh

  8. hamba@allah@buntu says:

    sy mkn 2-3x sehari, telan protein 3gelas = 1875 calorie 78g protein.. kayuh basikal 5mins.. workout 1jam-1jam30min.. apa pndpt dato? bleh dptkn size ke mcmni?

    1. bergantung kepada berat bdn skrang. berat skrang brapa? rasa cam dah berkali2 jawab dari org sama ni. :D. apa kata skali kan soalan tu. dan emailkan ke jaytiraa@yahoo.com

  9. dato’,saya nak tau macmmana syukri ni champion dalam 6bulan je.dia berlatih cammana

    1. training syuk jarang org dpt ikut. terlalu intense dan memaksa. makan dia pun byk utk maintain saiz

    1. dlm proses. saya minta syuk sendiri jawap. dia agak sibuk skrang. harap maaf

  10. Dan Perlis says:

    mcmana kiraan 1 set utk gym saya org baru

  11. Akum dato’…syukri tu tergolong dlm berbantukan steroid (hukum ke 5 palm dato’) tu dak?

  12. nk tnya skit….sebelum workout kena makan pe..dan selepas workout kena makan ape ?

Leave a Reply to Zaki Khan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: