Trigger Finger Jan23

Kongsi

Trigger Finger

Pernah dengar pasal trigger finger atau pernah mengalaminya? Apa itu trigger finger? Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu, jari pencetus.

NASC 2015

Trigger finger menyebabkan jari atau ibu jari terkunci dalam kedudukan bengkok. Biasanya jika sedang bersenam, sebagai contoh melakukan bench press, apabila habis, ada jari yang tiba-tiba tidak boleh lurus dan mengambil masa untuk lurus. Pernah alaminya?

Trigger finger boleh jadi menyakitkan, boleh juga tidak menyakitkan. Masalah ini berpunca daripada radang tendon yang terletak dalam lingkungan yang meliputi sarung perlindungan yang dipanggil sarung tendon. Tendon yang terlibat biasanya terletak di jari, yang menghubungkan jari dan pergelangan tangan. Kebiasaanya tendon bergerak cantik disebabkan ada pelincir di tendon, disekeliling sendi yang dipanggil synovium. Tendon boleh menjadi radang dan bengkak. Apabila ini berlaku, jari atau ibu jari boleh ditarik ke bahagian radang melalui sarung tendon yang sempit.

Apa penyebab Trigger Finger?

Trigger finger mungkin disebabkan oleh penggunaan berulang-ulang yang memerlukan penggunaan jari dan ibu jari. Ada juga sakit-sakit yang jadi pencetus seperti rheumatoid arthritis, gout dan diabetis. Aktiviti berpanjangan, menggenggam berat, mengangkat barang akan memburukkan lagi keadaan.

Siapa yang biasa kena?

Kebiasaannya, mereka yang melakukan kerja berulang yang sama akan kena. Sebagainya contoh, mereka yang melakukan bench press setiap hari. Pemuzik yang melakukan gerakan sama setiap hari dan sebagainya. Trigger finger lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki dan paling kerap berlaku dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun. Tetapi kini semakin ramai yang muda-muda mendapat gejala ini.

Apakah tanda-tanda?

Salah satu tanda pertama, mungkin kesakitan di pangkal jari atau ibu jari. Gejala yang paling biasa adalah kesakitan menyentap apabila cuba meluruskan jari yang terjejas. Ianya mungkin juga tidak menyakitkan pada peringkat awal tetapi bertambah teruk kemudiannya. Dalam kes-kes kritikal, ianya akan terkunci dan mengambil masa yang lama untuk diluruskan. Jika dibiarkan, pengerasan mungkin berlaku. Tanda-tanda lain seperti bengkak.

Bagaimana merawatnya?

-Elakkan aktiviti yang jadi penyebab dan memburukkan lagi keadaan.
-Doktor mungkin akan mencadangkan memakai anduh untuk mengelakkan jari daripada bergerak dan kembali bengkok untuk satu jangka masa untuk merehatkan sendi.
-Rendam dalam air suam selama 5 hingga 10 minit di waktu pagi. Jika ia membantu, boleh berulang kali sepanjang hari.
-Jika baru kena, buat rawatan guna ais untuk meredakan radang. Selepas itu, lakukan urutan ringan untuk meluruskan kembali jari atau ibu jari.
-Gejala yang lebih serius akan disyorkan ubat, nonsteroial anti-inflammatory drugs (NSAIDs) sepetti ibuprofen dan lain-lain untuk meredakan radang.
-Jika tidak berkesan, akan disunti steroid seperti kortison untuk mengurangkan keradangan di sarung tendon.
-Pembedahan akan disyorkan jika rawatan lain tidak berkesan.

Berapa lama diperlukan untuk pulih?

Masa yang diperlukan untuk pulih bergantung pada tahap kecederaan tersebut. Mungkin berminggu-minggu. Mungkin juga mencecah 6 bulan.

Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang kecergasan.

Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.

Facebook Twitter YouTube 

iklan ebook   ds ads   iklan disini